AWAS! BAHAYA TAHAN KENTUT & BOLEH BERLAKUNYA PERKARA INI

31.3.17 Suria Lekatlekit 0 Comments

AWAS! BAHAYA TAHAN KENTUT & BOLEH BERLAKUNYA PERKARA INI. Kentut ni selalu di kaitkan dengan perbuatan yang memalukan jika di buat atau terjadi ketika berada di depan orang nak - nak lagi kalau tengah dating kan.. Gila! Boleh terus putus cinta ok kalau terkentut depan boyfriend yang baru je declare sebagai kekasih. Tapi kentut ni sangat nikmat kalau boleh di lepaskan tanpa perlu nak cover line. Selalunya bila sorang2 kat rumah atau dalam bilik la. Lagi kuat bunyi kentut tu lagi lega rasanya.. Nikmat dia lebih indah dari dapat makan ais krim dalam cuaca yang panas ok! hahahahahaha


Purata manusia kentut setiap hari adalah 14 kali. Tak pernah pulak aku kira berapa kali aku kentut setiap hari.. hahahaha. Lepas ni rasa nak buat satu jadual kentut jugak la. Nak2 lagi sejak pakai essential cream women desiree ni.. Amboi kemain lawas kentut aku tau. Sampai rasa ringan badan asyik buang angin jer.. Mengikut kajian gas kentut wanita lebih pekat dari lelaki. Ye ke... hehehehe

Kentut ni sebenarnya berlaku apabila udara yang terperangkap dalam perut yang di hasilkan dari semasa kita mengunyah & menelan makanan atau masa kita minum air. Udara tu la yang masuk dalam perut kita. Ingatkan kentut ni pun terhasil dari apa yang kita makan & minum.. sebab kadang2 kentut pun ada bau macam makanan kita ambil jugak kan rupanya dia terhasil dari udara yang masuk semasa kita melakukan proses kunyah, telan atau minum air rupanya.

Kentut juga berlaku di sebabkan beberapa perkara

1. Pengambilan makanan secara berlebihan
2. Semasa terasa ingin buang air besar (berak)
3. Kesan sampingan dari pengambilan ubat ubatan tertentu
4. Sembelit
5. Perut masuk angin

Bila rasa nak terkentut tu better cari tempat yang sesuai & lempiaskanlah kentut anda cepat cepat & jangan tahan lama lama sebab bahaya juga ok kalau tahan kentut ni. Boleh memberi kesan buruk pada kesihatan kita. Sebab bila kita tahan kentut boleh menyebabkan gas dalam perut terkumpul sehingga mengakibatkan  perut kembung & gejala tidak selesa yang lain pada perut. Dan paling bahaya menahan kentut ni boleh menyebabkan buasir atau usus semakin membesar.

Ini sebab kenapa menahan kentut jadi bahaya pada kesihatan kita..

1. Bila menahan kentut boleh menyebabkan perut kembung. Kembung di bahagian perut merupakan satu gangguan yang tidak selesa seperti rasa begah (sengkak) & bersendawa. Ia boleh menyebabkan hilang nafsu atau selera makan.

2. kejang pada perut. Bila gas berlebihan berlaku pada salah satu bahagian usus boleh menyebabkan kejang pada perut sehingga menyebabkan rasa sakit di sekeliling perut.

3. Buasir. Siapa sangka tahan kentut pun boleh menyebabkan buasir. Ini berlaku kerana ada gerakkan yang berlebihan pada organ dubur bila anda menahan kentut supaya tidak keluar. Kalau biasa tahan kentut tahu la macam mana terkemut kemut kan.. hahahaha. Gerakkan tersebut membuatkan otot otot dubur menegang & menyebabkan pembuluh darah jadi lebar & besar.

4. Jangkitan diverticulosis. Diverticulitis merupakan pembentukan kantung-kantung kecil pada lapisan usus besar. Kantung-kantung kecit (divertikula) tersebut terbentuk kerana adanya peningkatan tekanan pada titik-titik lemah dari dinding usus oleh gas, sisa, atau cair. Jika perkara ini terjadi maka boleh menyebabkan sakit teruk pada bahagian perut, demam, mual, dan terjadinya perubahan pada tabiat buang air besar.

5. Peritonitis. Peritonitis merupakan keradangan peritoneum, iaitu rangkaian yang melapisi dinding bahagian dalam perut yang merangkumi sebahagian besar organ perut. Gangguan ini berlaku akibat jangkitan daripada bakteria dan cendawan. Selain itu peritonitis juga boleh terjadi akibat adanya luka atau kerana adanya jangkitan diverticulosis kronik yang menyebabkan tumpahnya limbah yang berasal dari usus. Keadaan ini boleh membuat seseorang harus segera mendapatkan pertolongan perubatan.

6. Keracunan gas. Kentut bukanlah racun. Walaupun kadang-kadang ia keluar tanpa kita sedar dan membuat kita malu pada orang lain, akan tetapi jika kita selalu sangat tahan kentut maka gas tersebut akan menyebabkan tekanan separa dalam rongga usus dengan intensitas lebih tinggi daripada tekanan separa di dalam darah. Perkara tersebut boleh mengakibatkan kemasukan gas ke dalam pembuluh darah yang terdapat di dinding usus, dan pada akhirnya akan beredar ke seluruh tubuh.

7. Kentut berbau busuk. Kentut terdiri daripada beberapa kumpulan gas seperti hidrogen sulfida, yang mana kompaun tersebut menyebabkan kentut kita berbau. Apabila seseorang sering menahan kentut, maka terkumpul dari unsur belerang atau sulfur yang merupakan sebahagian daripada sebatian hidrogen sulfida akan semakin terkumpul, dimana perkara tersebut boleh membuat bau kentut berbau busuk bila ia di lepaskan atau terlepas.

8. Apabila kita menahan kentut terlalu lama, maka akan terjadi pengumpulan gas hidrogen sulfida dalam usus. Selain menyebabkan bau yang kian menusuk pada kentut, unsur belerang atau sulfur yang terkumpul juga boleh menimbulkan Cepirit atau keluarnya sedikit hampas najis.Biasanya berlaku kepada orang yang mengalami gangguan pencernaan membuatkan dia terpaksa menahan kentut. Atau dalam bahasa mudah nak faham bila kentut je tercirit dalam seluar hahahaha.

9. Tahan kentut boleh memburukan lagi sembelit yang anda hidapi. Kajian telah menunjukkan bahawa menahan kentut atau gas yang seharusnya keluar, boleh mengakibatkan peningkatan tekanan di dalam usus besar yang nantinya boleh menyebabkan terjadinya divertikula (kantung-kantung kecil pada lapisan usus besar). Keadaan ini juga boleh memburukkan lagi gangguan sembelit yang pada awalnya menjadi penyebab terjadinya kentut yang ada bunyi.

Jadi lepas ni jangan selalu sangat tahan kentut ok! Kentut ni memang tak elok nak simpan - simpan cuma tak elok jugak kau main lepas je tak kira tempat terutama ketika bersesak dalam lift. Please ok.. setakat tahan sekejab sehingga pintu lift tu terbuka rasanya ok lagi kot. Lagipun takkan la setiap kali hangpa nak kentut mesti dalam lift ja kan...

Moral of the story.. Itulah kebesaran Allah. Perkara yang mungkin kita pandang macam remeh sebenarnya main peranan besar untuk kesihatan tubuh kita contoh kentut ni. Walau kentut ni kadang boleh jadi benda yang mengaibkan kalau terlepas kat tempat sepatutnya dengan kesan bunyi yang kuat.. hehehehe. Setiap apa yang Allah ciptakan itu tiada satu pun yang sia sia.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PENDINDING DIRI CARA ISLAM YANG MUDAH DI AMALKAN

31.3.17 Suria Lekatlekit 1 Comments

PENDINDING DIRI CARA ISLAM YANG MUDAH DI AMALKAN. Tetiba hari ni rasa nak buka TV pagi pagi hari.. selalunya aku jarang sangat nak buka tv. Sebab ter buka tv maka tertengok jugak la rancangan Malaysia hari Ini MHI. Topik hari ni pasal pendinding. Ada seorang ustaz yang menjadi panel jemputan untuk membincangkan isu tu.. Aku tak ingat pulak nama ustaz tu.. Tapi rasanya nama ustaz tu tak berapa penting sangat kan.. Yang penting apa yang di sampaikan.


