SUMPAH IBU KISAH TANGGANG MODEN VERSI PEREMPUAN

25.1.17 Suria Lekatlekit 2 Comments

SUMPAH IBU KISAH TANGGANG MODEN VERSI PEREMPUAN. Kita sedia maklum kisah lagenda tanggang ni berkisahkan seorang anak lelaki tunggal yang derhaka kepada ibu dia.. Sebab kecewa seorang ibu bila anak kandungnya menghina & tak mengaku dia sebagai ibu lalu di sumpah menjadi batu.. Bukan dia jer kena sumpah seluruh isi kapal kena sumpah jugak. Tak pepasal yang tak bersalah kena tempiasnya kerana tanggang derhaka.


Tu kisah Tanggang lelaki.. Tapi dalam drama slot azalea di tv9 sekarang, Sumpah Ibu ni kisah pasal tanggang version perempuan. So boleh la kita gelarkan dia sebagai tanggarina kan.. Baru nampak ciri2 perempuan tu kan.. Aku tengok la jugak tapi macam biasa kadang2 skip kadang2 tengok separuh jalan.Susah nak nak follow apa2 drama Tv. Kadang2 busy.. kadang2 lupa... Kalau korang ada masalah macam aku yang selalu terskip rancangan kat TV elok la korang tahu pasal ni >> Jika Korang Ada Benda Ni Confirm Korang Tak Terlepas lagi apa2 rancangan atau drama kat TV <<.

Sebab aku ada jugak tengok maka faham jugak la kisahnya.. Ia Mengisahkan seorang budak perempuan bernama Intan. Bijak budaknya. Rajin belajar tapi keluarga dia miskin. Nak2 lagi lepas ayah dia jatuh sakit & lumpuh, semakin susah la kehidupan mereka sekeluarga. Intan ni ada seorang abang OKU.. macam terencat akal je wataknya. Selain abang yang OKU dia juga ada seorang adik lelaki yang memang tak ngam dia dengan dia. Depa ni asyik bergaduh jer.. Di samping tu dia dah ada seorang boyfriend bernama haris yang sangat baik & selalu tolong keluarga Intan.

Sebab Ayah dia dah lumpuh.. Intan rasa macam terbeban juga dengan masalah kemiskinan mereka buat dia selalu bersikap kasar & suka marah2 mak dia. Tapi sebab Intan ni budak pandai.. Mak dia tetap berusaha untuk bagi dia sambung belajar kat universiti walau terpaksa menjual semua barang kemas dia. Standard la tu.. Mak aku dulu pun biasa buat benda2 tu tiap kali nak buka sekolah atau kakak atau adik aku nak sambung belajar. Masa aku nak masuk kolej pun mak aku keluarkan duit simpanan dia jugak. Bukan sebab Ayah aku tak boleh kerja.. tapi biasa la.. bila tak cukup mak la topup. Biasa la zaman tak berapa senang lenang.. Nak kata susah sangat pun aku malu dengan Allah.. Sebab walau tak kaya raya masih cukup makan pakai & mampu belajar lagi.

Berbalik kepada kisah budak Intan tu tadi... Lepas dah berjaya ke menara gading & habis belajar berjaya dapat pekerjaan yang bagus dia lupa dah sumpah janji dia dengan mak dia dulu, nak tolong family dia yang susah. Dia mula lupa diri lepas dapat boyfriend kaya sampai lupa boyfriend dia yang banyak membantu dia sebelum berjaya dulu.. Nak di jadikan cerita ada project pembinaan nak di jalankan oleh syarikat boyfriend dia tu.. Project tu melibatkan kampung dia termasuk rumah family dia. Intan macam tak ada rasa bersalah jer.. Malah dia tak peduli langsung kalau kampung dia di rampas untuk di bangunkan. Maka musnahlah kampung tempat dia membesar kerana projek tu.

Budak Intan ni memang betul2 lupa daratan lepas dah berjaya sampai tak mengaku asal usul dia. Dia tak pernah lagi balik kampung melawat ayah dia yang sakit sampai la ayah dia meninggal dunia. Malah dia sanggup buat2 tak kenal adik dia sendiri & biar adik dia di pukul semasa datang berjumpa & pujuk dia balik. Mak dia pulak akibat terlalu sedih & kecewa dengan perangai Intan yang dah lupa diri & lupa janji2 dia nak membantu keluarga bila dah berjaya jadi kemurungan.

Tak tau la apa berlaku dengan hidup Intan lepas lupa diri tu.. Kalau korang nak tahu tanggarina ni kena sumpah jadi batu ke.. jadi peti ais dua pintu atau jadi gila ke hapa.. follow la drama Sumpah Ibu setiap selasa hingga ahad, jam 8.30 malam di slot azalea TV9. Sekarang ni baru episod dia masuk universiti. Tak tau episod berapa sekarang. Setakat ni tak nampak la lupa diri lagi.. Tak lama lagi la tu dia nak tukar jadi tanggarina. Episod malam ni boyfriend dia haris datang jumpa dia kat kampus siap bawa petai mentah konon untuk dia masak & makan.. Agak2 la kan.. Malu Intan bila kawan2 dia gelakkan dia. Bukan kata hina sangat petai tu.. Tapi tak beragak buah tangan macam tu untuk melawat seorang makwe yang masih belajar. Lain la kau bawa sambal petai untuk dia makan. hahahaha

Moral of the story.. Bukan la kata dalam drama.. Tapi betul la kadang2 yang suka lupa diri ni adalah golongan yang berasal dari keluarga miskin. Bila senang sikit dia jadi kejutan budaya, jadi berlagak, jadi sombong. Kadang2 baru senang sikit belum kaya pun.. dia punya gebang mengalah jutawan.  Sebab tu kalau nak tahu orang tu betul2 kaya atau tak.. Kalau yang kita tak tanya pun beriya nak cerita kekayaan dia.. Berkemungkinan besar kadang2 orang tu cuma cakap je besar sebab orang yang kaya atau dah biasa hidup kaya raya ni dah tak rasa nak gebang pasal kekayaan dia tak tentu pasal.

P/S : Jangan tanya takkan lekatlekit layan drama melayu.. Ingat tengok cerita seram je. Kalau tv hari2 tayang drama seram, filem seram..Mungkin aku tak layan drama macam ni tapi di sebabkan TV pun selalu tayang cerita seram maka aku layan je apa yang ada kat TV. Tapi aku bukan jenis obses pun tengok drama.. skip manjang hahahaha

2 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!