SEBAGAI SEORANG BLOGGER INI PERKARA PALING SERBA SALAH NAK TULIS

1/13/2017 10:16:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

SEBAGAI SEORANG BLOGGER INI PERKARA PALING SERBA SALAH NAK TULIS. Nak tulis benda ni sebenarnya aku fikir juga perasaan orang lain cuma aku rasa aku perlu menulis untuk mewakili orang lain yang mungkin sedang atau pernah berdepan dengan situasi aku ni. Yelah.. bila berada dalam situasi ni.. Kita seolah2 berada dalam keadaan macam kata pepatah melayu.. 'Diluah mati mak.. Di telan mati bapak'. Tu pepatah melayu lama.. Kalau pepatah aku.. 'Kalau tak luah aku yang sakit.. Kalau luah orang lain terasa sakitnya'. Dah la aku ni jenis kurang skill membelai.. kecuali anak aku la. Aku memang kurang skill nak buat cerita2 sedih nak meraih simpati orang.. Perangai aku jenis kalau aku rasa orang melanggar privacy atau hak aku.. Memang aku akan berkata kata dalam bahasa 'tegas' yang selalu orang akan label aku sebagai 'Mulut Jahat', 'Kejam'.. bla.. bla.. yang negatif. Padahal.. orang yang sepatutnya rasa bersalah terus react macam dia berada di tempat orang2 yang teraniaya.


Menjadi seorang blogger.. Bukan setakat kena kecam kat kotak komen entri je kot. Sapa yang mengikuti aku dari awal rasa tahu apa pernah aku hadap dalam arena blog. Bukan semudah menumpang populariti atau tuah sesapa untuk bertahan di tahap sekarang. Dari 0 ok! Aku terus menaip entri demi entri sampai aku jumpa rentak blog aku. Mungkin aku berblog tidak menjadikan blog sesiapa sebagai rujukan.. Maksudnya aku suka menulis just aku tulis je apa aku suka. Time tu SEO ke hapa aku memang tak tahu langsung. Dari tak ada reader sampai la ok la.. Setiap hari blog aku tak pernah sunyi dari pengunjung. Bila semakin lama berblog aku belajar untuk create identiti.. Aku cari apa benda aku suka untuk aku cipta identiti. Kalau aku cipta identiti dengan sesuatu benda yang sekadar jadi ikut ikutan orang lain.. memang blog aku sampai bila2 tak ada identiti sendiri. Memang aku suka isu semasa.. Blog aku pernah & masih di kenali dengan konsep mengulas tentang isu2 semasa. Aku minat cerita seram.. Aku adapt dalam penulisan blog sampai orang mula kenal blog aku dengan cerita2 seram. Asal ada cerita seram orang tag aku. Macam tu juga kalau ada isu2 panas.. Sebab aku suka menulis dengan mengulas berdasarkan pendapat peribadi aku sendiri tentang isu2 semasa. Dan orang dah mula kena penulisan aku macam mana sebab tu kadang2 jadi kelebihan bila ada apa2 isu orang tag aku. Dari situ kita tahu orang kenal identiti blog kita.

Kalaupun aku ada review drama ke, produk atau apa.. Semua aku buat berdasarkan apa yang aku rasa menarik untuk menulis. Yer betul kadang2 sumber tu aku dapat dari blog, forum, media sosial.. Tapi idea menulis selalunya datang dari ilham aku sendiri. Aku ni memang seorang yang ada ego yang nak kata tinggi tu tak la.. tapi boleh tahan sampai dalam penulisan blog pun aku tak suka nak tiru orang. Sebab benda tu tak bagi kepuasan pada aku bila mengarang entri. Even review berbayar pun aku letakkan syarat aku yang akan menulis & mengolah penulisan aku. Aku tak suka copy & paste penulisan orang lain dalam blog aku. Kalau ikutkan orang bayar suruh kita copy paste je artikel dalam blog.. Tu dah memudahkan kerja kita, betul tak? Tapi aku tetap rasa tak puas hati. Kalau boleh aku nak artikel tu dalam gaya penulisan aku sendiri. Tu trademark & Identiti aku.

* Bila.. Orang lain even tak copy paste pun entri kita tapi manjang copy idea sampai bukan je aku perasan malah ada blogger lain pun perasan situasi tu malah kawan2 aku yang bukan blogger pun perasan. Sebab depa selalu baca blog aku kan.. Bila terbaca blog sipolan.. depa akan tanya.. 'kenapa blog tu.. macam tiru blog hang ja su.. Tajuk pun macam nak sama.. ayat pun kadang2 nampak macam tiru style hang ja..' Kita pun akan rasa macam krik krik jugak. Sekali sekala tu maybe takde masalah. Bila benda tu terlalu kerap & nampak macam bayang2 kita ada pada blog lain.. Nak2 lagi kita ada connection dengan blogger tersebut. Perasaan macam tak puas hati tu tetap ada. Aku manusia kot.. Hati aku ni tak sempurna. Memang kalau boleh ikhlaskan benda tu satu tindakkan yang baik.. Memang aku cuba ikhlaskan tapi tu la bila kita berada dalam situasi kita penat buat semua tu.. Apa yang kita buat adalah dari pengorbanan masa rehat kita.. Nak2 dalam masa sekarang.. Aku memang agak kesempitan masa. Memang terasa nak maki orang jer. Aku perah otak.. aku cari idea.. aku cari bahan.. kau sesenang copy idea. Sampai orang nampak blog kau macam klon blog aku pulak. *