Zaman sekarang ni memang ramai ustaz 2 pelesu (palsu) & claim mengamalkan rawatan Islam padahal rawatan yang depa guna bercanggah dengan ajaran Islam. Yang lagi bahaya ada yang mencampur adukkan ayat ayat Al Quran dengan amalan2 khurafat bagi mengaburi orang yang datang mendapatkan rawatan dengan mereka.. Salah satu yang banyak orang suka cari ada pendinding.. Pendinding ni tak kira la untuk diri sendiri, rumah atau premis perniagaan. Sebab tu kita kena tahu yang pendinding macam mana di bolehkan dalam islam dengan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Aku ni bukan la pandai sangat.. Cuma aku share dari apa yang aku tengok & dengar tadi kat MHI. Menurut ustaz yang di jemput tadi.. Dalam kaedah Islam.. pendinding memang tak ada dalam bentuk objek macam tangkal atau azimat.. contoh pakai benang hitam kat pinggan ke.. kertas yang di lipat2 di dalamnya tertulis apa2 ayat kemudian di bawa kemana mana... Dalam Islam pendinding menggunakan ayat2 Al Quran adalah dengan cara mengamalkan bacaannya. Kalau ada ustaz setaz yang bagi pendinding macam tangkal ke hapa.. Hati hati la. Even ada yang buat pendinding dengan menulis ayat2 Al Quran atas kertas atau apa2 kemudian suruh bawa kemana2 konon sebagai pendinding pun kena hati hati.. Takut orang salah faham & bergantung pada sekeping kertas tu sebagai pendinding sebab sebagai umat Islam kita kena mohon perlindungan dari Allah.. Bukan percaya sekeping kertas yang tertulis ayat2 Al Quran tu yang melindungi kita tanpa kita mengamalkan dengan cara membaca.

Ustaz tu juga berkongsi cara mudah untuk melindungi diri dari sihir atau apa2 gangguan jin & syaitan.. iatu dengan mengamalkan 3 Qul.. 2 kali sehari iatu sebelum tidur & selepas solat subuh. Caranya.. bacakan 3 Qul tersebut sambil menadah tangan macam berdoa.. Selesai membaca hembus sehingga habis nafas ke atas tapak tangan kemudian usap keseluruh tubuh yang kita boleh sentuh. Insya Allah.. dengan izin Allah ia dapat melindungi kita dari kejahatan manusia, jin & syaitan.

Perkongsian ni bukan nak tunjuk aku ni pandai.. sebenarnya aku sendiri masih jahil dari segala sudut cuma apa yang aku rasa baik aku kongsikan la. Aku sendiri pun masih banyak yang perlu belajar.. Moga yang baik itu memberi manafaat kepada semua orang.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GAMBAR PERNIKAHAN NORA DANISH & NEDIM

30.3.17 Suria Lekatlekit 1 Comments

GAMBAR PERNIKAHAN NORA DANISH & NEDIM. Setelah sekian lama bercinta katanya.. pasangan kekasih hot & spicy ni akhirnya di ijabkabulkan sebentar tadi katanya dalam sebuah majlis tertutup & sederhana je katanya. Sederhana cara retis ni.. Tak berapa sederhana la kan bagi kita orang semekin ni.. Majlis ni cuma sedara mara & rakan terdekat Nora & Nedim jer.. Tu yang depa kata sederhana.. sebab jemputan tak ramai. hehehehe


Alhamdulillah.. Dah sah ijab & kabul.. Tahniah pada pasangan pengantin baru yang masing2 dah kali kedua berkahwin. Hope perkahwinan kedua ni berkekalan hingga akhir hayat lah yer.. Semua pasangan berkahwin mengimpikan hidup bersama sepanjang hayat. Takde orang berkahwin semata mata untuk bercerai je.. melainkan dalam drama TV je. Kahwin kontrak apa bagai.. hehehehe


Tengok gambar2 kahwin Nora & Nedim.. Sederhana pun lawa kemain. Majlis je sederhana katanya.. Pengantin baru melaram tak berapa sederhana. Retis... Kang pakai tak cantik pun kena kecam kan? So walau macam mana pun tetap kena cantik. Nak2 lagi Nora Danish ni memang dah semulajadi cantik & Nedim pun tak kurang ensemnya.. hehehehe


Akhirnya cinta mereka bersatu di jinjang pelamin hope tak bahagia setakat atas pelamin je la yer.. Bila bahagia sampai bila bila.. Moga ikatan yang sah & di restui ni membuatkan rumahtangga mereka di berkati & limpahi kasih sayang yang berpanjangan. Moga melahirkan zuriat yang soleh & solehah.. Tak payah la hangpa nak krik.. krik.. krik.. sangat. Kita doa biar yang baik baik ye dak..


Sumber gambar OHBulan

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

IKLAN PERKHIDMATAN SANTAU MELALUI WHATSAPP, HARGA IKUT JENIS HANTU

30.3.17 Suria Lekatlekit 0 Comments

IKLAN PERKHIDMATAN SANTAU MELALUI WHATSAPP, HARGA IKUT JENIS HANTU. Sesungguhnya sememangnya zaman telah berubah & mengubah segalanya. Dulu kalau orang nak buat kerja2 syirik & khurafat atau kerja nak menyihir orang ni terpaksa bertapak pergi rumah mana2 pawang atau bomoh.. Paling terkenal untuk service macam ni yang jenis bomoh siam la. Bomoh siam tak semestinya orang siam.. Ada orang melayu yang mengamalkan ilmu sihir cara orang siam pun ada. Pun di panggil bomoh siam. Orang cina pun ada bomoh siam jugak.. Bomoh siam ni kira antara bomoh2 yang kira boleh tahan la ilmu batin yang penuh syirik & khurafatnya..


terbaca perkongsian dari fb page beautifulnara tadi.. Dia share screenshot pasal conversation seorang yang menyediakan khidmat menyantau. Tu dia.. dia iklankan service dia kat whatsapp pulak.. Lepas tu siap ugut sapa block dia, dia akan santau. Macam hampeh dia punya marketing tau.. Yang best lagi siap bagitau harga mengikut jenis hantu.. Ni kalau ikut size hantu gamaknya toyol kot paling murah sebab dia paling kecik.. Kalau mahal.. hantu raya la kot sebab dia paling besar. Tapi kalau ikut jenis hantu tak pasti pulak hantu apa paling power & mahal harganya. hahahahahaha..


Tak tau whatsapp yang di screenshot ni sekadar bergurau atau benar2 wujud orang yang memasarkan perkhidmatan macam ni melalui whatsapp. Tapi tak mustahil pun sebab kat google ads pun ada yang iklankan perkhidmatan macam ni ok! Aku pernah nampak dulu.. Kat media sosial tak payah cerita. Ada jer service rawatan, ilmu pengasih bagai dari golongan perawat yang menggunakan rawatan alternatif ni. Cuma nasihat aku sebagai orang Islam hope jangan la sesapa terjebak dengan perkara perkara macam ni ok! Kat dunia pun tak senang mana.. apatah lagi kat akhirat sana. Benda2 macam ni selalunya makan diri balik. Kadang2 azab tu Allah tunjuk tak tunggu mati dah.. Banyak kot cerita2 manusia yang di azab kerana mensyirikkan Allah & mengkhianati orang lain menggunakan ilmu sihir ni. So, biar benda tu jadi pengajaran kat kita yang masih jahil ni.

Moral of the story.. Memang sihir tu boleh berlaku kepada sesiapa dengan Izin Allah, tapi ingatlah walau Allah mengizinkan sesuatu yang jahat itu terlaksana pun tapi tetap di murka. Itulah ujian kita sebagai manusia di muka bumi ni.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MUNGKIN INI KAITAN MALIKA DENGAN WAN PEAH DALAM MISTERI WAN PEAH EPISOD AKHIR

30.3.17 Suria Lekatlekit 1 Comments

MUNGKIN INI KAITAN MALIKA DENGAN WAN PEAH DALAM MISTERI WAN PEAH EPISOD AKHIR. Semalam adalah episod terakhir drama slot seramedi TV3 Misteri wan peah.. Penuh la news feed FB aku. Masing2 terpinga pinga sebab ending drama Misteri Wan Peah tu agak tergantung & masih ada misteri yang belum terbongkar. Masing2 meluahkan perasaan tak puas hati dengan ending macam tu.. Sabaq cheq. Ada sebab kenapa drama tu ending dia tergantung macam tu.. Sebab katanya ada sekuel kedua... Mungkin akan di rungkai misteri tu dalam sekuel kedua nanti la kot.


Ramai yang tak berapa faham lagi tentang wan peah.. Dalam episod akhir semalam.. Tetiba muncul watak hantu yang sama macam Hantu Malika watak dalam drama anak buluh betong dulu. Kalau hangpa tak pernah tengok drama Anak buloh betong tu.. Hangpa google nanti na... Cheq nak cerita pasal Misteri Wan Peah ja. Masing2 tertanya apa kaitan Malika tu dengan wan peah? Kenapa Malika cakap Wan Peah langgar perjanjian.. Meh sini aku nak buat spekulasi sikit mengikut apa yang aku rasa...


