AKHIRNYA ANAK AKU BERCAKAP SELEPAS 3 BULAN AMALKAN ESSENTIAL OIL

20.2.17 Suria Lekatlekit 3 Comments

AKHIRNYA ANAK AKU BERCAKAP SELEPAS 3 BULAN AMALKAN ESSENTIAL OIL. Wahai peminat peminat shahila sekalian alam maya.. Hari ni mak dia nak share dengan korang tentang perkembangan terbaru shahila. Tu dia.. bajet mak mak retis sangat kan.. takde la.. Saja nak kongsi perkembangan anak aku je dengan semua parents di luar sana. Kalau anak anak tipikal ni.. Maybe tak mencabar sangat kan tapi untuk anak anak macam shahila yang ada kelewatan dalam perkembangan ni memang menuntut pengorbanan yang agak besar tapi Alhamdulillah.. Sekarang benda tu tak jadi satu tekanan sangat pada aku. Aku enjoy je membesarkan shahila..


Sejak umur 2 tahun anak aku di refer ke bahagian Paedriatik sebab detect ada kelewatan dalam perkembangan bila dah masuk 2 tahun dia tak ada sebarang words..Seperti biasa.. akan ada ujian pendengaran kemudian di refer kepada pakar kanak kanak, bahagian psychiatric, psychiatric ni bukan sebab gila.. budak2 mana ada gila ok! Untuk check up behavior dia.. Masa tu pakar yang check up shahila mengesahkan dia tak ada ciri2 hyperactive atau autisme. Mungkin sebab masih terlalu muda untuk di dignose.

Sejak umur 2 tahun shahila dah di masukkan ke sesi terapi kat hospital sungai buloh tapi memang sangat susah untuk dia bagi kerjasama. Therapist detect shahila ada masalah ADD.. dimana ada masalah fokus (low attention) dia tak boleh fokus buat apa2 task, dia asyik nak bergerak & lebih suka buat apa dia suka. tak suka ikut arahan & mungkin masa tu dia pun tak berapa faham arahan.

Aku tak setakat hantar terapi di hospital. Ada juga ikhtiar lain aku buat sejak dari dari shahila di refer ke bahagian paedriatik. Apa saja aku rasa boleh membantu aku cuba. Walaupun ada rawatan yang tak membantu sangat tapi aku tetap akan cuba juga sekurang kurangnya 3 bulan. Lepas tu kalau tak nampak apa2 progress walau sedikit aku stop & cuba pulak cara lain.

Antara ikhtiar aku buat selain terapi.. supplement, rawatan Islam, rawatan Alternatif.. Hantar EIP. Bila masuk 3 tahun tu nampak potensi dia dalam pelajaran even tak hantar kat mana2 tadika atau taska. Dia dah mula kena huruf, number, bentuk,warna walau semua banyak dalam english. Jangan silap anak aku bukan hyperlexia ok yang obses dengan huruf & number. Kebolehan dia nampak semulajadi sebab di ajar & belajar. Aku yang pupuk minat dia belajar tu..

Supplement yang jenis tablet atau sirap.. membantu la jugak cuma tak ada la kesan tu banyak sangat sampai la aku try produk young living essential oil 3 bulan lepas. Dari situ dah nampak banyak yang improve dari segi speech & behavior dia.. Akhirnya anak aku bercakap ok! Bercakap yang aku maksudkan adalah dia boleh berkomunikas dengan aku dengan cara bertutur menggunakan ayat yang panjang bukan dengan single words lagi macam sebelum ni. Aku cuba nak record video semasa berkomunikasi dengan dia tapi agak susah. So, aku kena cari time dia terdesak & nak tak nak dia kena cakap even aku hala camera ke muka dia.. Dapat la jugak kan satu shoot dia bercakap.

Memang ayat dia agak skema sebab dia baru je belajar cakap.hehehe. Tapi Alhamdulillah banyak dah ayat2 spontan dia kadang2 terlampau hispter sampai kena betulkan balik sebab rasa macam tak kena gaya pulak. Contoh dia nampak bapak dia nak kemana mana.. Dia pernah tercakap.. eh.. dady kau nak kemana tu? Tersembur air liur mak ok! Time tu la kita kena betulkan.. tak boleh guna perkataan kau. Tapi kalau kat sabah ber aku kau dengan mak bapak perkara biasa tapi kat semenanjung ni orang dengar lain macam je hahaha.

