KISAH SERAM DI SEBALIK KEJADIAN BENCANA TSUNAMI

2/17/2017 08:14:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

KISAH SERAM DI SEBALIK KEJADIAN BENCANA TSUNAMI. Kejadian Tsunami adalah bencana alam yang paling banyak mengorbankan nyawa manusia.. Haiwan tak pasti la banyak ke tidak tapi kuasa Allah jika Dia nak turunkan bencana ni kat manusia.. Tak mustahil yang terkorban lebih banyak manusia berbanding haiwan. Tapi Tsunami yang berlaku dulu memang trajedi paling menyayat hati.. Masa kejadian tu setiap kali tengok update - update terkini.. Menusuk kalbu beb! Ada juga saudara sebelah mak aku yang terlibat dalam trajedi tsunami & ada yang terkorban juga.


Semua tu walau dah bertahun lamanya berlalu masih memberi kesan di hati. Bencana Tsunami selain berlaku banyak kemusnahan ada macam - macam kejadian mistik & misteri selepas kejadian tu.. Biasa la kita berkongsi hidup dengan makhluk lain di dunia ni.. Apa ingat makhluk lain yang kita tak nampak ada bumi lain ke nak bermastautin. Depa cuma berbeza alam tapi masih berkongsi bumi Allah dengan kita. Jadi hidup baik baik yer sebagai insan yang berkongsi bumi yang sama..

Mukadimah dah kelaut china selatan.. Orang dok tunggu2 cerita seram tak muncul. Kesian hangpa kan.. dah stanby selimat bantal busuk bagai.. Ok kita mulakan segmen seram serik lekat lekit dengan koleksi cerita cerita seram selepas kejadian Tsunami

Semasa tsunami melanda acheh ada kejadian misteri berlaku yang mana, seorang kanak kanak berusia 7 tahun di temui di satu kawasan yang mana tiada mangsa terselamat di temui, hanya kanak kanak itu sahaja yang di temui selamat oleh pasukan sukarelawan selepas tujuh hari. Apabila di tanya bagaimana dia masih hidup dia menjawab ada lelaki berjubah putih memberikannya sebiji roti setiap hari. sesungguhnya kuasa allah tiada siapa boleh mempersoalkannya

Jepun juga antara negera yang di landa tsunami pada tahun 2011, mangsa yang terselamat mengakui sering melihat jiran mereka yang terkorban berdiri di depan rumah mereka pada waktu malam dengan keadaan basah kuyup.

Seorang anggota tentera yang bertugas mencari mangsa yang terselamat di sebuah hotel di pulau andaman yang musnah di landa tsunami pada tahun 2004, di hantui dengan suara pelancong asing yang meratap dan merayu pada waktu malam. Tiada mangsa terselamat di temui di hotel berkenaan.

Beberapa hari selepas majlis pembakaran mayat mangsa yang terkorban dalam tsunami 2004 di Thailand ahli keluarga dan rakan mangsa yang terkorban menerima panggilan telefon selama beberapa hari sama ada siang atau malam dan kedengaran suara mangsa yang terkorban merintih meminta tolong.

Selepas setahun kejadian tsunami melanda Thailand iaitu pada tahun 2005, pada suatu malam seorang pemandu teksi bernama lek telah tawar menawar harga dengan dua orang penumpang yang ingin ke sebuah pantai. Setelah harga rundingan di persetujui lek memandu teksi ke pantai tersebut dan apabila sampai lek mendapati teksinya kosong tanpa penumpang.

Tu dia antara cerita cerita seram yang aku cedok dari FB page Jangan Tutup Lampu SuriaFM. Nak baca atau tengok video cerita seram.. bukan drama atau filem seram yer. Rakaman video dari segmen cerita seram kat Radio SuriaFM sila ke page tersebut. Almaklum la segmen tu malam Jumaat pukul 1 pagi. Jadi mungkin tak sempat nak dengar kan.. Jadi Follow & Like Fb page Jangan Tutup Lampu SuriaFM.. So korang boleh maraton kat situ nanti.

Tadi masa Dj Bob Ringgo SuriaFM buat live video kat facebook (boleh rujuk entri tu kalau nak tengok video tersebut >> DJ SURIAFM BACA CERITA SERAM DI BLOG LEKATLEKIT, BIAR BETUL.<< ). dia ada share kisah seorang dj SuriaFM yang kena rasuk masa tengah on Air segmen cerita seram sebab katanya ada satu lagu yang di mainkan macam menyeru syaitan. Boleh tahan penangan segmen cerita seram kat SuriaFM ni. Mula la tergugat iman aku nak kembali ke arena mendengar radio ni tapi mampukan mata aku bertahan macama zaman dulu yang selalu tidur lepas subuh? Tu yang agak susah sebab dulu & sekarang dah tak sama, kan? Status dah berubah.. komitmen pun tak sama dah. Kekangan masa lagi..  Kalau zaman aku moda rumaja dulu.. Dengar juga Dj Ismahalil Hamzah dok share kisah2 seram tengah malam.. 

Takpe la tak boleh dengar cerita seram kat radio aku share kisah seram kat blog je la yer. Profesion baru yang sesuatu dengan status aku sekarang hahahaha

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com