FYNN JAMAL DI KECAM ISU JANGAN SOLAT SEPERTI ANJING

15.3.17 Suria Lekatlekit 2 Comments

FYNN JAMAL DI KECAM ISU JANGAN SOLAT SEPERTI ANJING. Tertarik pulak aku dengan kontroversi yang semakin viral tentang Fynn Jamal ni.. Actually bukan la aku nak komen pasal kenyataan berani dia tentang solat tu.. Cuma tertarik dengan teguran seorang ilmuan alim dan faqih terhadap Fynn Jamal & juga nitezen yang mengecamnya..


Satgi orang tak paham pulak kes apa solat macam anjing bagai ni.. Bagi yang tak ikuti kontroversi tu aku story sikit la yer.. Bukan nak mengaibkan Fynn Jamal ke sesapa.. Sekadar nak bagi jelas apa yang berlaku. Fynn Jamal memuat turun 1 video menerangkan cara solat yang betul. Dalam video tu dia dengan yakin cakap.. Solat lelaki & wanita adalah sama. Cara kita solat selama ni adalah salah.. Sebab masa nak sujud tu kita kepitkan ketiak kan.. Sebab terlalu yakin keluarkan fatwa konon cara tu salah maka Fynn Jamal di kecam. Yang pasal Solat macam anjing tu.. Dia mengaitkan dengan hadis Rasullullah katanya.. mengumpamakan solat macam tu solat macam anjing.. Alahai.. macam tak best pulak aku rasa nak tulis balik statement Fynn Jamal ni.. Korang tengok sendiri la video kat bawah ni..


Sebab terlalu yakin mengeluarkan fatwa sendiri.. Maka buat sekian kali Fynn Jamal di kecam. Tampil membetulkan kenyataan Fynn Jamal tu seorang ilmuan alim dan faqih.. Boleh baca penjelasan beliau kat bawah ni..