Sebab tu nampak aku banyak berkongsi tentang produk essential Oil ni.. Sebab aku rasa benda ni membantu anak anak yang mempunyai masalah perkembangan. Benda tu membantu anak2 macam ni lebih tenang & bila tenang mereka lebih fokus dan bila fokus benda tu sebenarnya membantu mereka belajar & improve banyak perkara. Ia bukan magic.. ia cuma terapi menggunakan produk. Bukan sahaja untuk anak2 keperluan khas tapi untuk anak2 normal juga. Sebab benda ni membantu sangat anak2 kita lebih focus, lebih behave nak2 lagi yang ada anak aktif atau hyperactive ni.. & membantu perkembangan otak jugak.

Yang ni dia tak tau aku tengah record video. Dia ingat tengah ambil gambar selfie.

Seperti sedia maklum.. Aku dah banyak cuba macam2 produk & supplement bagi membantu perkembangan shahila sejak dari dulu tapi paling buat aku melekat adalah produk young living essential oil focus blend. Produk ni sebab senang nak apply.. Kalau jenis supplement kena telan, minum bagai memang susah nak bagi kat budak shahila secara direct. Selalu kena campur dalam susu dia. Kalau tidak jenuh nak berperang paksa dia telan semua tu. Tak payah la cakap rasa buah ke rasa coklat ke hapa.. Shahila memang takkan makan atau minum. Dia memang picky eater & ada masalah dengan makan. Jadi dengan amalkan essential oil focus blend ni selesai satu masalah aku. Sebab hanya perlu sapu je kat tempat - tempat tertentu settle.

Dah nak masuk botol ketiga aku amalkan essential oil focus blend. Memang aku puas hati dengan kesannya. Anak aku masih kategori speech delay & masih perlu improve masalah tumpuan dia tapi nampak selepas 3 bulan ni.. Dah banyak ayat2 spontan dia boleh cakap pada situasi yang betul. Dalam perkembangan kanak kanak memang benda tu penting. Setakat cakap atau sebut apa2 ayat atau perkataan tanpa makna pun di kira satu masalah sebab ia di istilah sebagai echolalia bukan komunikasi. Sebab tu jangan anggap anak kita dah boleh bercakap kalau hanya meniru tapi tidak boleh menggunakan perkataan atau ayat pada situasi yang betul. Dulu shahila pun macam tu.. hanya echolilia.. Tak pandai nak berkomunikasi. Tapi tak lagi sekarang.. Dia dah tahu nak guna ayat di tempat yang betul. Dia dah tahu nak bagitau dengan cara bercakap. Kira sembang2 pendek tu boleh la dengan budak shahila sekarang ni. dah ada komunikasi dengan orang lain juga. Kalau dulu aku je nampak dia berkomunikasi kat rumah.. Orang luar dia kurang nak tunjuk skill dia bercakap tapi sekarang ok la. Kira dengan orang lain dia mula nak berkomunikasi. Nampak dia dah ada confident juga untuk bercakap menggunakan ayat yang betul walau jargon tu ada lagi. At least banyak dah ayat atau perkataan bermakna & betul dia boleh cakap. Hari ke hari aku boleh nampak perkembangan pertuturan dia semakin bertambah & agak cepat berbanding sebelum ni. Tu perkembangan dari speech (pertuturan)

Nak cuba produk young living essential oil focus blend sangat rekemen beli dengan Puan Shareena ni sebabnya dia akan bagi guidlines cara nak guna supaya dapat kesan yang baik. Yang cedarwood tu kalau ada anak bermasalah dengan tidur.. jenis tidur lewat boleh la cuba. Insya Allah membantu juga. Berminat Boleh contact Puan Shareena di : 013 3993407

Perkembangan behavior (kelakuan/perangai) pulak.. Pun aku syukur jugak. kat sekolah dah boleh ikut rules & aktiviti. Bermakna dia tak macam dulu.. Macam tahun lepas kat tabika kemas. Tapi untuk 2 bulan pertama di tadika baru ni.. Lain sangat. Nampak dia boleh duduk, tunggu giliran & ikut arahan. Selain dari kerjasama & bantuan cikgu2 kat tadika tu.. Focus blend tu juga membantu mengatasi masalah behavior shahila yang sebelum ni memang susah ikut arahan sebab dia ada masalah ADD. Masalah ADD yang sukar duduk statik satu tempat dalam tempoh masa yang lama & tak boleh fokus buat apa2 task lebih dari 5 minit sekarang Allamdulillah.. Dia boleh duduk & buat aktiviti dengan kawan2 kat sekolah. Boleh duduk & menunggu giliran. Tak macam tahun lepas.. kalau aku pergi tadika dia.. tengok dia selalu jer merayap dalam kelas masa kawan2 dia duduk berkumpul & fokus kat whiteboard. Kat sini sebenarnya perlu kerjasama cikgu.. So pemilihan sekolah juga penting untuk anak anak yang ada masalah dengan tumpuan ni. Alhamdulillah tahun ni jumpa sekolah yang sesuai & cikgu pun banyak membantu. Bukan special need ok.. Tadika biasa jugak. Sekarang nampak memang masalah tu sedikit berkurangan & dia dah tahu nak bawa diri bila berada di tempat yang perlu dia 'behave'. Takde la asyik nak cuit tu, nak kesana sini bagai dah.