Ada satu episod dalam drama misteri wan peah.. episod tu flashback. Mak kepada wan peah marah & tak puas hati sebab orang kampung mula mengata & buat fitnah pasal wan peah kononnya wan peah ni membela saka & ada mengamalkan ilmu penunduk lelaki (ilmu pengasih). So mak dia terus haramkan dia keluar rumah waktu siang.. Dia hanya boleh keluar pada waktu malam.. Dia terpaksa akur dengan perintah mak dia. So selama tu wan peah tak pernah keluar rumah lagi waktu siang buat orang kampung ingat dia dah mati. Bila depa mula nampak kelibat wan peah waktu malam... depa mula rasa fitnah pasal wan peah membela saka & amalkan ilmu salah tu betul. Sebab depa ingat wan peah dah mati.. maka depa anggap apa yang depa nampak tu hantu wan peah.. Tu yang masa cikgu siti pindah ke kampung kuala pari hilir & menyewa rumah sebelah rumah wan peah.. semakin kerap kelibat wan peah orang nampak. Sebab wan peah mula keluar rumah dah masa tu.

Bila semuanya dah terbongkar & orang kampung dah tahu wan peah sebenarnya masih hidup & tinggal dalam rumah tu. Di jaga oleh ramli, anak angkat wan peah tu.. Barulah wan peah mula keluar siang hari & berani tunjuk muka terang terangan pada orang kampung. Dalam episod akhir bila wan peah mula keluar rumah waktu siang.. Muncul hantu yang masing2 nampak macam Malika tu kacau wan peah sebab dia kata wan peah langgar janji. Aku syak.. janji yang dia maksudkan tu.. Larangan wan peah keluar siang hari la. Aku syak hantu yang dok kacau wan peah dalam episod akhir tu adalah saka peninggal mak dia untuk jaga wan peah. Babak last 3 sekawan Li kelubi, Ghani Gagap & Yeh kumbang yang lalu depan rumah wan peah.. tetiba muncul hantu malika & depa jerit nama Wan Lijah tu aku syak wan lijah adalah mak wan peah. Sebab aku tak sure nama mak wan peah dalam drama tu apa. Sebab ada nama wan jugak.. Maybe kalau bukan mak pun keturunan wan peah jugak la kan. Satgi aku google hahaha..

memang ending dia masih tergantung.. Aku cuma agak je cerita dia macam tu. Sebab bagi aku setiap babak even babak flashback mesti ada kaitan punya dengan perjalanan cerita tu. Takkan sesaja mak wan peah nak buat larangan wan peah hanya boleh keluar waktu malam.. Tak ke pelik. Kalau dia nak jaga anak dia dari di apa2 kan orang kampung rasanya waktu malam lagi bahaya ye dak? Mesti ada sebab & misteri di sebalik tu rasanya akan di rungkai dalam sekuel kedua nanti. So kalau betul ada sambungan lagi misteri wan peah.. sama2 la kita tengok. Betul ke tidak hantu malika tu adalah saka peninggalan mak wan peah untuk jaga dia... hehehehehe

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KISAH SUKA DUKA BELI BEG SEMPENA LAZADA 5TH BIRTHDAY SALE

30.3.17 Suria Lekatlekit 2 Comments

KISAH SUKA DUKA BELI BEG SEMPENA LAZADA 5TH BIRTHDAY SALE. Baru je habis sale sempena lazada 5th birthday haritu.. Selain aku dapat surprise box dari lazada yang ada 10 barang berjenama dalam tu termasuk 1 handbag berjenama carlo rino, aku tak lepaskan peluang juga bershopping sempena lazada 5th birthday sale ni. Tapi tak ada la bershopping sakan kan.. Cuma beli barang2 yang perlu sahaja..

Trolley Travel Mate

Antara barang yang aku beli masa lazada 5th birthday sale tu.. satu bagpack untuk anak aku.. Macam hampeh beg tu. Siap ada stapler kemudian cover dengan pekat hitam.. Aku call seller dia tanya. Dia cakap beg dia semua memang ada stapler. Macam hampeh.. konon harga selepas diskaun RM35 padahal kualiti barang dia memang jenis barang murah punya. Siap seller GTE shop tu cakap.. Beg RM35 include postage memang kualiti dia macam tu.. lain la beg harga RM350.. Boleh la dapat handmade yang mata cantik katanya. Yang kau letak harga konon beg tu macam mahal sangat sebelum diskaun & selepas diskaun murah yang amat memang la orang expect barang tu kualiti dia sama harga macam barang mahal tapi sebab ada diskaun dapat harga murah. Hangpa menipu tak mau ngaku!! Kebanyakkan seller memang macam tu suka manipulasikan harga konon after discount murah la padahal barang tu sebenarnya tak ada diskaun pun. Malas aku nak review beg dari seller GTE shop kat lazada tu. Tak best langsung hahahaha. Nasib baik Lazada Malaysia sentiasa berjaya pujuk hati aku. Lepas komplen dapat vocuher membeli belah.. Lazada Malaysia memang terbaik sebab sentiasa pantas mengambil tindakkan setiap aduan pengguna.

Barang kedua.. Shimmer powder. Yang tu nanti aku review untuk next entri. Hari ni aku nak review barang ketiga iatu Trolley Travel Mate. Bag trolli untuk isi pakaian kalau nak travel kemana mana la. Memandangkan beg pakaian aku tu rasa uzur sangat kot. Aku beli murah je sebelum aku kawen lagi. Sedang elok la dia pun dah uzur harus la kembali kerahmatullah dah tu. Sebab aku ni duduk rumah puncak kayangan.. Sementara nak turun berpijak di bumi yang nyata ni.. nak kena usung beg bagai jugak la kan.. So aku rasa lebih pratikal guna jenis bag troli ni. Sebab ada roda. Aku ada travel Luggage yang jenis hard cover tu tapi macam tak sesuai pulak nak usung bawak balik kampung beg tu sebab besar sikit. Penuh bonet kereta pulak. Beg tu aku bawak masa mula2 nak berhijrah kat sini katanya.. Tentu la besar sikit. Aku selalu balik kampung bukan berbulan pun.. paling lama 4 - 5 hari jer. Jadi tak perlu la nak bawak beg besar macam nak lari dari rumah sebab tak bayar sewa pulak kan. Nanti boleh mengundang fitnah dari jiran puaka sebelah rumah ni.. hahahaha


Sempena ada sale kat lazada haritu jadi terbeli la Trolley Travel Mate warna dia biru. Stok dia memang biru je. Biru gelap. Harga masa aku beli tu RM44 tapi tadi tengok dah habis sale harga dia RM55. Bersize L: 56cm x W: 23cm x H: 35cm. Sama size dengan bag travel aku sebelum ni. Memang aku dapat pun ngam2 sama besar jer.


Kualiti kain dia memang nampak tebal. Insya Allah tak mudah koyak. Tahan la kot 10 tahun lagi haahahaha. ada dua zip. Zip pun tak nampak macam cap ayam sangat. Ada dua roda, satu pemegang tangan & satu pemegang yang boleh laras untuk troli. Kalis air. Warna dia memang cantik jugak la walau plain color jer. Aku memang suka kalau bag ni warna2 gelap.. kalau terkotor sikit pun tak nampak comot. Jenis2 travel bag ni.. Kita nak bawa sana sini memang aku rasa better jenis warna gelap ni. Bagi aku besar juga la. Setakat nak isi kain baju kami 3 beranak untuk seminggu balik kampung tu cukup la kot.. Beg sebelum ni pun muat jer...

delivery dia tak lama pun.. Tak sampai seminggu. Kalau hangpa minat nak beli boleh clik kat Trolley Travel Mate. Memang satu design & satu warna jer. Tak payah nak pilih2 dah. Kalau berkenan clik & beli jer katanya hahahaha... Harga dia bagi aku tak ada la mahal. Kat luar sana jenis trolli bag ni memang agak mahal harganya. Yang jenis macam ni ada yang sampai RM70++ Ni aku beli dengan harga RM44 memang tak la mahal mana berbanding bakal di lenjan tanpa belas kasihan nanti. hahahaha. Atau nak cari apa2 beg untuk travel boleh tengok kat sini >> Travel & Laguage <<

Sekian je review dari aku. Pada mereka yang tengah survey boleh la usya2 trolley bag ni. Nak membeli belah di website macam lazada ni.. Please baca review dari pelanggan sebelum ni. Memang ada yang tak ada review.. Kalau ada kontroversi pasal seller yang menjual kat situ better elakkan membeli. Bukan apa kadang2 ikut nasib.. Nasib baik dapat barang yang baik. Nasib tak baik.. Dapat barang kualiti stapler hahahaha.

Alang - alang tulis pasal lazada ni jangan lupa sekarang Lazada tengah mengadakan Lazada Big Baby Fair sehingga 2 April 2017, dimana korang boleh membeli belah banyak barang keperluan bayi & kanak kanak dengan harga diskaun sehingga 85%. Banyak jenama terkenal yang terlibat dalam kempen ni. Cepat tengok kat Lazada Big Baby Fair

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PELAKON VETERAN NORLIA GHANI TIMANG CICIT, RUSDI RAMLI TIMANG CUCU

29.3.17 Suria Lekatlekit 3 Comments

PELAKON VETERAN NORLIA GHANI TIMANG CICIT, RUSDI RAMLI TIMANG CUCU. Tahniah di ucapkan buat pelakon veteran yang rasanya semua orang kenal, Mama Norlia Ghani yang memberitahu di laman facebook beliau dah timan cicit pertama dari cucu lelakinya anak kepada pelakon Rusdi Ramli.. Wah dah jadi datuk la Rusdi Ramli kan.. Betapa nampak vouge lagi memasing tak kira yang timang cicit & timang cucu.


Nenek pun masih nampak sihat.. Si Ayah yang jadi datuk dok nampak ensem lagi.. Tu yang untung mereka yang kawen muda atau mengamalkan hidup secara sihat. Insya Allah jika umur panjang masih nampak muda & masih kuat untuk meneruskan kerjaya mereka.


Cucu kepada Mama Norlia Ghani & anak kepada Rusdi Ramli ni tak silap melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas.. Alhamdulillah awal rezeki depa menimang cahayamata awal kan. Dapat baby boy lagi tu. Tak payah nak hadap soalan2 cepuk emas dari para mulut kak nam & abang keypo tanya bila nak ada anak. Tunggu lepas pantang esok.. hadap la soalan bila nak tambah anak pulak ok! hahahahaha


Anak lelaki Rusdi Ramli ni tak silap anak dari hasil perkahwinan pertamanya dulu.. Sekarang ni perkahwinan kedua dia kot.  hensem jugak orangnya cuma tak nampak banyak iras bapak dia.. Mungkin rupa dia ikut sebelah mak dia la kot kan. Dulu masa Rusdi ramli tengah popular pun anak dia dah remaja kan.. Sekarang tak pelik la dah dapat menantu & cucu.

Apapun tahniah kepada semua.. termasuk yang baru menimang anak. Semoga keluarga mama norlia terus bahagia & di limpahi rezeki berpanjangan... Amin..

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

WAN PEAH BUAT PENDUDUK KAMPUNG KUALA PARI HILIR DI SELUBUNGI MISTERI

29.3.17 Suria Lekatlekit 1 Comments

WAN PEAH BUAT PENDUDUK KAMPUNG KUALA PARI HILIR DI SELUBUNGI MISTERI. Ni entri ketiga pasal drama misteri wan peah katanya.. Semakin nak habis episod semakin syok pulak layan drama Misteri Wan Peah ni.. Bukan apa semakin lama semakin banyak pulak misteri wan peah yang sukar untuk penonton meneka apa sebenarnya yang berlaku pada wan peah & wan peah ni sebenarnya bela saka ke bela kucing ke bela hapa? Memang setakat ni followers drama misteri Wan peah kat news feed FB aku tak ada seorang pun dapat ramal misteri di sebalik seorang tua bernama wan peah..


Aku sendiri pun mula rasa.. Wan peah bukan hantu. Yer betul.. Lepas tu aku syak dia ada saka yang di wariskan oleh mak dia untuk jaga dia sebab mak dia tahu orang kampung kuala pari hilir nak menganiaya dia.. Yang tu tak pasti betul ke tidak cuma aku agak je la.

Episod semalam.. Anak wan peah dah explain kat ketua kampung & 3 serangkai yang cukup takut dengan wan peah tu.. Yeh Kumbang, Ghani Gagap & Wan kelubi ke hapa nama dia.. So depa pun dah tahu la wan peah belum mati & wan peah bukan jadi hantu. Anak dia cakap.. mak dia bela kucing je takde membela makhluk2 halus ni.. Masa kat rumah wan peah tu tetiba Ghani Gagap nampak satu kelibat persis wan peah.. kat luar tingkap sedangkan wan peah dalam rumah. Siapakah? Masih misteri..

Kes cikgu siti pulak.. dah tahu wan peah bukan hantu & memandang depa berjiran. So dia konon nak berbaik hantar la jemput2 kat wan peah.. Masa dok bagi salam dari bawah rumah wan peah.. tetiba dia nampak wan peah sedang memanggil & bercakap dengan sesuatu yang tak nampak siapa atau apa bawah rumah... Cuak jugak cikgu siti tu.. Perangai wan peah ni lain macam jer misterinya. Bila di ajak masuk rumah tetiba wan peah bagi sesuatu makan dari luar tingkap. Cikgu siti dah rasa lain macam cuma.. Dia sendiri tak tahu dengan siapa wan peah berinteraksi dalam isyarat tangan tu. Dengan kucing ke atau dengan saka.. Tu pun masih misteri


Serius... Aku sendiri pun tak tahu samada wan peah ni memang ada saka yang di warisi dari mak dia atau sebenarnya takde apa2 pun wan peah ni. Mungkin betul cakap ramli, mak dia bela kucing jer tapi sapa yang ghani gagap nampak tu? Memang betul2 wan peah buat penduduk kampung kuala pari hilir di selubungi misteri katanya. Bukan je orang kampung kuala pari hilir semua yang menonton memang di selubungi misteri jugak dah ni.. hahahahaha

Sheila Rusly ni buat cerita ni kita tak boleh ramal langsung perjalanan. Kena jugak tengok sampai episod akhir.. Memang terbaik la Drama Misteri Wan Peah ni kan? Baru tak boring nak follow sebab jalan cerita tak tipikal & penonton sendiri tak boleh teka apa kesudahanya...

Nak tahu apa wan peah bela.. Kena tengok malam ni. Semalam Ramli bagitau tok ketua.. Wan Peah tak pernah berkahwin jadi Ramli anak sapa? Tu pun salah satu bentuk kemisterian yang tak berjawapan. Kalau nak tau kena tengok malam ni.. kat tv3 pukul 10 malam. Aku ni pun tak sabar nak tahu... Hope malam ni tak ada aral melintang pukang la aku nak tengok drama Misteri Wan Peah ni.

Moral of the story.. Aku harap sheila rusli buat filem atau drama seram pulak lepas ni.. Memang aku rasa dia ada talent menghasilkan drama & filem yang mampu memberi kepuasan pada penonton.

P/S : Cuma nak komen satu jer.. Watak Farhan @ pa'an tu macam kaku. Pelakon baru ke hapa aku tak tau tapi memang nampak tak pandai berlakon. hahahahaha

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SEKARANG DAH BOLEH BELI BARANG BASAH SECARA ONLINE DARI PASAR YANG ANDA SUKA

28.3.17 Suria Lekatlekit 2 Comments

SEKARANG DAH BOLEH BELI BARANG BASAH SECARA ONLINE DARI PASAR YANG ANDA SUKA.  Tak lama lagi aku rasa semua orang bertapa dalam rumah je la.. Memang jadi betul - betul anti sosial.. Sebabnya sekarang nak apa.. semua boleh dapat semudah clik2 guna hujung jari je. Semuanya boleh beli secara online & tunggu je nanti ada orang hantar depan pintu. Tak payah berdepan dengan risiko kena ragut ke hapa kat luar sana bila bawa cash money banyak2 sebab nak membeli belah. Boleh bayar guna online banking jer..


Setakat Mall & supermarket online tu dah bukan benda baru la.. Setakat nak beli belah kat website yang jual barang keperluan harian yang kering2 tu pun bukan sesuatu yang rare tapi kalau yang jual barang basah macam kat pasar tu kira baru nak meluas la melalui pasaran online. Tu dia lepas ni tinggal kucing jer kat pasar basah kalau dah ramai pilih beli barang basah secara online kan?

Benda - benda ni memang sangat sesuai untuk orang orang yang macam aku jenis malas sangat nak pergi kedai kalau dah duduk dalam rumah. Bila duduk rumah yang bertingkat2 ni.. Memang sangat la malas nak keluar sebab nak kena turun & naik guna lift. Kalau lift rosak kau nak kena daki tangga sampai rasa nak tercabut lutut. Kadang2 sebab malas, aku makan je apa adanya dalam rumah.. Nak masak ke hapa tunggu laki aku balik dulu. Sebab selalunya dia akan beli barang masak sekali. Nasib baik laki aku jenis.. Nak makan baru suruh masak. So, tak payah kelam kabut sangat nak masak siap - siap. Kang dia balik dia akan cakap dia nak makan apa baru masak.

