VIRAL! PONDAN JUAL NASI LEMAK DI AIBKAN & DI HINA.

16.3.17 Suria Lekatlekit 12 Comments

VIRAL! PONDAN JUAL NASI LEMAK DI AIBKAN & DI HINA. Sebelum ni viral nasi lemak anak dara.. Ramai la supporter nak rasa nasi lemak anak dara. Anak dara katanya.. Kalau keluar TV la padahal nasi lemak dia nasi lemak level biasa jer.. Takde la luar biasa mana pun. Lepas abang2 ensem jual kuih muih ke hapa.. Pun viral. Berpusu pusu orang nak rasa air tangan abang ensem..

Ni perempuan jahat. Kau dah beli tu beli la kau menganjing dia kenapa. Dia letak signboard nama gerai dia nasi lemak pondan ke sampai kau nak hashtag macam tu? Nampak sangat kau nak menghina dia tau.. Bukan kau nak tolong perniagaan dia. Sebab dia pondan tu yang kau viralkan. Sebab ada point untuk kau raih perhatian orang.

Tapi bila golongan 'Pondan' jual nasi lemak.. Viral jugak. Tapi ramai yang mengeji & ramai yang macam jadikan benda lawak versi carut. Macam2 la komen negatif sebab yang jual tu seorang lelaki berpewatakkan wanita. Apa yang di gambarkan macam nasi lemak dia jual tu kotor, jijik.. Ada pulak dok sarcasm.. Nasi lemak terlebih kunyit bagai. Kesian pulak aku dengan sipolan yang jual nasi lemak tu.


Atitute dia sebagai pondan tu.. letak tepi dulu. Yang kau nak mencaci nasi lemak dia dah kenapa? Kalau pondan dok makeup muka hangpa.. Boleh pulak hangpa dok puji. Angkat dia sampai ke langit ke tujuh. Tak geli pulak dengan pondan dok tenyeh2.. pegang2 muka hangpa.. Takdak pulak risau ada virus ka hapa kat dia. Pondan jual produk kecantikkan boleh je hangpa beli & puji kejayaan dia sampai ke angkasa. Siap jadikan inspirasi sebab dia pondan kaya. Pakai barang semua branded.Ada rumah banglo, pakai kereta mewah. Pondan nampak high class so hangpa pun rasa mulia sangat la dia. Tang pondan jual nasi lemak hangpa keji tak cukup space katanya. Hina sangat ke kalau jual nasi lemak. Anak dara jual nasi lemak takde pulak pertikai kebersihan ke penyakit berjangkit ke hapa.. Apa ingat perempuan yang masak tu terjamin bersih & bebas penyakit berjangkit ke? Apa ingat asal nama perempuan semua auto jenis pembersih & bebas penyakit??


Bagi aku.. Ok apa dia jual nasi lemak dari dia berniaga kat lorong2 gelap tu. Dok jual diri bagai. At least kalau nasi lemak memberi sumber pendapatan pada dia, mungkin dia terhidar la dari buat aktiviti tak bermoral. Bukan semua pondan dok jual diri tu sebab suka.. Ramai yang memang gunakan cara tu untuk cari duit.

Kalau taknak support tak payah la nak menghina.. Dia buat pekerjaan yang baik kot. Apa salah dia nak berniaga kalau dia pondan pun. Ramai kot pondan berniaga.. Kenapa yang jual nasi lemak pulak hangpa jadikan mangsa buli siber ni??? Aku tak nampak dosa tang mana pun dia jual nasi lemak tu.

Wakeup la wei!! Sepatutnya korang support dia cara baik sebab dia buat benda baik.. Yang rasa geli bagai sebab pondan yang jual nasi lemak.. Takde dia letak pisau kat leher hangpa suruh beli pun. Macam la kau tu pembersih sangat. Ntah2 dapur kau sama level macam restoran mamak line clear kat penang sana nu.. Tak payah acah2 macam kau pembersih sangat. At least dia reti jugak masak nasi lemak.. Hat yang dok mengumpat dia tu ntah2 pandai senduk nasi dalam pinggan ja..

Moral of the story.. Bila dia buat sesuatu pekerjaan yang baik walaupun dalam keadaan diri dia yang masih terumbang ambing macam tu.. At least boleh nampak dia ada usaha buat sesuatu yang betul dalam hidup dia. Orang macam ni yang patut kita bantu supaya dia tak buat pekerjaan yang tak baik. Bukan kita mengeji dia tanpa belas kasihan.

12 comments:

  1. Betul tu... Duk make-up muka tak jijik tetapi jual nasi lemak dikatakan jijik.

    Dorang pun nak cari makan secata halal jugak.

    ReplyDelete
  2. Fuh. Betul marah ni. sabar-sabar. tapi ada betulnya juga kan. adalah lebih baik dia cari makan dengan cara macam ni. daripada dok jual tubuh ke laki dekat lorong-lorong tu. kan? adeh.

    ReplyDelete
  3. Apa pun dia tetap manusia. Tak minta jadi begitu. Menghina sesama manusia apa yang di kejar. Mencari rezeki yang halal bukan minta duit sesiapa. Warna darah pun sama kan.awat darah mereka lain colour ke. Kot la darah hijau ke...

    ReplyDelete
  4. sebab mereka yang mcm ni la yg menyebabkan golongan seperti mangsa hinaan ni kembali ke lembah maksiat .. niat dia dah murni dah ..... wlupun krisis identiti .... tak menjual diri tp jual nasi lemak ... apa salahnya sapot diorg supaya diorg terus berubah mana tau kerana kita diorg kembali ke jln benar ... besar ganjarannya tu

    ReplyDelete
  5. penilaian manusia ni. awal dia macam mmg dia confirm syurga. huhuu

    ReplyDelete
  6. kesiannyaaa :( dia mencari rezki halal.....

    ReplyDelete
  7. jual burit kecam, jual nasi lemak pun kecam... sempurna sangat kah orang yg mengecam tu? tepuk dada tanya iman...

    ReplyDelete
  8. apa salah diaaa...dia tak kacau orang pon..dia cari rezeki halal
    Allah s.w.t maha mengetahui diri dia dari korang penghina yang angkuh lagi sombong
    jangan terlampau dabik dada dengan diri yang kononnya sempurna!

    ReplyDelete
  9. Kalau tak nak beli, tak perlu menghina. Mereka pun manusia, macam kita. Ada kekurangan dan kelebihan masing2.

    ReplyDelete
  10. alaa sedih betul dgn org low minded yg suka hina org ni. tak nak beli tak payah la kutuk kan. ishh

    ReplyDelete
  11. allahu...tiada siapa tahu. siapa yg dimuliakan Allah kelak nanti

    ReplyDelete
  12. Senang cerita siapa yang boleh makan, makan la.. yang x leh nak makan tu senyap2 je la...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *