RAMAI ORANG ISLAM TERMAKAN SOSEJ BABI DI SEBUAH KAFE DALAM PASARAYA HOCK CHOON AMPANG

16.1.17 Suria Lekatlekit 2 Comments

RAMAI ORANG ISLAM TERMAKAN SOSEJ BABI DI SEBUAH KAFE DALAM PASARAYA HOCK CHOON AMPANG. Terbaca satu perkongsian di blog beautifulnara pasal someone ni katanya terkejut cafe tu menghidangkan sosej daging babi kepada pelanggan muslim.. even yang bertudung pun dia bantai bagi makan babi jugak.. Sebelum tu nak bagitau ni bukan entri copy idea ni entri mengulas semula isu yang di bangkitkan.. Memang dah hobi aku suka mengulas isu2 semasa.. hope takde guna point ni nak kecam aku balik. hehehehe


Berbalik kisah pelanggan Melayu Islam yang di hidangkan menu sosej daging babi tu.. katanya pada suatu pagi someone pergi nak breakfast kat sebuah kedai bakeri dalam pasaraya Hock Choon di Ampang ni. Dia pun order la sejenis roti sosej.. Tapi kebetulan sosej habis..

Nak di jadikan cerita salah seorang pekerja kat situ warga Philippine terus pergi beli stok sosej yang habis. Terkejut la sipolan ni tengok sosej tu sosej daging babi.. Bila dia perasan ramai pelanggan beragama Islam yang banyak pesan menu yang sama tu even yang bertudung pun ada.. maka terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh. la Rupanya selama ni depa makan sosej daging babi..

So dia pergi la tanya tokei kedai tu seorang lelaki cina, lelaki tu dengan kerek jawab dia tak pernah suruh pun orang Islam datang makan tempat dia.. hangin la dia dengan jawapan tokei cina tu.. Aku rasa dia berani cakap macam tu sebab dia tak ada letak sebarang tanda halal atau sijil halal. Kalau ada mungkin boleh di dakwa.. sebab tak ada dia rasa rilex jer sebab dia rasa dia tak bersalah dalam hal orang melayu termakan sosej babi.

Yelah.. kalau tak ada sijil halal tu, restoran pulak pemilik dia bukan Islam.. pekerja pun terdiri di kalangan orang Islam.. pepaham sendiri la. Tak payah gigih jugak nak makan kat situ. Standard sangat ke makan kat cafe macam tu? Even dia tak mention ada babi pun.. Rasanya perlu was was sebab haram bukan hanya babi malah cara penyediaan & bahan2 lain yang di gunakan pun boleh jadi haram buat umat Islam.

Dalam hal ni aku rasa bukan pemilik cafe tu menipu pelanggan cuma dia tak peduli sapa nak makan kat tempat dia.. Bila orang order dia serve je menu yang pelanggan order. Yang ni pun agak kurang ajar jugak.. At Least mention la non-halal cafe macam kebanyakkan cafe yang buka dalam pasaraya buat. Dah kau tahu tempat kau ada serve benda2 tak halal untuk orang Islam. sebab dalam artikel kat beautifulnara tu aku baca ramai pelancong Arab & orang melayu yang makan kat situ.

Moral of the story.. banyak tempat yang ada sijil perakuan Halal JAKIM.. yang takde jugak kau gigih nak makan.. dah termakan babi sila muntah secara berjemaah yer. Nak makan steamboat pun kena jugak berhati hati.. Ni antara senarai restoran steamboat yang tidak halal walau pork free >> Senarai restoran steamboat di Lembah klang yang tidak halal <<

2 comments:

  1. Selalunya gitu la. Nak menyesal pn dah xde guna. Dhdiprosed oleh perut pn. Sila redho. Cuma lps ni fikir2 la sblm nak mkn mana2 tmpt yg pemiliknya bkn islam. Berlambak lg tmpt mkn org islam pny. Tp ala2 warung la. Xde class kot. Hehe...

    ReplyDelete
  2. Jgn ambil mudah perkara ni.Jgn sbb kita tgk ramai org islam lain yg mkn kat sesuatu kedai mkn tu maka kita pun ingat kedai tu kedai halal.Lg satu walau sesebuah kedai mkn tu ada sijil halal tp kita tahu pemiliknya non muslim,seeloknya elakkanlah dan mknlah di kedai yg kita tahu pemiliknya mmg org islam.Jgn pelahap sgt,hehehe.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!