Melainkan aku sendiri yang rasa nak makan apa - apa la. Contoh macam nak masak laksa ke hapa.. kena jugak gagahkan diri turun ke bawah cari ikan & bahan bahan lain. Kadang2 rasa macam ada batu kat kaki nak turun pergi kedai.. Tapi dengan adanya Pasar online ni aku rasa lepas ni dah tak payah aku nak turun pergi kedai kalau nak order apa2 barang basah macam ikan, sayur,seafood atau daging. Termasuk buah buahan. Just order secara online je melalui aplikasi ni >> Aplikasi yang boleh anda guna Untuk beli barang Basah dari Pasar Kegemaran anda Secara Online <<

Memang sangat berguna & membantu terutama surirumah macam aku aplikasi macam ni. Lepas ni rasa nak makan apapun tak payah nak delay2 sebab malas nak pergi pasar atau kedai beli barang basah. Kadang2 kedai runcit kat area rumah aku ni pun tak ada barang yang kita nak beli terutama macam ikan, daging semua tu.

Moral of the story... Lepas ni tak ada alasan tak masak sebab tak sempat pergi kedai. hehehehehe

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

NAK BERJIMAT BELI BARANGAN BABY JOM KE LAZADA BIG BABY FAIR

27.3.17 Suria Lekatlekit 3 Comments

NAK BERJIMAT BELI BARANGAN BABY JOM KE LAZADA BIG BABY FAIR. Zaman sekarang kos sara hidup semakin tinggi sampai orang nak beranak pun jadi takut. Betul la setiap manusia yang lahir ke bumi Allah tu di sertakan bersamanya rezeki cuma tu la kita sebagai manusia bila tengok ekonomi negara yang semakin merosot terpaksa juga buat perancangan kualiti melebihi kuantiti katanya. Bila memilih untuk ada anak atau menambah anak.. semua perlu perancangan agar perjalanan jadi mudah & lancar.


Bagi yang tengah menghitung hari untuk menyambut kelahiran baru atau yang baru je dapat baby.. Nak berjimat membeli keperluan bayi anda.. Jangan risau. Masih ada tempat yang korang boleh membeli belah dengan harga yang berbaloi.

Bermula 29 march sehingga 2 april 2017.. Lazada yang sangat prihatin akan mengadakan kempen Big Baby Fair dimana boleh membeli belah barangan keperluan bayi anda dengan tawaran yang hebat... Tu dia.. ada yang terbeliak biji mata dah bila baca tawaran hebat tu. Menggigil tangan katanya.. Sabaq dulu na.. Banyak lagi perkara yang den nak khabarkan pada anda yang bakal menggegarkan tulang temulang anda sebentar lagi..


Pada ibu bapa sekalian Big Baby fair menawarkan diskaun sehingga 80% termasuk lampin, fesyen kanak kanak & kelengkapan bayi. Antara jenama terkenal yang terlibat dalam big baby fair ni adalah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Prediasure, Goo.N, Wyeth,Anakku, Fisher Price & banyak lagi. Korang boleh check it out kat 'Lazada Big Baby Fair" nanti.



Bukan tu je Huggies menawarkan diskaun sehingga 43% untuk kesemua jenis lampin bayi.. Mak Aiih.. Jimat banyak tu. Rugi la korang tak ambil kesempatan membeli belah barangan keperluan anak anak korang time ni. Jangan menangis tepi buaian sudah kalau terlepas peluang ni ok!



Tak payah penat penat nak catwalk kat Mall atau supermarket.. duduk santai2 kat rumah dengan keluarga je korang boleh bershopping barang keperluan bayi anda di lazada Malaysia. Lazada juga menawarkan cara pembayaran yang pelbagai sepanjang kempen Big Baby Fair ni. Sebab kadang2 nak shopping online ni orang ada masalah dengan pembayaran.. Di lazada banyak pilihan cara pembayaran boleh di buat so jangan risau ok.


Bukan je ada diskaun yang gilang gemilang & gempak malah korang di tawarkan dengan kos penghantaran percuma sekiranya membeli produk yang terpilih. Selain tu korang berpeluang untuk menang hadiah hebat dengan menyertai peraduan di social media Lazada Malaysia


Ni berita baik untuk blogger Malaysia...  Sebab ramai blogger yang suka join contest maka inilah masanya ada merebut peluang keemasan untuk memenangi Lazada Malaysia shopping voucher dengan menyertai Lazada Big Baby Fair Blogger Contest. 6 Blogger bertuah bakal memenangi voucher membeli belah di lazada Malaysia yang bernilai RM500 setiap seorang. RM500 tu beb.. macam macam boleh beli. Lazada Big Baby Fair Blogger Contest akan bermula pada 27 March & tarikh tutup penyertaan pada 2 April 2017. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari http://www.lazada.com.my/blogger-contest/

Dok tunggu apa lagi wei!! Pada blogger yang nak menang voucher beli belah tu cepat - cepat la join. Pada ibu bapa yang nak merebut harga terlajak jimat ni la masanya korang membeli belah sempena Lazada Big Baby Fair. Tak payah dok fikir fikir lagi.. Offer bukan selalu.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MAKSUD PERKATAAN 'HAWAU' SEBENAR YANG ORANG MELAKA SELALU GUNA

27.3.17 Suria Lekatlekit 1 Comments

MAKSUD PERKATAAN 'HAWAU' SEBENAR YANG ORANG MELAKA SELALU GUNA. Perkataan hawau yang berasal dari Melaka sekarang bukan orang melaka je suka guna.. Dah jadi satu perkataan yang 'hipster' di gunakan kebanyakkan orang serata negeri. Almaklum zaman generasi 2000an katanya... Selalu je aku nampak perkataan 'hawau' ni di gunakan secara berleluasa di media sosial.. Nak juga tahu apa maksud di sebalik perkataan hawau. Mencarut ke? memaki ke?


Kalau kat kedah.. sebut hawaq. Selalunya di kaitan dengan penyakit untuk ayam atau di gunakan untuk meluahkan perasaan marah pada seseorang. Kalau tak marah pun kategori gurau kasar jugak la.. Contoh ayat.. "hawaq sungguh perangai hang ni?" Mengambarkan perangai sipolan tu memang buruk. Tapi lagi satu perkataan yang dekat2 nak sama sebutan macam hawaq iatu kawaq. Kawaq ni adalah gelaran pada pencuri atau penyamun la. Contoh ayat.. "Semalam rumah Man Terekta kena masuk kawaq. Habis barang kemas bini dia kena sapu. " Tu kalau dalam loghat negeri kedah. Saja ja bagi pengenalan.

Tapi kalau untuk orang melaka.. Hawau ni bermaksud.. 'Tak guna kau." lebih kurang macam tu la. Orang melaka gunakan perkataan ni mungkin untuk sembang2 santai.. gurau senda katanya. So, ia tak menjurus kepada untuk memaki hamun orang lain. Tapi bergantung pada niat jugak. Kalau memang niat dia nak marah someone dengan perkataan hawau ni.. Maka perkataan tu menjurus kepada niat yang tak baik.. maka boleh jatuh dalam kategori carut jugak la kan.

Mungkin sesetengah orang tak selesa menerima perkataan macam ni even dalam gurauan sebab mungkin mereka rasa agak biadap & ada certain orang ok jer.. Macam aku ni memang jenis kasar so setakat nak gurau camtu aku boleh terima lagi cuma untuk guna perkataan tu aku masih janggal. Maybe sebab aku orang kedah hahahahaha

Moral of the story..  Apa yang kita rasa tak salah di sebut pada orang lain belum tentu benda tu tak mendatangkan masalah. So tengok - tengok juga dengan siapa hangpa nak ber 'hawau'. Kang tak kena orang terus dia label hangpa.. Kurang ajar. Peace Yo!

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PERSEMBAHAN USOP MINGGU KE 8 MENTOR MILENIA AGAK MEMBOSANKAN

27.3.17 Suria Lekatlekit 0 Comments

PERSEMBAHAN USOP MINGGU KE 8 MENTOR MILENIA AGAK MEMBOSANKAN. Minggu lepas takde ulas pasal mentor milenia 2017 ni sebab den cuti cuti malaysia balik kampung. Isnin baru pulang ke pangkal jalan katanya.. Kat kampung takde maknanya nak layan TV sangat. Dah la bukan selalu balik kampung harus la spent time dengan family kepada perkara yang lebih best dari nak layan mentor milenia katanya hahahaha.. Tapi minggu ni sebab kembali ke kerumahtullah.. maka sempat la menjadi selaku juri surirumah...


