RESEPI SAMBAL PETAI VERSI UTARA

9.2.17 Suria Lekatlekit 0 Comments

RESEPI SAMBAL PETAI VERSI UTARA. Ni antara menu penghancur diet manusia jugak ni. Walaupun ada yang tak makan petai sebab dia sejenis ulam ulaman yang berbau.. Tapi lebih ramai penggemarnya berbanding yang tak menggemari. Dalam family aku pun ada adik & kakak aku yang tak makan petai even kami berasal dari kampung & membesar di kampung. Apa ingat semua orang kampung taste dengan petai ke? So, walau petai ni di gelar selera kampung tapi bukan orang kampung je makan ok! hehehehe


Tapi aku memang pemakan petai dari kecik lagi. Aku bukan selera kopitiam atau cafe hipster sangat.. Aku selera restoran kak senah bak kata Dayang deno. hehehehe.. Jadi bagi mereka2 yang berselera restoran kak senah macam aku confirm suka makan petai kan.. Disebab ramai yang suka makan petai cuma tak ramai yang reti nak masak petai ni.. Meh la aku share resepi sambal petai versi utara. Ada versi utara selatan jugak ke? Ada perbezaannya cara orang utara & orang selatan makan petai. Satgi hangpa tau la apa bezanya hahahaha

Bahan bahan yang di gunakan untuk masak sambal petai ni

1. Petai (aku guna 4 papan petai)
2. Ikan Bilis (boleh jugak guna udang atau sotong)
3. Cili kering
4. Bawang besar
5. Bawang Putih
6. Sedikit belacan
7. Air asam jawa
8. Minyak Masak
9. Garam (sebagai perasa)

Cara memasak 

Langkah pertama

1. Gorengkan ikan bilis & letak tepi dulu.
2. Kikis kulit petai & potong macam versi di bawah.

Potong macam ni ok.

Tu memang utara style. Kalau selatan style dorang tak masak sekali dengan kulit petai. Depa guna biji petai jer. Tapi kalau versi orang kedah macam aku kami akan potong halus2 dengan kulit sekali & masak. Sedap ok kulit petai tu!

Langkah kedua

1. Kisar (blend) Cili kering (rebus atau di rendam seketika cili kering dalam air panas sebelum blend),Bawang besar, bawang putih & belacan.
2. Minyak goreng ikan bilis tadi panaskan balik & masukkan bahan kisar. Masak sehingga cili tu pecah minyak.
3. Masukkan petai & masak sekejab
4. Masukkan air asam jawa
5. Kalau petai dah masak, masukkan ikan bilis goreng gaul sebati, masukkan garam secukup rasa & tutup api

Lepas tu hidang & makan la. Boleh jugak di jadikan sambal untuk nasi lemak atau di makan dengan nasi putih. Ikut selera korang la. Takkan tu pun nak kena ajar. hahahaha.

Sambal Petai

Senang kan nak masak sambal petai. Tak susah pun macam hangpa bayangkan selama ni. Tapi kesedapan dia mampu terasa sampai dalam mimpi ok. hahahaha. Selamat mencuba resepi mudah ni.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!