BUAT VIDEO MAKI HAMUN & CARUT, LEPAS POPULAR BOLEH BUAT REVIEW BERBAYAR

4/01/2017 11:57:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

BUAT VIDEO MAKI HAMUN & CARUT, LEPAS POPULAR BOLEH BUAT REVIEW BERBAYAR. Ramai rasanya kenal dengan farah elmo yang tengah viral sebelum ni. Sebelum ni video dia cakap pasal hantaran 20K pernah jadi viral.. ada yang setuju dengan pendapat dia.. ada yang tidak terutama lelaki ramai jugak la yang mengecam dia.. Aku tak ikuti sangat la farah elmo ni.. just kalau lalu kat news feed aku.. aku tengok jugak la apa isunya..


2 hari lepas viral satu video dia memaki hamun & mencarut dengan perkataan - perkataan lucah dengan tanpa henti.. Tercengang jugak aku. Takde sesaja dia nak mencarut.. Dia mencarut sebab nak membalas komen2 pada live video yang dia buat tu tapi tu la dia tampil dengan imej muslimah bertudung litup.. tetiba buat video maki hamun mencarut macam orang kerasukkan jin tu.. Agak tak berapa nak elok la. Betul la.. kalau orang tak kacau dia.. dia pun tak maki orang cuma tu la tengok gaya dia maki hamun & mencarut ni memang gaya orang dah biasa sebut benda2 macam tu.. Kalau kita yang tak biasa.. kita rasa janggal nak sebut apatah lagi sebut dalam live video yang ramai orang tengah tengok.

Orang yang dok cakap bukan2 kat komen live video dia yang menjadi viral tu aku syak depa saja dok perangat dia ja.. Confirm dia dok maki non stop tu depa gelak pecah perut. Lagi dia maki lagi sakan aku tengok pengomen2 kat live video tu menyakat dia.. Depa buat macam tu sebab depa pandang hang macam badut yang melatah Farah Elmo Ooi.. Apa hang dok maki & carut kat depa sebenarnya depa tak terkesan pun. Depa lagi seronok ada la cheq Ooi.. Sebab kat situ nampak jelas kebodohan & kelemahan hang.

Macam jadi trend benda - benda macam ni kat social media. Buat video yang mengundang kecaman nitezen.. Bila dah jadi viral buat paid review. Termasuk farah Elmo ni jugak. Semua nak populariti untuk mencari sumber pendapatan dengan mudah. Tak payah teruk2 macam kami yang tulis blog ni.. bertahun2 tulis blog untuk buat orang percaya blog kami juga ada pengaruh untuk di bayar menulis review. Tapi tak apa.. aku rasa step kejayaan yang berpanjangan memang melalui kesusahan dulu. Kalau cepat naik.. selalunya cepat la jatuh. Viral ni sekejab jer.. macam cikgu shida dulu.. Nothing pun. Sekarang tak ada sapa pun pedulikan dia dah. Dulu masa dia tengah viral & popular.. memang la ada orang offer berlakon bagai. Tapi sekarang.. kembali kepada rutin biasa dia seorang guru. Kalau ada rupa cantik maybe boleh jadi model atau retis kalau pandai gunakan peluang macam syasya solero tu. Sekarang dah tukar nama budak tu.. Popular kat youtube katanya untuk tutorial kecantikkan. Tapi kalau rupa nan-hado.. ikut nasib jer.

Farah Elmo ni mungkin budak - budak lagi.. Tu yang culture shock kot. Dik.. kalau kau nak jadi orang popular kau kadang2 kena ignore je komen negatif yang sengaja nak provok. Sebab kalau kau berlawan orang yang komen tu maruah & nama baik depa tak terjejas pun yang dapat malu kau je. Macam dalam video kau maki & carut bagai nak rak tu.. Orang cuma highlight & fokus pada kau.. sebab kau ada value sekarang. Orang boleh jual cerita kau. Tak salah pun kau nak buat video bagi pendapat kau sendiri untuk sesuatu isu.. Tapi jangan over sangat dik.. Ni habis semua yang dalam kain kau sebut.. Wow!! Kau memang berani perjudikan maruah diri & maruah keluarga dik!

Nampak trend buat benda bodoh untuk popularkan diri semakin menjadi jadi sebab cara macam tu macam di terima. Bila mereka popular walau dengan cara memalukan macam tu.. Tetap orang masih nak guna khidmat mereka & mereka di bayar so menjadi inspirasi pada orang lain untuk buat perkara yang sama. Sebenarnya kita yang mengangkat & membiakkan golongan macam ni wujud dengan berleluasa. Cuba boikot je jenis manusia tak ada adap atau memperbodohkah diri sendiri untuk popular tak ada la jadi ikutan sangat kan. Mungkin benda tu jadi pengajaran pada orang lain.. Ni lagi berlumba2 agent2, pengasas produk nak guna khidmat depa.

Moral of the story.. Ujian buat mak bapak zaman sekarang termasuk la kita yang ada anak tengah membesar ni. Nak salahkan sebab mak bapak tak pandai didik pun aku rasa tak sampai hati sebab pengaruh sekarang even kau kurung anak dalam rumah pun.. Media social lebih bahaya dari pengaruh orang sekeliling di alam nyata. Cuma berdoa moga Allah melindungi hati anak anak kita dari terpengaruh benda negatif & kita juga kena usaha untuk didik mereka supaya ada rasa malu membuat perkara yang di luar batas adab & budaya. Malu tu je la benteng sebenarnya dari melakukan benda2 yang tak sepatutnya.

1 comment:

  1. Ini teknik2 nak kena bayar review.. nak buat duit cepat.. Orang putih pun banyak buat juga macam ni

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com