Minggu ni.. Persembahan semua protege bagi aku di level selamat.. Semua pun not bad performance mereka dari segi vokal cuma aku rasa kecewa sikit dengan persembahan Usop.. Walaupun juri tetap puji Usop & juri awam pun bagi markah yang not bad.. Tapi tetap aku rasa persembahan usop minggu ni boring sangat. Usop bawa lagu Memori sekuntum rindu nyanyian kumpulan spoon.. Lagu tu kita sedia maklum lagu tangkap leleh.. Tapi rasa macam terlebih meleleh sangat usop nyanyi.. Persembahan usop macam tak ada semangat langsung.. Mungkin faktor kurang rehat & letih jugak kot tapi usop kena bersedia dari mental & fizikal sebab minggu ni pun boleh nampak persaingan semakin sengit. Even usop di lihat lebih ramai supporter & peminat namun itu tak menjamin dia akan sentiasa selamat di atas pentas mentor milenia.. So usop.. Please wake up & kembali semangat usop macam mula mula dulu ok. Persembahan kena sentiasa ada peningkatkan tak boleh statik je dari minggu pertama sampai la ke peringkat seterusnya. Orang kedah still support hang, dont worry sop!


Tapi respect dengan Qaleesya protege kepada Tomok yang boleh kata selalu je di Bottom 2. Sentiasa hampir2 di singkirkan & pernah tersingkir & dengan kuasa juri tetap dia di terima semula. Qaleesya ni bukan suara tak sedap.. Vokal dia not bad.. Power jugak tapi aku rasa tomok ni selalu bagi lagu yang berisiko & tidak sesuai dengan protege dia. Ni pertandingan.. Tomok sepatutnya tak bereksperimen dengan kemampuan vokal protege dia.. Tiru hazama.. Dia tahu kekuatan protege dia so dia sentiasa pilih lagu yang dalam kemampuan mereka untuk bawa.


Along protege Tomok.. Budak ni memang ada talent besar untuk di kenali sebagai penyanyi nanti. Selain bapak sedara juga seorang penyanyi terkenal. Sapa tak kenal ezad lazim @ ezad exist kan.. Depa ni memang darah seni kuat kot. Tak payah nak menumpang tuah bapa sedara Along sememangnya boleh menyanyi dengan baik cuma Along perlu lebih confident & kurang malu bila perform. Semalam dia bawa lagu english.. Yer english dia sangat kaku & baku.. Tapi ok jer kan Along. Kita kan orang melayu.. Kalau nyanyi lagui english tak slang english sangat tu biasa la.. Jangan orang melayu nyanyi lagu melayu slang english tu memang very the coco.. lots of mix katanya. takpe sebutan english tu.. Along boleh belajar & improve dari masa ke semasa.. Apapun persembahan Along semalam tak kurang hebat. Cuma mungkin Along kekok sebab tak fluent english kot...


Balqis protege hazama..  Sentiasa dalam zon selamat setiap minggu even belum pernah jadi juara mingguan setakat ni. Budak ni memang boleh nyanyi apa je genre lagu dengan baik. Kau bagi la lagu apapun dia nyanyi memang dengan feel & confident. Bukan setakat cantik tapi memang ada pakej sebagai seorang penyanyi. Semalam persembahan dia memang mantap jugak. Dia nyanyi lagu I surrender.


Elica.. ni pemegang title juara mingguan 2 kali berturut2 sebelum ni. Vokal memang power. Semalam nyanyi lagu benci tapi rindu.. Memang nampak elica matching bawa lagu2 macam tu. Semalam persembahan elica memang not bad..


Syeera ni dia macam balqis. Memang vokal tak payah pertikai. Performance dia semalam pun best. Tahniah mentor dia black buat arrange yang best. Cuma Belum rezeki dia untuk jadi juara minggu tapi nampak syeera memang ada peluang sampai ke final.. So, tak mustahil peluang dia untuk jadi juara pun ada.


Peserta ujibakat pilihan.. bekas vokalis ukays katanya. Tapi bukan amir ukays la.. Ady nama dia. Suara memang power la bawa lagu2 ukays.. Semalam dia nyanyi lagu seksa. Wow! Sedap giler suara dia.. Cuma dia tak ada rezeki untuk bertanding di atas mentor milenia.. Faktor umur ke hapa tak sure la kan.. Tapi suara dia memang sedap tak payah di pertikai. Macam suara record je nyanyi live semalam.


Juara minggu ni mentor milenia 2017 adalah Qaleesya.. sapa sangka sebelum ni asyik di bottom 2 jer tetiba minggu ni menang. Tapi memang terkejut bila yang di bottom 2 minggu ni Elica & Along.. Gila wei! Dua2 orang tu mempunya vokal yang power. Tapi semalam tiada penyikiran. Memang semalam kalau aku pun orang suruh pilih sapa nak keluarkan.. aku rasa tak ada sapa patut terkeluar.


Cuma satu je.. akhir rancangan tu tak payah la buat sesi bersalam salaman cium tangan bagai antara protege dengan mentor & juri. Semak pulak aku tengok. Kau nak cium tangan sangat dah kenapa kan.. Makcik2 kat rumah tu sakit mata tau tengak laki perempuan dok bersalam cium tangan macam tu. Tak perlu pun drama2 macam tu atas pentas rancangan realiti nyanyian.. Dah trending kot setiap minggu mentor milenia tahun ni.


Tu la la komen & kritikkan aku untuk mentor milenia minggu ke 7. Minggu depan kalau aku santai santai kat rumah tak ada apa nak buat boleh la aku menjurikan diri lagi. Ramai tu peminat aku dok tunggu komen2 aku kat FB katanya... wakakakakaka (mohon jangan muntah atas skrin).

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JOM KENALI SIAPA NURIN DALAM MISTERI WAN PEAH

26.3.17 Suria Lekatlekit 6 Comments

KENALI SIAPA NURIN DALAM MISTERI WAN PEAH. Sapa yang ikuti drama di slot Seramedi TV3 setiap isnin hingga rabu mesti tahu kan watak nurin iatu adik kepada cikgu siti tu.. Orangnya comel tapi bila cakap macam lidah pendek sikit. Sebelum ni dok nampak muka dia mengacarakan rancangan realiti sukan apa ke tajuk dia.. Planet bola ke hapa. Mungkin ramai yang dah kenal siapa pemegang watak nurin tu.. Tapi masih ada yang tak kenal jugak. Jadi jom kita berkenalan dengan dia sat...

Nurin Misteri Wan Peah

Kalau dalam Drama misteri Wan Peah tu nama dia Nurin tapi nama timbangan dia dalam dunia hiburan ni adalah Sweet Qismina atau dulunya di kenali sebagai Sweet Farhana. Tapi nama sebenar dia Farhanna Qismina. Cuma nama glamour dia sweet.Sebab dia tak nak orang confuse antara dia & pelakon Eyka Farhana so dia tukar nama sebagai sweet Qismina.

Sweet Qismina

Sweet Qismina di lahirkan pada 24 Oktober tahun 1997 & berasal dari kuala lumpur. Anak orang bando katanya patut la muka pun muka bando bando je yer.. hehehehe.

Drama Misteri wan peah ni bukan drama pertama lakonan Sweet Qismina ni.. Dia mula dikenali ramai selepas pegang watak sebagai Fasha untuk siri televisyen Hikayat Putera Shazlan. Selain itu, dia juga pernah memegang watak sebagai Julie untuk siri televisyen Waktu Rehat.

Eyka Farhana yang ada iras - iras macam Sweet Qismina

Banyak juga la drama & filem lakonan Sweet Qismina sejak dari tahun 2007. Kira sejak dia kanak kanak lagi la. Sampai la yang terkini drama Misteri Wan Peah yang menaikkan lagi nama dia dalam industri hiburan tanah air. Sebab drama tu tengah trending & mendapat rating yang tinggi jugak. Peminat sweet Qismina ni banyak di kalangan kanak kanak sebab dia pun still sweet like baby jugak kan.

Sweet sebenarnya mahu watak yang lebih dewasa dah.. Tapi tu la bila mula berlakon dari kanak kanak ni & dengan muka yang baby face macam tu memang susah orang nak bagi watak dewasa. Masih di bayangi watak kanak kanak tapi dalam misteri wan peah ni ok la dapat watak yang remaja yang kategori senior la. Remaja yang usia dala 20an macam tu kan.. Mungkin lepas ni ada offer untuk dia dengan watak2 yang lebih matang.

Tu la serba sedikit yang aku baca tentang pelakon Sweet Qismina pelakon drama Misteri Wan Peah. Selebihnya korang google sendiri. hehehehe

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MUDAH DAN SELAMAT DARI LUKA SEMASA BUANG BULU DENGAN VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER

25.3.17 Suria Lekatlekit 3 Comments

MUDAH DAN SELAMAT DARI LUKA SEMASA BUANG BULU DENGAN VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER. Kita di lahirkan dengan bulu2 bukan rambut jer.. Masa kecik sebelum akil baligh mungkin bulu yang kita ada cuma bulu roma nipis, bulu kening & rambut jer.. Selepas akil baligh akan bertambah bulunya di tempat tertentu seperti di celah ketiak & bahagian kemaluan.


