TANDA TANDA AWAL SERANGAN STROKE

6.1.17 Suria Lekatlekit 1 Comments

TANDA TANDA AWAL SERANGAN STROKE. Di sebab Mak mertua aku baru je terkena serangan stroke dua hari lepas jadi terfikir juga aku nak tahu punca & apa tanda tanda awal sebelum berlaku serangan stroke ni. Yang dah kena mungkin mencari kaedah merawat tapi bagi kita yang belum terkena of course kena alert dengan tanda tanda awal sebelum berlakunya serangan stroke. 


Sebagai pengenalan.. serangan stroke ni berlaku adalah serangan yang berlaku pada otak yang terjadi secara mendadak akibat tersumbat atau pecahnya pembuluh darah otak. Dengan kata lain penyakit stroke ini merupakan penyakit yang berkaitan dengan pembuluh darah otak (serebrovaskuler) yang ditandai dengan kematian jaringan otak (infark serebral). Keadaan ini disebabkan berlakunya penyumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah yang menuju ke otak sehingga darah dan oksigen ke otak berkurang justeru menyebabkan berlakunya reaksi biokimia yang akan merosakkan atau mematikan sel-sel saraf otak.

Tu lah yang berlaku kepada ibu mertua ku.. semasa scan di jalankan doktor mendapati ada pendarahan dalam kepala di sebabkan oleh ada salur darah yang pecah & menyebabkan dia terkena serangan stroke ringan (mild stroke). 

Penyakit stroke banyak di hidapi mereka yang dah lanjut usia tapi jangan rasa hangpa muda lagi takkan terkena stroke sebab ada juga orang muda kena serangan stroke ni. Semuanya berpunca dari kerana tidak menjaga kesihatan diri dengan baik.

Penting untuk kita tahu tanda awal serangan stroke ni.. mungkin dengan tahu tanda tanda awal mampu mengurangkan risiko..

Antara tanda tanda awal serangan stroke adalah..

• Rasa kebas atau kehilangan rasa pada muka, tangan atau kaki, terutama pada satu bahagian tubuh saja.
• Rasa bingung yang mendadak, sukar bertutur dan susah difahami pertuturannya.
• Sebelah mata atau kedua mata kabur secara mendadak.
• Sukar berjalan secara tiba-tiba, terhuyung-hayang serta hilang keseimbangan badan
• Pening kepala dengan teruk secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya.

Selain itu juga harus dijelaskan juga, kemungkinan adanya tanda-tanda lain yang boleh terjadi yang perlu kita berwaspada:

• Rasa mual, panas dan sering muntah-muntah
• Pengsan secara tiba-tiba ataupun tak sedarkan

Penting selalu menjalani pemeriksaan kesihatan terutama tekanan darah.. Jangan ingat selama ni kita tak pernah ada penyakit kita mustahil menghidapi sebarang penyakit. Macam mak mertua aku ni.. Bila dia mengadu sakit kepala atau pening aku selalu tanya dia.. ada pergi buat check tekanan darah. Sampai sudah dia asyik cakap dia tak ada penyakit darah tinggi atau apa2.. Orang tua bila nak suruh pergi klinik atau hospital memang la susah nak2 lagi yang confident dia tak ada sebarang penyakit ni. lebih2 lagi kalau yang masih boleh bekerja.. berjalan.. & buat apa2 aktiviti ni. Bila sampai terjelopok jatuh macam tu.. Barulah tahu apa yang berlaku di sebalik yang dia rasa dia tak ada penyakit tu. Tekanan darah dia masa kat emergency haritu sangat tinggi sehingga menyebabkan ada salur darah yang pecah dalam kepala. Sampai semalam pun tekanan darah dia masih belum stabil. Cuma hari ni tak sempat nak pergi jenguk lagi.. 

Jadi yang mana masih ada mak ayah tak kira mertua ke mak bapak sendiri.. Sila la bawa mereka buat pemeriksaan kesihatan setiap bulan kerana yang lanjut usia ni memang berisiko terkena serangan stroke. Aku tadi pun siap call mak aku kat kampung & pesan selalu pergi buat pemeriksaan tekanan darah. Nasib baik mak aku kalau ada apa2 dia rasa lain dia senang pergi buat check up. Tak payah nak paksa dia sendiri minta tolong bawakan dia ke klinik.

Selain pemeriksaan kesihatan.. Ni sebenarnya paling penting adalah mengambil makanan yang seimbang. Kebanyakkan penyakit berpunca dari faktor pemakanan yang tidak sihat seperti makanan macam ni >> Penggemar Burger ni Adalah Mereka yang mengamalkan cara pemakan tidak sihat. 2.Am pun masih nak ambil makanan berkolestrol tinggi. << hahahaha << Ingat! Yang sedap memang kebanyakkan adalah makan tidak tidak & tidak boleh di ambil selalu. 

Moral of the story.. Memang ajal maut Allah yang tentukan tapi sebagai manusia bernyawa kita wajib menjaga kesihatan diri.

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!