MASALAH ANAK SUSAH TIDUR MALAM CUBA GUNA PURE ESSENTIAL OIL CEDARWOOD

7.3.17 Suria Lekatlekit 3 Comments

MASALAH ANAK SUSAH TIDUR MALAM CUBA GUNA PURE ESSENTIAL OIL CEDARWOOD. Sejak berkenalan dengan produk young living essential oil ni serius aku pun fall in love jugak la. Bila cuba satu dia mula la tamak nak cuba semua tapi nasib baik tak berapa mampu nak rembat semua yang ada so beli ikut keperluan je la. Nasib baik duit dalam account bank tak sama amount macam Najib Razak.. Kalau tak aku borong semua hahahahaha


Sebelum ni aku dok share banyak pasal essential oil focus blend untuk bantu perkembangan anak aku yang speech delay & low attention tu kan.. Yang cedarwood ni pun aku guna untuk anak aku jugak. Pendek kata bila jadi mak mak ni..Kebanyakkan apa semua untuk anak lebih dari diri sendiri. Kau tak jadi mak maybe kot tak alami situasi ni.. Tunggu jadi mak nanti maka korang akan faham. Benda ni berlaku secara semulajadi..

Sebelum ni budak shahila batuk tak henti2 sampai dekat seminggu. Budak shahila ni actually jarang sakit & kalau sakit memang tak pernah lama. Bila batuk dekat seminggu tak reda reda mau tak gelabah mak bapak dia kan. Ubat batuk dok sumbat pun macam tak berapa effective jer.. So atas suggestion try la pure essential oil cedarwood ni. Tak ada la kau sapu hari ini esok terus baik.. Lebih kurang 3 - 4 hari tu boleh nampak batuk dia reda. Sebab shahila ni pakej sekali dengan hingus bagai.. aku sapu jugak kat hidung dia.Sekali dengan hingus tu pun kering bersama batuk. Alhamdulillah la.. Sebab budak shahila susah nak makan ubat. Nak bagi ubat macam nak suap racun dia punya memberontak. Bila ada sulotion yang tak payah dia telan.. cuma sapu2 kat bahagian tertentu macam tu agak practical untuk budak yang susah makan ubat macam shahila.

Ni la rupa budak shahila beringus masa mula2 baru nak try cedarwood ni

Tapi kan.. pure essential oil ni aku perasan.. Dia bukan je merawat batuk ok. Aku guna masa sakit kepala pun sekejab je hilang. Lepas tu aku tanya seller produk ni selain rawat batuk bagai.. dia boleh mengatasi masalah apa lagi. Rupanya banyak fungsi. Patut la aku sapu malam2 sebelum budak shahila tidur.. elok je tidur awal. Rupanya dia berfungsi untuk betulkan timing tidur kanak kanak yang lambat tidur. Ni kalau anak korang ada masalah tidur.. Sangat bagus ok guna pure essential oil cedarwood ni. Tak payah nak bagi ubat tidur yang memang tak bagus untuk otak tu... Bukan je kanak kanak.Orang dewasa yang ada masalah tidur pun boleh amalkan.


Boleh jugak di gunakan untuk improve perkembangan anak - anak. Sebelum ni aku guna yang blend.. Baru kali ni try yang pure essential oil. Boleh nampak shahila punya speech tu makin lancar. Otak dia pun boleh tahan sangat cepat belajar. Pergi sekolah tahun ni apa dia belajar setiap hari memang dia boleh adapt. Sebab sebelum tidur aku jadikan amalan sapu pure essential oil cedarwood ni bangun pagi pun dah tak ada adengan nak merajuk tak mau mandi bagai. Kejut bangun ajak pergi bilik air senang je menurut perintah. Mungkin sebab dia rasa fresh lepas bangun tu buat dia tak meragam. Aku rasa cedarwood tu bantu dia dapat tidur yang berkualiti & merangsang mood dia jugak. Sebab memang lepas amalkan nampak perbezaan perangai dia tu. Serius.. Ni bukan aku cakap kosong. Berdasarkan pengalaman aku sendiri ok!

Macam mana la aku tak ketagih nak kumpul koleksi minyak terapi ni kan.. Gila kau setiap kali cuba yang baru ada je hasil yang buat aku rasa kagum & puas hati. Jarang mengecewakan produk ni walau produk ni bebas chemical & berasaskan tumbuh tumbuhan. Walau bau dia memang bau bau natural. Bau tumbuh tumbuhan.. Yang kadang2 agak kuat. Percayalah bau tu pun membantu merangsang atau merawat masalah ok! Nak wangi wangi macam perfume hadap la bahan2 berisiko yang mereka guna. Kalau kata produk natural bau dia memang natural ok! Kalau yang claim natural produk tapi bau wangi sangat tu.. Kau patut ragu ragu jugak. hehehehe