Perubahan paling besar aku nampak selain speech (pertuturan) sejak amalkan essential oil ni.. Tahun ni tiap kali balik sekolah dia akan tunjukkan aku apa dia belajar di sekolah tak kira aktiviti fizikal atau aktiviti belajar lain. So kat situ aku nampak shahila dah semakin tunjuk kemampuan dia belajar cara budak2 tipikal walau tak 100% benda nampak normal. Tapi ok la.. Bila dia dah boleh bagi kerjasama kan berbanding dulu agak susah nak minta dia bagi perhatian atau ikut cara belajar di sekolah. Nak - nak lagi berkaitan aktiviti fizikal macam senaman. Kirim salam la kalau kat kemas dulu. memang tak pernah langsung aku tengok lepas balik sekolah dia tunjuk kat aku step step senaman. Berbanding di tadika baru.

Cikgu tak komplen lagi dia suka menjerit kat sekolah. Setakat 2 bulan kat tadika baru memang tak dengar cikgu komplen pasal dia suka menjerit ke hapa macam tahun lepas di tabika kemas. Aku tanya cikgu pun cikgu cakap tak ada perangai macam tu. Cikgu pun cakap tak ada masalah nak handle dia kat tadika. Cikgu cakap nampak dia ada potensi sebab dia nampak bijak. Kembang semangkuk mak dengar nak. hahahaha... Sebab tahun lepas kat tabika kemas cikgu macam bagi feedback yang tak berapa baik je dengan perkembangan shahila kat sekolah. Tapi tu sebelum aku amalkan essential oil. Aku mula start guna essential oil focus blend ni dalam hujung bulan 11 ke awal bulan 12 macam tu la. Memang nampak banyak perubahan yang positif start guna produk ni berbanding produk lain yang pernah aku cuba.


Ni yang paling mak suka.. Tak memberontak lagi bila tak dapat sesuatu. Kurang la bukan takde langsung. At least dia boleh terima kalau kena reject permintaan dia. Lagi satu perangai dia.. kalau nak apa2 atau nak buat apa2 mesti minta izin.. kalau mak dia cakap tak boleh dia tak buat cuma kadang2 dia protes sikit. Tapi selagi mak dia kata tak boleh dia takkan buat. Tu bagus sebab dah faham & dengar cakap mak dia ni. Senang nak handle kalau kat luar.

3 Single Oil yang di gunakan untuk Focus Blend. Vetiver, Lavender & cedarwood. Kalau nak beli single oil ni mungkin mahal sikit jadi korang boleh cuba dulu dengan yang dah siap blend. Lebih murah

Alhamdulillah.. Tengok perkembangan aku sejak 3 bulan lepas memang mak rasa nak menangis nak Ooi.. Sangat banyak perkembangan positif sampai kadang2 rasa tak percaya dengan essential oil focus blend ni mampu merangsang perkembangan begitu laju. Tapi kena ingat tuan tuan & puan puan.. produk ni hanya peransang tapi kena di sertakan dengan didikan & latihan (terapi). Bukan sekadar kau bagi produk & tak buat apa - apa.. Yang tu tak ada jaminan anak kau akan tunjuk perubahan positif. Lagi satu guna apa2 produk make sure consistent. Kalau orang suruh guna 2 kali sehari.. Makesure setiap hari mesti ambil 2 kali. Bukan 2 kali seminggu ok!

Apapun ini adalah ikhtiar.. Selebihnya yang menyembuhkan adalah Allah SWT. Memang sebagai manusia kita di tuntut berusaha bukan tadah tangan je doa.. Doa tanpa usaha pun tak guna jugak. Redha bukan kita kena terima tanpa buat apa - apa... Redha adalah kita terima tapi pada yang sama kita tetap berusaha untuk memberi & mencari yang terbaik untuk memperbaiki kekurangan yang ada. Jadi jangan putus asa.. Usaha, Insya Allah.. Allah bantu.

3 comments:

  1. alhamdulillah. sukanya dengar perubahan shahila
    saya pun nak masuk bulan kedua cuba
    aritu cikgu aisyah kata banyak sangat perubahan dia
    dia dah mudah fokus berbanding dulu, which is good

    abang dia pun saya bagi, kita ikhtiarkan
    thanks sharing ye suria
    terjebak pun sebab suria ;)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..mmg berkesan produl tu..:)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!