JANDA TERPAKSA BERKHALWAT KERANA SERING DI GANGGU SAKA IBU

2/15/2017 08:25:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

JANDA TERPAKSA BERKHALWAT KERANA SERING DI GANGGU SAKA IBU. Malam ni kita ada segmen baru iatu segmen berita seram lekatlekit. hahahaha.. Sebab yang aku nak share ni bukan cerita seram tapi berita seram. Macam mana pulak berita seram ni.. Nak tau kena la baca entri bukan baca tajuk entri je ok!


Alkisahnya sepasang teman tapi mesra berstatus duda & janda ni berkenalan di media sosial & katanya depa declare hanya sebagai kawan.. Tapi kalau kawan sampai tiap2 tengah malam datang rumah pun pelik jugak kan.. Orang2 sekeliling dok perati jer.. Yelah, nak ambil apa2 tindakkan kena pastikan dulu sesuatu perkara tu. Tak boleh main serbu tak pakai helmet katanya. Satgi tak pepasal kepala bertelur pulak kan..

Nak di jadikan kisah misteri satu malam katanya.. Pasangan teman tapi mesra di serbu oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bersama tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, kira-kira jam 3.20 pagi. Baca betul - betul jam mereka di serbu tu.. Time tu memang bukan time yang sesuai nak lepak2 tengok TV kat rumah orang. Depa di ambush hasil dari maklumat orang awam. So moral of the story kat sini walau orang tak tegur kemungkaran korang kena ingat ada mata yang memerhati. Zaman sekarang memang teguran ni kurang effective lagi bagus serahkan je pada pihak sepatutnya untuk ambil tindakkan.

Pasangan Teman tapi Mesra yang berkhalwat angkara saka hahahaha

Bila dah kantoi kena cekup.. Alasan si duda tu katanya depa tak buat apa2.. dia datang sekadar nak teman kawan dia yang takut tidur sorang diri kat rumah sebab saka mak dia asyik kacau dia. hahahaha.. Saka mak dia pulak di jadikan alasan. Dia kata janda tu call dia suruh datang. Sebab kesian dia pun datang dengan lenggang lenggoknya di tengah malam. Ni saka Valentine ni.. Sedang elok pulak kena cekup 14 Febuari hahaha..


Agak seram jugak kan kes khalwat ni.. Gamaknya kalau saka mak janda tu tak kacau dia mungkin dia tak berkhalwat dengan duda. Ni semua salah saka.. Sebab tu jangan bela saka & jangan biarkan diri anda di selubungi saka. Kalau rasa ada yang mula dok jadi saka anda.. benteras dari peringkat awal. Jangan biar lama - lama.. Saka ni sejenis benda yang memudaratkan diri tak kira saka original atau saka jadian bertopengkan manusia. Hehehehe

Moral of the story.. Jauhi Saka hidup bahagia. heheheehe

1 comment:

  1. mcm2 alasan yng digunakan ... bg la alasan logik sikit ... hahaha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com