INI SEBAB KENAPA BAHAYA LAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL DENGAN GADIS BAWAH UMUR

2/12/2017 02:39:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

INI SEBAB KENAPA BAHAYA LAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL DENGAN GADIS BAWAH UMUR. Sekarang ni ramai budak2 bawah umur baru je akil baligh dua tiga bulan dah terlanjur dengan boyfriend. Ada tu bukan dengan boyfriend tapi sesama rakan sebaya.. Tu tak seram sangat ada juga dah terjebak dalam aktiviti pelacuran secara part time nak cari side income nak beli sematpon Ipong katanya... Bagi yang ada anak perempuan salah satu perkara yang sangat merisaukan.. betul tak.


Walaupun rasanya ramai dah tahu.. Mengadakan hubungan seksual dengan gadis bawah umur ni menjadi satu kesalahan jenayah tapi ramai yang tak rasa takut atau was was nak melakukannya. Sebab depa fikir bukan rogol.. benda tu di buat atas suka sama suka katanya. Kalau jadi apa - apa di kemudian hari.. Kawen je settle. Tak semudah kawen & settle ok! Silap haribulan 20 tahun penjara walau atas dasar suka sama suka.. Tu untuk sekali perbuatan tu di lakukan.. kalau berulang kali hangpa darab la sendiri je berapa ratus tahun. Tak caya apa aku cakap.. Baca sendiri la kenyataan dari lawyer lawa anak dua  kat bawah ni...


Having sexual intercourse dengan budak bawah umur 16 tahun kebawah(15 tahun 11 bulan 30 hari), makanya ada je org report,budak tu sendiri ke,ibubapa ,kakak abang datuk ,masyarakat ke,mostly hampir semua report yg dibuat,kertas siasatan akan dibuka maka bersedialah untuk dituduh sebagai perogol dan akan dihadapkan kemahkamah,terbukti salah hukuman berat ye ,penjara yg lama + rotan.
no mercy kepada perogol .
No defence kepada perogol budak bawah umur.its statutory rape. kalu kau memang pernah melakukan dgn budak tersebut,ketahuilah tiada jalan untuk anda membuat pembelaan seperti saya suka sama suka,saya main2 je,saya dan dia adalah pasangan kekasih etc.
tidak terpakai dan tidak laku pembelaan anda.satu2 nya pembelaan yg ada adalah anda tidak melakukan perbuatan tersebut sahaja.
Maka fikirlah akibat sebelum melakukan apa2, 20 tahun dipenjara bukan masa yg singkat,apatah lagi dilakukan sekali,dua kali,3 kali,didarab darab boleh sampai 50tahun duk penjara.mau?
Jgn disiakan masa depan yg panjang,ingatkan adik2 abg2 sedaramara kite.jgn duk kapel sgt dgn budak bawah umur ,apatah lg nak buat benda bukan2.
Ni cakap pasal hukuman dunia.hukuman akhirat itu menjawablah dgn Allah,semoga kite semua sempat bertaubat ats dosa2 yg kita lakukan.
Ingat,melakukan sex dgn budak bawah umur walaupon dia tu bohsia,awek,pelacur sekalipon,ianya adalah satu kesalahan rogol.

Jadi para lelaki di luar sana sebelum merosakkan anak dara orang nak2 lagi yang masih muda remaja bawah umur ni.. fikir fikirkanlah semula. Macam si puan lawyer ni cakap.. Tu baru hukuman dunia belum lagi hukuman akhirat. 

Jadilah seorang lelaki yang menjadi pelindung kepada perempuan bukan pelingkup yer.. Mana yang dah terbuat pandai2 tak tertaubat yer sebelum termati sebelum sempat terampun dosa tu. 

6 comments:

  1. gejala sosial yang berlaku di Malaysia sangat membimbangkan....ianya memerlukan kerjasama semua pihak bagi memastikan perkara-perkara yang buruk ini dapat dikawal dan diatasi...

    ReplyDelete
  2. semoga anak2 dijauhi daripada menjadi mangsa atau pemangsa. amin

    ReplyDelete
  3. budak2 skrg ni lagi advanced drkita yang dewasa .... kadang tu sanggup cr pakwe org tua sbb nk beli mcm2 ...

    ReplyDelete
  4. scary..benda yg mcm ni mmg org tak takut nak buat..kemudian citer katanya...

    ReplyDelete
  5. sangat menakutkan. sebab itu, perogol ni, selalunya akan mengugut mangsa, jika mereka membuat laporan. Kesian dengan mangsa, sebab ia boleh menyebabkan mereka trauma sepanjang hayat..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com