AWAS! INI SEBAB KENAPA TAK BOLEH SURUH SUAMI CUCI BAJU

3/01/2017 01:00:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

AWAS! INI SEBAB KENAPA TAK BOLEH SURUH SUAMI CUCI BAJU. Zaman sekarang dah macam trend suami jadi househusband & si Isteri keluar bekerja. Bukan kata semua househusband tu tak bekerja..Ada yang bekerja dari rumah juga cuma bagi aku pendapat aku la.. Paling afdal lelaki la patut keluar bekerja & Isteri lebih baik di rumah atau bekerja dari rumah. Sebab perempuan kita sedia maklum terdedah dengan fitnah & lebih berisiko menjadi mangsa jenayah. Tu pendapat peribadi aku aku la.. Cuma kalau tak ada pilihan suami terpaksa bekerja dari rumah yang tu lain ceritanya. nanti kita kupas kupis dalam isu lain yer bab tu hahahaha


Yang house husband ni sememangnya dia la kena buat kerja kerja rumah.. Habis kau nak jadi surirumah tangga kan.. Takkan kau duduk usap perut je kan? So memang dia kena belajar atau patut tahu kerja2 rumah macam mengemas, memasak, jaga anak & cuci baju bagai. Tapi kalau lelaki yang bukan golongan house husband.. Memang jarang la nak buat kerja rumah. Melainkan sama2 bekerja. Mungkin ada yang membantu isteri meringankan kerja kerja rumahtangga sebab sama2 cari rezeki tanggung perbelanjaan rumah jan. Tak salah pun kita perempuan tolong ringankan beban suami dengan buat kerja kerja rumah kalau kita tak bekerja.. Tak payah la kau acah - acah nak tuntut hak sangat yang kononnya semua kerja rumah menjadi tanggungjawab laki. Kerja kau layan laki atas katil & beranak je. Kena ingat jika suami minta kita memasak, membasuh & mengemas so kita kena ikut juga. Sebab memang seorang isteri kena taat dengan suami selagi ia tidak melanggar hukum.

Kalau pun bukan sebab tuntutan agama.. Ada juga sebab kenapa rasa tak perlu suruh laki buat kerja kerja yang bukan kepakaran depa. Kadang2 bukan menyenangkan tapi menyusahkan balik. Tu antara sebab kadang2 aku rasa biar la selagi ada kudrat aku buat kerja2 rumah sendiri. Yang mana aku rasa laki aku boleh buat.. Baru aku suruh. Atau keadaan memerlukan aku minta tolong buat baru aku minta dia buat. Nak2 lagi bab basuh baju ni.. Memang bahaya jugak suruh suami buat. Nak tau kenapa.? Baca ni >> 14 Perkara Mungkin Berlaku Kalau Suami Yang Cuci Baju << Menangis ok kalau berlaku perkara perkara macam ni. Mesti korang menyesal seumur hidup lepas suruh laki korang cuci baju.

Moral of the story... Bak kata pepatah menyesal dulu pendapatan.. Menyesal kemudian tiada berguna. sebelum suruh laki korang cuci baju make sure bagi penerangan yang terperinci dulu kat dia sampai dia faham.

3 comments:

  1. Setuju.. cuma kalau nak suruh buat kerja tu, bincang la bagus2 kan.. jangan sampai bertengkar.. tak baik kalau anak2 lagi nampak ibu bapa bertengkar..


    Apa yang penting? kerjasama :)

    ReplyDelete
  2. Den suami basuh baju ok je..siap keringkan lagi..dah bini asyik ngadap wasap..apa pun tak boleh..ada cara tak nk atasi masalah bini asyik dgn smarfon je ..cian bapa dgn 5 anak ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bincang elok², kalau sampai tahap kena bagi amaran tu, cuba acah² buat signal nak 'tambah dapur'(faham² je la), kalau bini mencarut tu, kat situ la waktu suami bagi kesedaran jasa atas tujuan nak rendahkah ego isteri. Sekadar pandangan.

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com