Aku kalau di serang sakit kepala pakej sekali rasa nak muntah bagai. Macam morning sickness. Almaklum la dah ada essential oil cedarwood ni. Sebenarnya ni untuk budak shahila tapi sebab katanya boleh rawat migrain takkan tak boleh melegakan sakit kepala. Tadi sapu jugak kat kening dengan hidung. Main hentam je sapu sebab sakit kepala sangat. Tak sampai setengah jam sakit kepala takde, mual & nak muntah pun hilang. Doakan aku ada budget lebih boleh beli banyak single oil ni. Memang dah fall in love dengan essential oil. Aku malas nak jawab pm so bagitau siap2 korang nak try contact je shareena 013 3993407. Sebab dia salah sorang trusted seller. #youngliving #essentialoiltestimoni #essentialoils #ceramics #sakitkepala #migrain #mual #muntah #bloggermalaysia #bloggerreviews #lensalekatlekit #lekatlekitdotcom #galaxys4zoom
A post shared by Surialekatlekit (@lalalekatlekit) on

Kelebihan & khasiat lain Cedarwood Essential oil adalah.. Yang istimewanya cedarwood ni sebab dia boleh bagi 2 kesan yang bertentangan dalam 2 keadaan yang berbeza. Memang unik & memang sangat special ok. Selain tu ia sangat tinggi kandungan bahan yang di sebut sebagai sesquiterpenes yang berfungsi membekalkan oksigen ke otak untuk membantu manusia lebih fokus. Jadi sebab tu bila aku guna untuk anak aku.. Fokus dia semakin baik & boleh nampak benda tu membantu dia mengingati setiap perkara yang di belajar & di ajar tak kira dalam pelajaran, rutin harian atau apa2 di sekelilingnya. Serius aku tak tipu. Korang kena try kalau nak tahu keberkesanannya.

Bukan tu jer.. Ia juga membantu kita bila kita tak cukup rehat.. penat sebab ia akan hasilkan melatonin yang membantu kita supaya boleh tidur lena & nyenyak di waktu malam. Yup betul.. benda ni berlaku bila aku pakaikan shahila cedarwood sebelum tidur. So aku jadikan ia sebagai ubat tidur jugak. Ubat tidur yang selamat berasaskan pati tumbuh tumbuhan yang hanya perlu sapu2 je ok!

Boleh di gunakan sebagai..

1. Untuk bantu lebih fokus
2. Merawat migrain (aku cuba guna masa sakit kepala memang berkesan)
3. Batuk (yang ni aku dah share testimoni kat atas tadi)
4. Kahak (kebanyakkan yang guna kata berkesan. Yup aku pun rasa berkesan sebab masa batuk dengar bunyi kahak budak shahila. Lepas rawat dengan cedarwood Alhamdulillah membantu sembuhkan masalah tu)
5. Masalah keguguran rambut

Jadi sangat rekemen kalau anak anak korang atau korang sendiri ada masalah kesihatan ke, perkembangan ke atau apa sahaja.. Try la produk young living. Produk ni selamat. Dia cuma minyak terapi berasaskan tumbuh tumbuhan yang sangat membantu merawat atau merangsang. Sebab dia guna pure ekstrak tumbuh tumbuhan tanpa campuran bahan bahan lain.. Memang la harga dia tak sama macam minyak angin kat luar atau minyak aroma terapi yang lain. Tapi harga berbaloi dengan khasiat & keberkesanannnya.

Yang mana2 parents yang ada anak adhd, autisme tu memang ada masalah dengn tidur.. Jadi boleh cuba ikhtiar dengan produk pure essential oil young living. Harga dia tak mahal sangat. Tak sampai beratus pun. Tapi kebaikkan & khasiat dia memang banyak. Bukan je membantu masalah anak anak kita malah sekaligus bantu kita jugak dapat tidur yang cukup. Yelah.. kalau anak tidur awal mak bapak dia pun boleh tidur awal jugak kan? so takde la berpanda sangat mata tu.. hehehehe

Berminat nak cuba produk young living essential oil cedarwood atau mana2 single essential oil korang boleh hubungi..

Puan Shareena 
call/whatsapp: 013 3993407

** Penting beli dengan seller produk young living bukan dari mana2 website sebab setiap single oil tu ada cara nak guna dia tersendiri mengikut masalah yang anda hadapi. Perlu guideline.. Bukan main sapu ikut suka je ok. Memang la sapu ikut suka pun tak memudaratkan apa - apa cuma takut tak dapat kesan yang di harapkan je **

Apapun semua ni cuma ikhtiar.. Yang tu paling penting kita kena sematkan dalam hati. Yang menyembuhkan adalah Allah SWT. Sebagai manusia kita memang di tuntut berusaha mencari penyelesaian atau penawar kepada sesuatu masalah atau penyakit. Tanpa usaha.. doa pun jadi sia - sia ye dak.

3 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *