AWAS! BAHAYA MAIN TELEFON DALAM GELAP

2.4.17 Suria Lekatlekit 3 Comments

AWAS! BAHAYA MAIN TELEFON DALAM GELAP. Rasanya majoriti buat benda ni termasuk aku.. Yelah.. dah siap baring2 ready nak pejam mata still masih online dok scroll wall FB & news feed kat IG. Sementara tunggu mengantuk katanya.. Tu yang sampai ada yang tetiba terjelopok enpon jatuh atas muka.. Online sampai tidur kekdahnya. Betapa manusia sekarang memang macam Qarin dengan smartphone kan. Seminit pun tak boleh berenggang.


Apapun perbuatan yang kita rasa enjoy je buat kebanyakkan memudaratkan.. Nak2 lagi benda ni di lakukan secara berlebihan. Memang berisiko tinggi untuk jejaskan kesihatan tubuh badan & pancaindera kita. Contoh macam tengok atau main telefon ketika dah siap sedia nak tidur. Time tu memang semua lampu dah tutup atau cahaya lampu di malapkan.. yelah.. kebanyakkan orang memang tidur dalam gelap kan. Masa tu cahaya dari skrin telefon pun jadi terang la kan sebab satu satunya cahaya yang masih memancar.

Tahukah anda.. Time tu sebenarnya lagi bahaya anda mengadap telefon. Nak2 lagi benda tu jadi rutin korang setiap malam.. Memang sangat tinggi risikonya ok! Sebab telefon anda time tu berada dalam jarak yang sangat dekat dengan muka anda. Maybe anda dalam posisi baring masa tu. Cahaya atau cahaya biru yang terpancar dari telefon tu sudah cukup memberi kesan buruk di siang hari walau dalam keadaan yang terang apatah lagi bila dalam suasana yang gelap atau situasi cahaya yang malap ia berganda memberi kesan buruk.

Cahaya silau lebih dari 30 minit dalam suasana malap boleh menyebabkan degenerasi makula yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah penglihatan atau buta sementara. Bila sebut buta ni rasa seriau pulak kan.. Bukan apa kalau buta sejak lahir tu lain cerita.. ni dok boleh nampak semua benda tetiba semuanya jadi gelap atau kabur yang amat sangat macam nampak kabus jer. Ambil masa jugak ok nak terima kenyataan tu. Jadi please kurangkan tabiat main telefon masa nak tidur terutama bila semua lampu dah di padamkan atau di malapkan.

Banyak perkara yang kita tak sedar sebenarnya memudaratkan kesihatan penglihatan kita yang kita buat secara rutin. Termasuk menggosok mata & terlalu lama terdedah dengan penyaman udara (aircon). Nak tau apa lagi perkara yang memberi risiko pada kesihatan mata kita meh baca kat sini >> 7 Perkara Buruk yang selalu rakyat Malaysia buat Pada Mata Mereka Setiap Hari Tanpa Mereka Sedar Ia sangat Berisiko << Penting ok untuk kita tahu.. Sebab kadang2 kita rasa macam perkara tu sangat remeh & mungkin tak menyebabkan apa2 efeksi atau risiko pada mata tapi sebenarnya bila ia di lakukan secara kerap boleh mengundang masalah yang lebih besar.

Moral of the story.. Mata adalah anugerah yang kalau hilang belum tentu dapat gantinya. Jadi sayangilah mata anda.. Ok nak pi lukis eyeliner sat.. satgi nak keluar hahahaha

3 comments:

  1. memang bahaya tapi still jugak buat macam tu huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Memang betul tu. Tak boleh diamalkan sangat tengok skrin henfon dalam gelap

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!