BALQIS JADI MANGSA KEADAAN DI SEMIFINAL MENTOR MILENIA 2017

4/30/2017 11:40:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

BALQIS JADI MANGSA KEADAAN DI SEMIFINAL MENTOR MILENIA 2017. Malam ni malas nak mengulas setiap persembahan protege sebab semua agak memboringkan kecuali balqis jer nampak lebih menyerlah persembahan dia malam ni. Tapi sayangnya dia menjadi mangsa keadaan drama yang dah di aturkan atas pentas mentor milenia 2017.



Untuk separuh akhir.. Usop yang performance totaly out tu pulak jadi juara. Almaklum perkara yang mustahil adalah.. usop di keluarkan. Usop memang dari awal semua orang dapat agak dia akan ke final sebab kelebihan dia miliki.. Usop jadi viral sejak dia join ujibakat lagi. Usop jugak lebih ramai follower berbanding protege lain. Jadi dalam apapun situasi usop memang tak akan terkeluar sebab rata2 menonton mentor milenia 2017 sebab nak tengok usop perform jer termasuk la aku.. Terjebak dengan mentor milenia 2017 ni pun sebab usop jugak.


Tapi tak bermakna.. aku harus jadi tak telus untuk memberi komen persembahan usop setiap minggu. Sememangnya usop bukan penyanyi versatile. Dalam banyak2 protege, Balqis memang penyanyi versatile.. Sapapun takkan boleh nafikan pakej lengkap yang balqis ada. Aku syak.. Mentor Milenia 2017 ni dah plan setiap mentor akan bawa 1 rprotege mereka ke final di sebabkan itulah Balqis menjadi mangsa keadaan di semifinal.


Kalau ikut persembahan syeera & elica paling teruk malam ni.. Tapi kenapa Balqis yang tersingkir?? Sebab Balqis di bawah mentor hazama sama dengan usop. Satu satunya mentor yang mampu mengekalkan 2 protege sampai ke semifinal adalah hazama. Seperti kita sedia maklum perkara yang mustahil berlaku adalah menyingkirkan usop.. Walaupun persembahan usop malam ni... bukan persembahan yang terbaik. Malah lebih teruk berbanding minggu lepas. Kalau nak pilih salah satu siapa yang patut di keluarkan.. aku rasa malam ni usop yang patut tersingkir tapi nak buat macam mana.. Bila populariti tu menjadi penentu siapa ke final & sapa yang akan tersingkir maka bakat yang ada pada Balqis.. orang pejam mata.


 Menyesal pulak lahai.. ikuti mentor milenia 2017. Kalau macam ni la drama TV3.. mereput la kau kat situ. Tak hingin aku nak follow macam tahun2 lepas. Apapun jangan sesedih Balqis. Awak sangat talented.. Awak akan lebih berjaya nanti. Dulu shila Amzah pun kalah dengan Ayu di One In A Million tapi sekarang Shila Amzah lebih berjaya berbanding Ayu.. Bukan setakat di Malaysia.. malah sampai ke china. So jangan down awak kalah dengan usop kerana populariti Mentor Milenia ni..  Yakin dengan kemampuan awak. Insya Allah awak akan lebih berjaya nanti.


Apapun syabas TV3 dengan drama mentor milenia 2017 ni. Mohon mereput mentor milenia tahun depan. Meluat aku. hehehehe


P/S : kebanyakkan penonton yang komen di page tv3 tidak berpuas hati dengan penyingkiran Balqis & boleh nampak drama bangang TV3

8 comments:

  1. Terang terangan tv3 berat sebelah dan tidak berlaku adil. kenapalah tak along atau sheera yang keluar. Orang kat luar pun boleh tau siapa yang sepatutnya terkeluar. Balqis seorang yang berbakat besar dan tidak sepatutnya dia terkeluar.

    ReplyDelete
  2. apasl usop asyik jadi juara mingguan je, macam tak lojik!

    ReplyDelete
  3. why balqis yang di keluarkan? ? ? pilih kasih atau dirancang awal...

    ReplyDelete
  4. bukannya sedap mana pun suara usop tu.. heran sungguh mcm mana dia boleh juara mingguan tiap2 minggu...pelik laaa

    ReplyDelete
  5. sabar je la balqis. semoga balqis lebih berjaya nanti

    ReplyDelete
  6. Along tu kalau dengar pakai high performent equipment patut di keluarkan ...Suara tak sedap..Cam mana le Balkis yang punya baik boleh dikeluarkan...Puh nampak beno menipunya...Dah agak siapa juaranya nanti...Elica dan Usop no dua sebab dia banyak follower aja...lain kali bila separuh akhir letakkan Juri yang Power-power macam Dato Ramli MS ke..Loke Yew ke..Gabungkan Dato Hattan ngan Dato Ramli MS ke...ini..bengkek aja...

    ReplyDelete
  7. Hai, marah nampak semua orang bila Balqis ni keluar! Sure sedap betul suara dan ada peluang jadi juara. Tapi nak buat macamana, kalau dah ada drama bagai, memang peluang pun menipislah.

    By the way, akak tak mengikuti pun Mentor Millenia ni sebab akak ada ASTRO ^_^ Hahaha!

    ReplyDelete
  8. Mmg balqis terbaikkk..buka mulut, hayun tangan je, mata dah trtumpu kat dy jer..tapi alahaii..drama king per laa..wat program pilih yg terbaikk, tapi lastly tendang yg terbaik,pastu pilih yg trgedik2..suara mcm tarzan..puiihh..nyampah

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com