PELAWAK SHAH TAPAW CUMA BERGURAU ISU NAMA ANAK PUTRA NARUTO

16.2.17 Suria Lekatlekit 2 Comments

PELAWAK SHAH TAPAW CUMA BERGURAU ISU NAMA ANAK PUTRA NARUTO. Ada jugak aku nampak sejak semalam jadi viral satu gambar baby bersama salinan surat beranak dia. Kat situ tertera nama Muhammad Putra Naruto Bin Mohd Shah Rizal. Hari ni baru aku tau rupanya dia anak seorang pelawak yang terlahir dari satu rancangan realiti tv iatu Shah Tapaw. Kalau sebut nama shah Tapaw serius aku pun tak tau yang mana satu tapi tengok gambar baru tau.. Oo.. dia ni rupanya shah tapaw. Ada la nampak keluar TV cuma tak ambil kisah sangat nama dia hahahaha


Katanya salinan surat beranak tu dia edit je dengan nama tu.. Tapi dia mengaku memang mula2 dia nak bagi nama anak dia Naruto di sebabkan keluarga semua tak setuju so tak jadi dia nak menamakan anak dia macam tu. Apa ke pelik bapak budak ni nak bagi anak nama Naruto hahahaha.. Kalau pun minat sangat dengan watak kartun Naruto tu jangan la obses sangat yer. Bagi la nama elok sikit kat anak. Nasib baik keluarga dia tak setuju.. Buatnya family dia tak tegah.. Gamaknya memang anak dia nama Naruto jugak.

Bila dia upload gambar dengan nama anak dia macam tu ramai yang mengkritik dia.. Nitezen pun cepat sangat percaya. Edit benda2 macam tu simple sangat kot. So korang kena belajar jugak ok! Jangan terus nak kecam je tanpa usul periksa.

Dia buat macam tu katanya saja nak usik ahli keluarga dia. Konon saja nak bagi depa percaya dia betul betul letak nama anak dia macam tu. Alih2 orang lain pulak yang terlebih percaya & terlebih concern hahaha. Almaklum la rakyat Malaysia memang sangat prihatin. hehehe


Apa dia buat tu bukan nak mencetuskan kontroversi cuma dia tak sangka benda tu boleh jadi viral pulak. Tak payah bergurau pelik pelik sangat la nak2 lagi kau tu seorang retis harus la jadi viral kan. Tapi dari awal lagi aku memang boleh agak benda tu cuma di edit jer. Sebab tu aku malas nak ulas pada permulaannya. hahahaha. Nama anak dia Putra Iyyad bukan Naruto yer. hehehehe

Moral of the story.. Nama yang baik menjadi doa yang baik tiap kali orang menyebutnya. Tapi nama yang membawa maksud yang baik tak semestinya di ambil dari nama arab sahaja ok! 

2 comments:

  1. Betul...nama yang baik menjadi doa..dan betul juga ada juga bahasa2 lain yang membawa maksud baik pada nama.. walau bunyinya pelik tapi maksudnya baik itu lebih baik daripada bunyinya indah maksudnya tidak enak di dengar.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah dan tak suka nama anak dijadikan bahan gurauan.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *