PENIAGA PRODUK ONLINE JANGAN KONGSI GAMBAR KOREK KOREK TU OK!

2/03/2017 03:51:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

PENIAGA PRODUK ONLINE JANGAN KONGSI GAMBAR KOREK KOREK TU OK! Rasanya dulu aku pernah tulis kot pasal benda ni kat blog.. Rasanya bukan aku sorang je kot rasa perkara tu sangat menjijikkan. Malah ramai lagi mata manusia lain rasa benda yang sama. Kau korek2.. lepas tu kau dengan tak malu ambil gambar share dengan seller yang kau beli kemudian seller tu pulak dengan rasa bangganya share benda tu sebagai testimoni.


Dua2 pun aku rasa macam kurang bijak.. Yang korek2 lepas tu ambil gambar tu pun nampak agak bangang.. Ye.. betul kau nak bagitau kau berjaya buang benda kotor kat dalam aset celah kangkang kau tu tapi sekadar bagitau secara bertulis je tak boleh ke? Perlu ke kau gigih korek, ambil gambar & bagi kat orang semata mata nak jadikan testimoni? Kau rasa bangga ke orang tengok benda2 kotor dari aset celah kangkang kau tu.. Kenapa tak kau kangkang & snap terus je dari celah tu.. Mungkin testimoni kau paling berjaya di abad ni...

Yang seller2 ni pun.. Kau tak rasa geli ke dok hadap benda2 kotor tu. Tak tau macam mana kau boleh kumpul banyak2 gambar2 macam tu then kau share kat media sosial tanpa rasa ia menganggu orang lain. Bila orang tak support post korang mula meroyan bagai.. Bila muncul gambar2 macam tu kerap2 sangat kat timelines Facebook terutamanya.. sekali dua boleh la hide post.. Kalau banyak2 kali confirm ada yang kena unfriend atau paling2 pun unfollow. Sama jer sebab selepas dah unfollow dia memang dah tak nampak apa2 post korang dah. So, apa pun korang sampaikan tentang produk korang dah tak ada fungsi untuk mereka2 yang dah unfollow walau masih dalam friendlist.

Aku kadang2 nak tegur direct kang orang kata aku ni rasa apa aku buat jer betul orang buat semua salah.. Apa aku boleh buat samada hide post atau aku unfollow je mana2 seller produk dalaman wanita terutamanya. Tapi bukan seller2 produk dalaman wanita je.. Seller produk2 kesihatan pun ada jugak dok share gambar2 testimoni tak senonoh.. segala hingus, taik bagai.. Terbantut selera orang Wei! kau mungkin rasa tak geli tapi jangan fikir semua orang macam kau boleh makan sambil tengok taik manusia lain.

Tolonglah.. Kalau rasa gambar2 tu bukan sesuai untuk tontonan umum.. Jangan la share. Cukup la sekadar share testimoni secara bertulis. Hormatilah pandangan mata orang lain. Jangan sampai kami2 ni ambil gambar muntah kami hantar kat hangpa sebagai feedback selepas tengok gambar testimoni2 pengotor hangpa tu yer.. hehehehe

Moral of the story.. Biarlah orang nak cakap apa.. kolot ke.. negative thinking ke hapa.. Bab benda2 kotor ni memang aku tak boleh nak open minded sangat. Najis tetap najis kau open ke close ke.. dia tetap benda kotor yang memualkan kalau orang tengok.

5 comments:

  1. betui..meluat dengan seller yg hanya pentingkan keuntungan semata- mata tanpa memikirkan perasaan orang lain yang melihat post jijik diaorg tu kan

    ReplyDelete
  2. bab ni mmg sungguh gak la... bukan setakat geli kot saya rasa tapi memalukan kaum wanita tu sendiri..

    ReplyDelete
  3. Adeh..bnde2 mcm tu pun slamber jer share..

    ReplyDelete
  4. Malu gak kadang kalau keluar iklan macam tu..

    ReplyDelete
  5. Saya pun ada macam tu juga. Banyak kat timeline. Mungkin marketing kan. Ada juga kawan saya jual macam tu. Tapi dia tersangat nak cuba buat duit online dan nak tolong keluarga. Mungkin terpaksa nak bersaing dengan seller lain. Kalau tak buat, takde sales..

    Tapi masing-masing dah besarkan, pandai fikir..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com