JELMAAN LANGSUIR GANGGU PEMANDU JALAN TAMAN DESA MURNI SG DUA, PENANG

4/17/2017 08:10:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

JELMAAN LANGSUIR GANGGU PEMANDU JALAN TAMAN DESA MURNI SG DUA, PENANG. Meriah kan sejak dua menjak ni blog lekatlekit.com bersegmen seram serik. Almaklum la murah rezeki pulak cerita seram sejak dua menjak ni. Jadi, boleh la mengisi kekosongan slot seram serik lekatlekit katanya. Esok2 dah slow tu pepaham je la stok takde. Ada stok ada la entri katanya..


Kalau yang tak tau kat mana Sungai 2 ni.. Sungai 2 antara tempat nak makan char kuew teow sedap. Ataupun nak makan mee udang pun senang dapat jugak kat situ. Selalu jugak balik kampung kadang2 singgah Sungai 2 ni. Ikut mood jugak. Tapi sejak asben kami pantang makan pedas atau makanan yang ada cili lama jugak tak pergi makan kat sana. Tetiba pulak cerita pasal makan padahal ni segmen cerita seram.. Ok .. ok.. maafkan kami penunggu gua. Kami lupa pulak. Terkona baring sat.. hehehee

Ok.. ok.. marilah kita di selubungi misteri dengan cerita seram yang katanya baru berlaku di area Jalan Taman Desa Murni Sungai Dua, Pulau Pinang ni. Katanya.. benda ni berlaku time tengah malam. Kalau siang2 hari dia dok mai.. sapa nak heran ye dak. Tentu la malam hari dia muncul. Dia tu sapa? Dia tu la.. Muka ngeri, rambut panjang kusut masai.. Alah.. dia tu la kan? Orang memang kalau nampak dia darah boleh turun sampai ke kaki katanya. 

Dia ni hat kat area Taman desa murni ni katanya suka ikut kenderaan orang yang lalu lalang time tengah malam. Dia akan beriring terbang dengan kenderaan hangpa. Lepas tu dia akan meletang atas kereta hangpa sambil rambut dia mengerbang & terjuntai ke bawah melekap kat cermin depan kereta hangpa. Kulit dia katanya bersisik macam kaki ayam. Dari sumber yang aku baca dah 4 malam berturut turut orang ramai kena kacau. Jadi yang rasa iman & semangat tak kuat tu di nasihatkan elak guna laluan tersebut.

Dia memang tak mencederakan sesapa cuma nak buat manusia terlalai.. Benda tu kadang2 menyebabkan kemalangan berlaku bila terkejut. Tapi katanya dia tak kacau kawasan perumahan kat situ. Sejenis spesis langsuir. Yelah kalau dah yang di gambarkan jelmaan dia macam tu selalunya langsuir la kan. Langsuir ni pun spesis jin jugak. Jadi berhati hati la terutama pemandu yang terpaksa melalui jalan tu waktu malam.

Moral of the story... jangan berkhayal masa memandu. Fokus pada pemanduan.. Bukan apa kalau dok pikiaq bukan2 kain buruk kena tiup angin pun hangpa nampak macam hantu. Makhluk tu memang wujud tapi Allah jadikan manusia ni sebaik baik makhluk. Jadi, perisaikan diri dengan ayat ayat Al Quran.

1 comment:

  1. Hah, tahulah kat Sg Dua ni ada char kuey teow sedap!

    Okey, mehlah komen ikut tajuk dan jalan cerita entri. Nanti kang orang kata syok sendiri pulak. Semua blog nak buat blog sendiri. Hahaha!

    Kira okeylah tu dia nak terbang bersama-sama. Kalau dia terbang seiringan di sebelah tingkap pemandu atau mana-mana tingkap kereta sekali pun, lagilah parah. Pelakon Fast & Furious pun tak leh memandu dengan aman kalau cam tu. Agak-agak dia pilih tak kereta mana yang dia suka kacau? Kereta biasa-biasa ke atau kereta mewah? Hahaha!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com