Bulu ni bersifat hidup.. Jadi dia akan semakin panjang kecuali bulu roma & bulu kening la kalau tak cukur dia statik macam tu je la. Tapi bulu lain macam rambut, bulu ketiak & bulu pada kemaluan kalau kau simpan lama - lama memang berhutan jadinya. Bukan setakat berhutan, mungkin akan di jangkiti kutu jugak. Kutu bukan sekadar boleh hidup atas kepala di celah rambut malah boleh hidup di bahagian bulu kemaluan. Bayangkan kat situ berkutu.. gatal merenyam.. Seksa zahir batin beb! Maka terkepit kepit & terkemut kemut la kau. Nak nak lagi kalau kat tempat2 ramai orang. Sebab tu penting untuk kita buang bulu2 di bahagian sulit bagi tujuan kebersihan & kesihatan.

Guna pisau cukur ni kadang - kadang kurang pratikal sebab boleh menyebabkan luka. nak cabut guna penyepit bulu tu tahan ke azabnya. Sakit ok! Oleh kerana itu Veet mengeluarkan satu produk elektronik yang memudahkan kaum wanita untuk membuang bulu bulu yang tidak di ingini & tampil menawan setiap masa.  Veet sensitive touch electric trimmer gadget elektronik terbaru keluaran Veet. Alat ini berfungsi untuk mencukur atau membuang bulu pada bahagian sensitif tanpa pisaunya menyentuh bahagian kulit bagi mengelakkan risiko terluka. Veet Electric trimmer ni menggunakan kuasa bateri AA untuk menghidupkannya.  Didatangkan bersama 2 sikat bersaiz 2mm & 4mm & dua mata pemotong bersaiz 16mm dan 6mm. Satu berus untuk membersihkan bulu bulu yang melekat & 1 beg memudahkan anda menyimpan & di bawa kemana mana.


Kelebihan Veet Sensitive Touch Electric trimmer ni adalah.. Boleh memotong & membuang bulu bulu dengan kemas tanpa menyebabkan luka. Sebab benda tu paling orang titik berat semasa membuang bulu terutama di bahagian sensitif. Selain tu hasil cukuran dia lebih licin. Memudahkan anda untuk buang bulu di bahagian sulit, celah ketiak, membentuk kening, sideburns, bulu roma, misai & sebagainya. Paling penting boleh di bersihkan dengan air.. So mudah kita nak mencuci selepas guna.

Size dia yang kecil sebesar berus gigi elektronik mudahkan untuk kita bawa kemana mana sebab boleh sumbat dalam handbag jer... Maybe nak travel jauh dalam jangkamasa yang lama.. boleh la jimat space.


Benda ni memang sangat penting bagi aku yang memang mementingkan kebersihan dalaman & luaran. aku memang sejenis yang tak suka nak nak simpan bulu2 di tempat2 tertutup macam celah ketiak atau bahagian intim. Memang dah tabiat sejak dari zaman anak dara dulu. Seminggu sekali mesti aku tebas. Nampak jijik jugak la bagi seorang perempuan yang biar bulu ketiak & bulu di bahagian intim tu tak di buang sampai jadi hutan. So dengan adanya Veet Sensitive Touch Electric trimmer ni.. banyak membantu aku membuang & membersihkan bulu yang tak di ingini. Cukuran dia pun lebih licin & kemas. Paling penting kurang sangat risiko kulit terluka semasa membuang bulu. Dah tak payah nak guna pisau cukur yang kadang2 memang menyebabkan luka. Luka kat tempat2 intim ni bahaya sebab dia tempat yang tertutup & kadang2 lembab.. Kalau ada luka mudah terkena jangkitan kuman & bakteria. Untuk mengelakkan risiko terluka ketika buang bulu2 yang tak di ingini guna la Veet Sensitive Touch Electric Trimmer ni.

Yang nak guna untuk tujuan kecantikkan.. Nak bentuk kening.. ada mata pisau yang di sediakan untuk membentuk kening menggunakan Veet Electric Trimmer ni.. Hasil cukuran tu lebih halus & kemas.. bentuk dia lebih sharp & bahagian yang di cukur lebih licin berbanding pisau cukur biasa.

Stevensunny Makeup Artis juga menggunakan Veet Sensitive Touch Electric Trimmer

Macam tu juga kalau nak guna Trim sideburn & buang bulu roma.. Memang hasil cukuran dia lebih licin berbanding pisau cukur. Banyak sungguh kegunaan Veet Sensitive Touch Electric Trimmer ni ok! Boleh di gunakan seisi keluarga.

cara nak guna Veet Sensitive Touch Electric Trimmer

1. Untuk membentuk kening


Trim kening menggunakan kepala pemotong yang paling kecil berbentuk panjang tu & letak sikat yang di sediakan. Boleh rujuk pada gambar. Letak. Potong menggunakan Electric trimmer secara berlawan arah bulu kening tumbuh.
Untuk membentuk pulak.. keluarkan sikat & letak pada bahagian kening yang ingin di ratakan & dibuang mengikut bentuk yang di ingini & potong.

2. Untuk mencukur di bahagian intim/ketiak


Gunakan Bilah pemotong yang besar (Rujuk pada gambar) & potong secara berlawan arah dengan lembut 7 jangan tekan pada atas kulit. Jangan risau pisau pemotong tidak akan terkena pada kulit.

3. Untuk Misai & Janggut (bahagian atas mulut & dagu)


Untuk bahagian atas bibir (Misai) gunakan kepala kecil yang panjang macam yang pertama tadi & trim/cukur secara bertentangan dengan bulu tumbuh
Untuk bahagian Dagu (janggut) guna kepala besar seperti yang nombor 2 potong/cukur secara bertentangan jugak

4. Untuk Jambang (Sideburns) 


Guna bilah kecil sama macam yang nombor 1 tadi bersama sikat. Trim bahagian sideburns (jambang) mengikut berapa panjang yang anda nak potong. Untuk kemaskan buang sikat & kemaskan bentuknya.

Jom kita tukar dari menggunakan pisau cukur kepada Veet Sensitive Touch Electric Trimmer. Berminat nak mencuba produk ni boleh rujuk di Veet@Malaysia untuk maklumat lanjut & untuk membuat pembelian.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT SENANG LENANG

24.3.17 Suria Lekatlekit 1 Comments

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT SENANG LENANG. Tu dia.. Nama resepi kau. Ayam Goreng kunyit senang lenang katanya.. Amboi hang lekatlekit.. Ayam goreng kunyit pun nak share resepi ka? Setakat goreng & campak - campak tu budak sekolah rendah pun tau masak.. Aippp.... Jangan tak tau kadang2 resepi yang budak sekolah rendah reti masak tapi yang tua bangka umur di pinggir kubur pun tak reti nak masak ok! Nak bagi contoh.. Orang2 sekeliling aku pun ada sampai tua bangka pun tak reti masak. Asyik lauk tunjuk - tunjuk je hari hari.. Manalah tau tetiba seminggu sebelum mati tetiba dapat hidayah nak belajar masak Ayam goreng kunyit at least ada jugak resepi kat carian google tu katanya...


Aku ni nak kata pandai masak tu tidak la.. setakat menu2 kampung & menu2 simple tu reti la. Yang penting menu2 yang aku suka la. Lidah belacan ni bukan reti sangat nak makan western, korean food bagai.. Almaklum la selera kampung kampung katanya. Jadi sebab bukan la handal masak so aku share resepi resepi simple je la.. Kenapa Ayam goreng kunyit senang lenang.. Sebab senang je nak memasaknyer tijah Ooi.. Ni kategori masakan campak2 jadi jer...

