RESEPI NASI GORENG KERABU SARDIN

2.3.17 Suria Lekatlekit 1 Comments

RESEPI NASI GORENG KERABU SARDIN. Nasi goreng ni menu yang biasa tapi boleh di olah dengan pelbagai rasa. Kadang2 sebab gabungan bahan bahan lain harga dia jadi mahal padahal nasi goreng je kot.. hahahaha. Jadi nasi goreng walau nampak simple tapi kalau hangpa pandai mengolah bahan bahan dia memang akan jadi special.. Sebab kat kedai ada jual nasi goreng biasa & nasi goreng special. hehehehe


Sebab aku masak nasi goreng special katanya harus la share resepi dengan orang lain. Setakat nasi goreng kicap & telur tu tak kuasa akak nak tulis ok... Tu dia kerek sungguh statement tu kan? Yelah.. nasi goreng yang tipikal macam tu ramai dah share resepi dia katanya.. Yang jenis kerabu ni maybe tak ramai lagi yang share kan? Aku pun sebenarnya main campak campak jer.. tetiba sedap pulak tu beriya nak share resepi.

Nak masak nasi goreng kerabu sardin ni bukan la payah bebeno. Cuma mungkin bahan di gunakan je lain sikit. Tapi jangan risau bahan bahan yang di gunakan semua boleh di dapati dengan mudah. Tak payah nak order sampai obersi... Ala.. ni kira menu2 tempatan of course la bahan2 dia pun kemelayuan jugak ok.

Bahan - bahan yang di gunakan untuk masak nasi goreng kerabu sardin ni adalah..

1. Nasi putih
2. Kerisik kelapa
3. cili kering
4. ikan sardin
5. Bawang besar
6. sedikit belacan
7. minyak masak
8. Kobis (Boleh juga letak kacang panjang atau daun ulam ulaman yang bersesuaian)

Cara memasak

1. Rendam dalam air panas atau rebus cili kering.
2. Tumbuk cili kering, belacan & kerisik (tapi kalau kerisik korang yang tak beku di frozenkan dalam peti ais rasa tak payah tumbuk la)
3. Panaskan minyak & tumis bawang
4. Masukkan bahan tumbuk tadi.. Masak sekejab
5. masukkan ikan sardin & hancurkan dia
6. Masukkan nasi gaul hingga sekata
7. Masukkan garam & gaul hingga sebati rasa dengan nasi
8. Last sekali baru masuk daun ulam - ulaman. Aku ada kobis jer. so aku masuk kobis. Kalau korang ada kacang panjang & sebagainya campak jer. Tapi make sure potong dulu kecik yer sebab yang nak makan manusia bukan lembu atau kambing.
9. Akhir sekali masukkan bawang mentah yang di potong gaul semua sampai seia sekata & hidangkan.

Boleh jugak kalau nak guna ikan masin kalau taknak guna ikan sardin tin. Ikut suka korang la kan.. Yang nak makan korang. Kalau aku rasa matching pulak rasa ikan sardin dengan bahan bahan lain.


Dah siap.. sila la rasa jangan malu malu. Insya Allah menetapi tekad orang melayu.. Rasa kerisik yang di gaul dengan nasi bersama rasa cili & ulam - ulaman lain di tambah pula dengan rasa ikan sardin sebagai pelengkap.. Memang termimpi mimpi lepas makan. hahahaha

Jadi selamat mencuba resepi mudah lagi menjilat jari ni.

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *