INI SEBAB KANAK KANAK PINTAR CERDAS JUGA DI KATEGORI SEBAGAI GOLONGAN KEPERLUAN KHAS

4/05/2017 02:05:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

INI SEBAB KANAK KANAK PINTAR CERDAS JUGA DI KATEGORI SEBAGAI GOLONGAN KEPERLUAN KHAS. Normally kita biasa dengar budak2 pintar cerdas ni budak genius la kan.. Yang kategori keperluan khas selalunya yang ada masalah fizikal,mental, kelakuan & pembelajaran sebab kita dok nampak yang kat kelas pendidikkan khas ni kebanyakkan kanak kanak macam tu jer. Mana ada budak2 terlebih pintar duduk di kelas pendidikkan khas. Tapi tu la.. Bila seseorang kanak kanak tu mempunyai kebolehan atau kemahiran yang tidak sama dengan kanak kanak normal atau tipikal ni kategori keperluan khas la sebab keperluan mereka tidak sama seperti rakan sebaya so menyukarkan mereka untuk mengikuti aktiviti pembelajaran dalam satu kelas yang sama.


Tadi tertengok rancangan wanita hari ini membincangkan isu pendidikkan kepada kanak kanak keperluan khas ni. terdengar Panel jemputan seorang pakar psychologist kanak - kanak tu cakap.. Bukan kanak - kanak yang bermasalah pembelajaran, fizikal & mental je di kategorikan sebagai kanak kanak keperluan khas tapi kanak kanak yang kategori pintar cerdas juga di letakkan bawah kategori keperluan khas juga. Kerana golongan kanak kanak macam ni tahap pemikiran & kepandaian mereka terlebih advance so kemahiran kognitif mereka tidak sama dengan kanak kanak normal @ tipikal. Jadi mereka perlukan sesuatu yang lebih mencabar untuk mereka belajar.. Jadi mereka jugak tidak sesuai di tempatkan di kelas yang sama dengan rakan sebaya. Di sebabkan itu mereka di kategorikan sebagai kanak kanak keperluan khas juga.

Antara Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas

Pengamatan tinggi
• Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

Keinginan untuk tahu tinggi
• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

Minat mendalam
• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau obses dalam hal tersebut

Menerima infomasi dengan pantas
• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak

Ingatan yang tinggi
• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

Mungkin dapat membaca lebih awal
• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

Kerap membaca serta meluas
• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi
• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

Tahap penumpuan yang lama
• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah

• Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

Suka bertanya dengan lebih teliti
• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

Keupayaan imaginasi yang tinggi
• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain

Bersemangat dan bertenaga
• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

Pandai berjenaka

• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Perkembangan asynchronous
• Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya

Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas

Walaupun golongan kanak kanak pintar cerdas ni bijak tapi tetap ada kekurangan mereka sendiri.. Jadi ibu bapa, guru & orang sekeliling perlu tahu cara untuk mendidik mereka yang dari golongan ini

Antara Permasalah dari segi perkembangan tidak selaras dengan usia mereka

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menangani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka jadi bimbang dengan masa depan, kematian ,seksualiti & isu isu yang kurang sesuai di fikirkan dalam usia mereka.

2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan melakukan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan.

3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara sekalipun. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan didikan & disiplin yang betul walaupun mereka itu bijak

2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa perlu lebih prihatin  supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.

3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif

1. Sikap yang suka pada kesempurnaan boleh menyebabkan mereka jadi takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa

2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial

3. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini boleh menyebabkan mereka akan mengalami menjadi pendiam  ‘introverted’ dan mungkin boleh menyebabkan masalah kemurungan.

Tak kira anak kita kategori normal, masalah pembelajaran atau genius sekalipun mereka tetap seorang kanak kanak yang masih perlukan perhatian & bimbingan dari ibu bapa & orang yang lebih dewasa. Jangan ingat anak genius ni sudah dewasa untuk membentuk kehidupan sendiri. Mereka mungkin bijak dalam sesetengah perkara namun masih ada sudut mereka belum matang untuk membuat keputusan terhadap diri sendiri.

1 comment:

  1. betullah, kadang tu rugi je diorg yang cerdik ni dibiarkan

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com