Bahan bahan dia pun simple sahaja

1. Isi Ayam di potong dadu
2. Kunyit serbuk
3. Garam halus
4. Kobis bunga
5. Lobak merah di potong memanjang
6. Bawang besar
7. Cili padi
8. Minyak masak

Cara memasak

1. gaulkan isi ayam yang di potong dadu dengan garam & kunyit serbuk
2. Panaskan minyak & Goreng isi ayam sehingga garing
3. Masukkan lobak merah & goreng sekejab dengan ayam
4. Masukkan bunga kobis
5. Masukkan bawang besar yang di potong bersama cili padi
6. Gaul semua & goreng sekejab sehingga masak
7. Tutup api & hidangkan

Dah siap satu menu ringkas tapi kalau makan dengan nasi panas & sup kosong macam kat restoran tomyam tu pun dah cukup sedap ok! Kalau kat restoran tomyam untuk sorang makan ayam goreng kunyit ni pun dah RM3 - RM4 ok! Masak sendiri jimat belanja. Nak2 lagi untuk makan satu family

Ayam Goreng Kunyit Senang lenang by Lekatlekit

Jadi pada yang selama ni tak pernah cuba masak sendiri Ayam Goreng kunyit ni lepas ni boleh la cuba. Nak2 lagi yang bujang2 trang tang tang tu. Dok makan nasi bujang kat kedai pun muak jugak ye dak. hehehehehe

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SUAMI KEPADA PENYANYI NORA JUGA KOMPOSER TERKENAL JOHAN NAWAWI MENINGGAL DUNIA

24.3.17 Suria Lekatlekit 2 Comments

SUAMI KEPADA PENYANYI NORA JUGA KOMPOSER TERKENAL JOHAN NAWAWI MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun... Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga komposer terkenal Johan Nawawi merupakan suami kepada penyanyi yang terkenal dengan lagunya di persimpangan dilema pada tahun 90an, Nora.


Dikhabarkan komposer terkenal tersebut menghembuskan nafas terakhir pada 6.30 pagi tadi setelah di bawa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya. Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung.

Perginya di hari Jumaat yang mulia... Moga Allah mengampuni segala dosa dosa arwah & menampatkan beliau di kalangan orang orang yang beriman.  Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, di sini dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam lokasi yang sama selepas solat Jumaat.

Sedikit info berkenaan Allahyarham.. Johan Nawawi adalah penggubah lagu pop dalam industri muzik Malaysia sejak 1980-an. Antara lagu popular ciptaannya berjudul Hanya Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera nyanyian Nora yang juga merupakan isterinya. Johan boleh bermain alat-alat muzik seperti piano dan gitar dan aktif bermain muzik sejak tahun 1986.

Beliau berasal dari Ipoh, Perak tetapi kampung halamannya adalah di Pasir Mas, Kelantan. Beliau adalah anak bekas Ketua Pengarah Pusat Islam yang pertama, Mohd Nawawi Mahmud. Mereka menetap di Petaling Jaya, Selangor. Beliau memiliki diploma bidang arkitek daripada Federal Institute of Technology (FIT).

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

INI YANG BERLAKU KEPADA VILLA NABILA YANG BERHANTU DI JOHOR BAHRU

23.3.17 Suria Lekatlekit 2 Comments

INI YANG BERLAKU KEPADA VILLA NABILA YANG BERHANTU DI JOHOR BAHRU. Rasanya semua orang tahu tentang Villa Nabila yang terkenal dengan kisah seram. Villa Nabila ni adalah sebuah banglo tinggal yang masih ada pemiliknya. Pernah kecoh tak lama dulu kes seorang remaja yang kononnya hilang dalam Villa Nabila.. Alih2 di temui kat rumah keluarga kawan perempuan dia. Memang hampeh sungguh.. Hantu Villa Nabila jugak di salahkan.


Villa Nabila adalah sebuah bangunan misteri di Pantai Lido, Johor Bahru yang dah lama kisah seram yang berkaitannya menjadi bualan orang setempat. Bermula kisah seram di banglo tu adalah.. Seorang gadis bernama Nabila, anak kepada pemilik Villa tersebut dibunuh di rumah tersebut oleh pekerja yang dok buat renovate rumah itu dengan cara dirogol, dibunuh dan disimen didalam konkrit rumah tersebut. Dah macam cerita dalam Filem Rahsia tahun 80an dulu pulak kan? Tapi dalam filem Rahsia tu kanak2 yang menjadi pewaris harta di bunuh & di simen.. Tapi kisah Villa Nabila ni seorang gadis di rogol & di bunuh. Pada masa itu dikatakan ibu bapa Nabila keluar atas urusan kerja untuk beberapa hari.

Versi lain kisah Villa Nabila.. Nabila adalah pewaris harta kekayaan ibu bapa beliau kerana dia menjadi anak kesayangan dalam keluarga beliau. Kemudian Nabila dibunuh oleh ibu saudaranya kerana ingin merebut harta warisan ibu bapa Nabila. Di samping tu ada juga versi yang mengatakan Nabila membunuh diri kerana tekanan. Tak tau yang mana betul.. Tapi best jugak la layan kisah2 seram Villa Nabila ni. Lokasi Villa Nabila juga berdekatan dengan istana Sultan Johor.

Banyak kisah seram yang melibatkan Villa Nabila ni termasuk di jadikan port untuk aktiviti paranormal. Tapi sekarang maybe hantu2 Villa Nabila dah terpaksa berpindah sebab port depa dah di ambil alih makhluk lain. Bukan makhluk halus dah.. Makhluk yang tak berapa halus.. Nak tau makhluk asing ke apa.. teruskan membaca entri ni...


Terbaca post OhMedia kat facebook katanya Villa Nabila sekarang di jadikan pusat perlindungan anjing terbiar oleh seorang aktivis penyelamat haiwan. Dia tak mewakili mana2 kelab rasanya.. Hanya volunteer untuk buat kerja2 kebajikan jer.. Tak sure pulak aku pasal tu. Tapi yang di tulis pengasas. Maybe dia ada ahli lain lagi kot.


Apapun dia mendapat kebenaran dari pemilik Villa Nabila untuk menjadikan port berpuaka tu sebagai tempat perlindungan anjing terbiar. Bagus jugak kan di manafaatkan kepada perkara yang lebih baik.. Dari di jadikan port dok memburu hantu yang tak berapa ada pekdah tu. Jadahnya dok cari hantu.. erkk.. kalau tak cari camna la aku nak dapat stok2 cerita seram pulak kan? hahahahaha


Apapun syabas kepada Insan mulia atas usaha dia membantu haiwan haiwan terbiar macam tu. Dia rilex je dok masuk dalam Villa Nabila tu.. Takde kecoh pasal hantu ke hapa. Kadang2 benda ni berkaitan dengan apa yang kita fikir jugak. Kalau asyik fikir hantu maka hantu la kita terbayang.. Tapi kalau kita fikir perkara lain hantu datang depan hidung pun mungkin kita tak terfikir dia hantu. hehehehehe


Moral of the story.. Jangan menakutkan diri sendiri dengan berimaginasi benda2 yang menakutkan.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ADI PUTRA SAHKAN TELAH BERCERAI DENGAN KEDUA DUA ISTERINYA

23.3.17 Suria Lekatlekit 2 Comments

ADI PUTRA SAHKAN TELAH BERCERAI DENGAN KEDUA DUA ISTERINYA. Ada jugak la dok baca tajuk2 entri blog2 pasal rumahtangga pelakon Adi Putra ni tapi di sebabkan rasa tak ada apa nak mengulas pasal tu sekadar baca tajuk je la.. Lagipun Tuan punya badan sebelum ni tak cakap apapun pasal kontroversi tu.. Maka tunggu je la. Sampai masa di umumkan juga status hubungan dia dengan kedua dua isteri dia..


Sebab terlalu di desak & di ganggu wartawan & kepoci kepoci seluruh Malaysia maka Adi Putra terpaksa jugak membuat kenyataan menerusi account media sosial dia tentang status hubungan dia dengan kedua dua isteri dia..


Akhirnya.. putus sudah kasih sayang antara mereka. Bukan senang nak handle dua bini.. Satu bini pun dah terumbang ambing lepas tu tambah lagi satu bini memang karam di lautan sepi la kesahnya.. Apapun jodoh pertemuan ni rahsia Allah.. Walaupun dah tertulis jodoh kita sampai setakat mana tapi sebagai manusia tak boleh la nak salahkan takdir 100%. Kita sebenarnya penyumbang pada apa yang berlaku keatas diri kita. So jangan nak lepas tangan salahkan takdir jer ok.

Apapun penceraian bukan pengakhiran.. Ia umpama satu permulaan. Mungkin kepada kehidupan yang lebih baik siapa tahu. So jangan putus asa pada pasangan yang bercerai. Mulakan hidup baru.. Jangan takut hadapi masa depan.. Tu dia.. bagi motivasi kat orang macam dia hebat ja. Tak kena batang hidung sendiri lagi. Dah kena batang hidung sendiri baru kau tau terkemek ke.. terkembang ke hidung kau tu. Takde la bukan hebat.. Apa lagi dapat di ucapkan.. Takkan la nak suruh aku takut2 orang yang bercerai dengan memberi gambaran kat depa seumpama lepas bercerai kau akan hadap satu kehidupan yang penuh dengan air mata pulak kan..

Pada kedua dua bekas isteri Adi putra tu.. Teruskan hidup macam biasa. Moga Allah permudahkan segalanya untuk mereka. Pada Adi Putra.. pun good luck jugak la. Mungkin jadi duda terlajak laris lepas ni sapa tau hehehehe.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com