Tak salah kita menjadikan orang lain sumber inspirasi tapi tak perlu kita jadi dia. Percaya pada diri sendiri. yakin dengan kebolehan sendiri. Cipta identiti sendiri. Kalau belum jumpa berusaha cari bukan hanya selesa menjadi klon orang lain. Persaingan dalam dunia blog sekarang memang sengit.. Blog sekarang bersepah. Sebab tu kita kena cari kekuatan blog kita untuk menyerlah. Sampai bila hanya tunggu di suap & menikmati hasil dari idea orang lain. Kalau blog tu mati.. takkan kau pun nak ikut tanam diri sendiri jugak. Untuk jangka masa panjang memang perlu cari identiti sendiri. Bukan untuk orang lain tapi kebaikkan untuk blog kita juga.

Aku ni walau lazer tapi pemaaf. Masa aku rasa nak marah memang aku marah.. Tapi dalam hati aku masih banyak ruang kemaafan. Cuma tu la.. sebagai manusia aku ada buruk & baiknya. Ada apa aku suka & tak suka. Walau mungkin ada orang rasa benda ni small matter tapi bagi aku tak berapa small sangat. Sebab ada connection dengan aku.

Penulisan blog juga salah satu bidang berkaitan kreativiti. Memang nak tak nak.. kau kena perah otak cari idea untuk kesinambungan blog kau. Jika kau rasa selesa menjadi seorang 'Copycat' takde sapa dapat mengubah atau menghalang. Cuma jangan touching bila kena kecam. Banyak je blogger jenis tu tapi depa hati batu. So, kalau rasa nak teruskan.. batu kan hati kau terus buat apa kau rasa selesa. Tapi bahagian hak aku untuk berkata kata.. aku tetap berkata kata. Kalau kau rasa terluka.. aku pun ada lukanya. So fair & lovely la kan.. hehehehe

Sekali lagi aku minta maaf terpaksa tulis juga apa aku rasa walau rasa serba salah nak buat keputusan post entri ni. Aku pun manusia, ingat tu! Aku pun ada rasa terkilan macam orang lain. Aku tak reti nak minta simpati.. yang aku tahu terus terang apa aku rasa. Memang aku akan nampak 'Jahat' bila aku meluahkan perasaan tak puas hati bila yang terasa mula membuat ayat2 sedih..Nampak seperti aku menindas. Nampak macam aku tak ada perikemanusiaan.. Nampak macam aku tak reti bersedekah.. Takpe. Tunggu masing2 merasa apa aku rasa. Kalau kau masih mampu rasa no big deal.. aku patut berguru dengan kau supaya aku boleh rasa macam tu. Sebab aku pun berusaha untuk didik perasaan aku rasa macam tu jugak.. Cuma kadang2 aku tewas. Hope satu hari aku boleh rasa benda tu benda small matter je.. serius aku harap sangat. hehehehe

Apapun selain rasa terkilan kadang2 rasa bangga.. Tak sangka ada jugak orang nak jadi macam aku. Retis jugak kan aku. hahahaha...

Moral of the story.. Kita memang boleh meniru orang tapi mustahil kita mampu menjadi orang lain. So, adalah lebih baik menjadi diri sendiri & berusaha menjadi seseorang yang lebih baik. Walaupun mungkin kita menulis perkara yang sama tapi tak semestinya setiap masa sentiasa sama apa yang kita tulis ye tak. Sekali sekala ter'sama' mungkin kebetulan kalau selalu susah untuk kita berbaik sangka.

Berat rasa hati sebenarnya nak tulis pasal benda ni.. Cuma kadang2 terfikir adakah aku patut rasa tak puas hati atau aku yang terlalu emosional. Apa pendapat korang.. Kalau korang kat tempat aku gamaknya korang rasa macam mana kalau berhadapan dengan situasi aku sekarang? Perlukan pendapat untuk aku menilai semula apa yang aku patut rasa. (Rujuk perenggan bertanda * untuk lebih memahami) hehehehe

1 comment:

  1. Susah nak cari identiti tapi faham perasaan akak tu bila orang copycat terlampau sangat... Maaf ye kalau auni salah seorang seperti yang akak tulis kat atas tu ^_^ Memang tak berapa boleh move-on lagi, tapi PV dah naik ni rasanya dah boleh kot... doakan ye :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com