Ramai yg minta pada siapa saya tujukan status ptg tadi. Ni, ha mari kita dgq dulu penjelasan akak Fyn Jamal. Dia kata solat lelaki dan perempuan adalah sama. Dia menggunakan dalil hadith tapi tak kena pada tempatnya. Bukan nak serang tapi nak terang supaya kita tak terpengaruh! Semoga Allah berikan kefahaman yg benar pada Akak fyn Jamal dan kita semua.
Mari kita dengarkan penjelasan daripada ustaz yg benar2 ustaz dan mengaji.
Daripada Ustaz Abdul Rahman Dan Zaujah. 
SOLAT ORANG PEREMPUAN.
Ada satu video yang dikongsikan oleh rakan-rakan di mana dalam video tersebut, ada seorang artis mengatakan dengan tegas bahawa solat orang perempuan sama seperti solat lelaki sehinggakan kalau sujud pun tak payah nak rapatkan ketiak. Artis tersebut dengan penuh confident mengatakan bahawa perbuatan merapatkan ketiak tu SALAH. 
Baik. Sekarang kita tengok, apakah pandangan EMPAT MAZHAB dalam hal ini: 
M A Z H A B H A N A F I :
Disebutkan dalam Kitab Al-Durr Al-Mukhtar:
( والمرأة تنخفض ) فلا تبدي عضديها ( وتلصق بطنها بفخذيها ) لأنه أستر ، وحررنا في الخزائن أنها تخالف الرجل في خمسة وعشرين .
"Dan (ketika sujud) wanita hendaklah lengannya diturunkan / direndahkan (ke lutut) supaya dia tidak menzahirkan kedua lengannya. Dan hendaklah dia MERAPATKAN perutnya dengan kedua pehanya kerana yang demikian itu lebih tertutup. Dan kami telah tulis dalam Al-Khazain (mungkin nama kitab Hanafi) bahawa (solat) wanita berbeza dengan lelaki dalam 25 perkara". 
M A Z H A B M A L I K I :
1) Kata Ibnu Abi Zaid Al-Qairawani dalam Matan Al-Risalah (matan muktabar dalam fiqh Mazhab Maliki):
وهي في هيئة الصلاة مثله غير أنها تنضم ولا تفرج فخذيها ولا عضديها.
"Dan keadaan wanita dalam solat ialah seperti orang lelaki, cuma wanita MERAPATKAN dan tidak meluaskan kedua pehanya dan KEDUA LENGANNYA".
2) Kata pengarang Al-Syarh Al-Kabir:
أن المرأة يندب كونها منضمة في ركوعها وسجودها
"Bahawasanya wanita disunatkan MERAPATKAN (anggota badannya) ketika rukuk dan sujudnya"
Kemudian Imam Al-Dusuqi menghuraikan maksud kalam di atas dalam Hasyiah-nya:
أي بحيث تلصق بطنها بفخذيها ومرفقيها بركبتيها
"Iaitu: wanita hendaklah MERAPATKAN perutnya dengan pehanya, dan sikunya dengan lututnya". 
M A Z H A B S Y A F I E :
1) Untuk Mazhab Syafie, kita bagi Matan Abi Syuja' je lah:
والمرأة تضم بعضها إلى بعض.
"Dan wanita MERAPATKAN anggotanya antara satu sama lain".
2) Atau kalau nak rujuk Imam Syafie terus pun boleh. Kata beliau dalam Kitab Al-Umm:
والرجل والمرأة في الذكر والصلاة سواء ولكن آمرها بالاستتار دونه في الركوع والسجود بأن تضم بعضها إلى بعض
"Dan lelaki serta wanita adalah sama dalam hal zikir dan solat. Tetapi aku memerintahkan agar wanita menutup selain daripada apa yang dilakukan oleh lelaki ketika rukuk dan sujud, iaitu dengan MERAPATKAN sebahagian anggotanya dengan sebahagian yang lain" 
M A Z H A B H A N B A L I :
Imam Ibnu Qudamah menyebutkan dalam matan Fiqh Hanbali yang masyhur yang bernama Al-Muqni':
والمرأة كالرجل في ذلك كله ، إلا أنها تجمع نفسها في الركوع والسجود
"Dan wanita sama seperti lelaki dalam semua hal tersebut, kecuali wanita menghimpunkan dirinya (merapatkan anggota badannya) ketika rukuk dan sujud". 
K E S I M P U L A N :
Keempat-empat mazhab suruh wanita rapatkan lengan ketika sujud dan rukuk.
Sebagai tambahan, al-faqir ingin menyatakan beberapa perkara: 
1. Saya bukan nak menyerang. Tapi cuma nak bagi terang. Supaya lepas ni jangan mudah menghukum salah.
2. Saya juga dengan rendah hati ingin menasihatkan artis tersebut agar mencari guru fiqh yang bermazhab dan bukan yang baru nak mula mencipta mazhab. Nasihat ini juga ditujukan kepada semua yang membaca tulisan yang tidak seberapa ini.
3. Akhir sekali, saya menolak sekeras-kerasnya perbuatan orang-orang yang mencaci artis tersebut. Sayangilah dia. Firaun yang jahat tu pun Allah suruh Nabi Musa dakwah dia dengan lembut. Kamu ingat si artis tu lagi jahat dari Firaun ke? Atau kamu rasa kamu lagi mulia dari Nabi Musa?
Akhukum fi Al-Sunnah,
Abdul Rahman Ibn Harman Shah Raniri Al-Azhari Al-Syafie.- Kredit Mohammad Muzani

Apa yang paling aku tertarik adalah teguran dia pada nitezen.. Aku anggap teguran untuk diri aku jugak la walau aku tak terlibat pun dalam isu Fynn Jamal ni. Cuma mungkin sebelum ni pernah termelakukan perkara yang sama kan.. Sejahat jahat manusia tu tidak la sejahat Firaun yang mengaku Tuhan. Jadi.. Mungkin Fynn Jamal tersilap dalam perkara ni kerana tidak merujuk dulu kepada mereka yang lebih arif & lebih berilmu tapi tak bermakna dia sengaja nak sebarkan fatwa songsang. Rasanya dia tak ada niat sampai macam tu kot...

Apapun semoga jadi pengajaran kepada kita semua.. Nak menyebarkan apa perkara sekalipun terutama berkaitan hukum hakam melibatkan agama ni.. Pastikan rujukan kita itu sahih supaya tidak tersebar apa2 fatwa, hadis atau petikan ayat2 Al Quran yang palsu.

Moral of the story.. Apapun yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan peringatan agar tidak tidak termelakukan perkara yang sama di zaman Viral ni.

2 comments:

  1. adeh. ini bahayanya kalau kita main sebut je tanpa periksa dengan orang yang lebih alim kan? ish..

    ReplyDelete
  2. biar lah org yang pakar dalam bidang mengulas hal agama...risau kalo kita tersalah tafsir kan

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com