MISTERI WAN PEAH MUSIM KEDUA BAKAL DI TAYANGKAN

4/09/2017 10:46:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

MISTERI WAN PEAH MUSIM KEDUA BAKAL DI TAYANGKAN. Tu dia.. 10 juta penonton katanya drama bersiri Misteri Wan Peah yang di tayangkan dalam slot seramedi kat tv3 lepas. Sapa kata drama cinta meleleh leleh hingus jer orang layan.. Cerita seram pun ada penggemarnya. Nak2 lagi drama misteri Wan Peah ni memang betul2 misteri. Sampai episod akhir pun ramai yang tak dapat merungkai misteri wan peah ni.. Rasanya misteri yang masih tergantung memang di rancang untuk sekuel yang kedua.


Sebab ramai yang minat Drama Misteri Wan Peah ni di sambungkan lagi & melihat dari sambutan penonton yang begitu membanggakan maka Penerbit drama tersebut Sheila Rusli & pengarah dia Jinggo merancang untuk membuat kesinambungan drama misteri wan peah ni. Depa dah plan akan mulakan pengambaran pada oktober nanti. Lambat lagi la sekuel kedua Misteri Wan Peah nak di tayangkan.. Samada hujung tahun atau awal tahun 2018 la kot kan..

Katanya untuk sekuel kedua ni mungkin ada sedikit perubahan termasuk menggabungkan pelakon lama serta baharu bagi menguatkan lagi penjenamaan drama itu. Hope yang kedua ni best macam yang pertama la kan.. sebab selalunya bila dah jadi sekuel ni.. Yang seterusnya merepek & orang dah tak enjoy menonton. Hope untuk misteri Wan peah yang kedua merungkai siapa Wan lijah tu... Apa wan lijah dah buat semasa hayat dia? Sebab bagi aku Nama Wan Lijah yang di sebut dalam episod akhir di babak terakhir Misteri Wan Peah tu masih menjadi misteri bagi aku.


Mungkin episod kedua misteri Wan Peah ni Yeh & Nurin dah kahwin la kot sebab yang pertama depa bertunang kan? Cikgu Zaiton pun mungkin dah insaf la jadi penyebar fitnah dalam kampung. Kalau semua dah kembali ke jalan yang benar gamaknya watak jahat nanti sapa pulak kan? Dan apa kejahatan bakal dia buat sebab bab misteri wan peah dah settle dalam episod pertama.. Adakah episod kedua misteri wan lijah pulak di ketengahkan. Kali ni adakah spekulasi mitos pasal hantu menganggu kampung kuala pari hilir tu bertukar kepada memang ada hantu kat kampung tu? Tu dia.. aku pulak nampak lebih pengarah dari pengarah ni haahahaha. Rasa macam nak tulis skrip cerita seram pulak. kekekeke

Apapun peminat misteri wan peah.. Tunggu je la Sekuel kedua drama tu di tayangkan nanti. Kalau ada rezeki, jodoh & umur yang panjang.. Insya Allah boleh la follow ye dak.

5 comments:

  1. sha pun suka cerita ni padahal taksuka cerita seram sebab cerita ni ada seram + kelakar hehe

    ReplyDelete
  2. masih misteri wan peah la kiranya nanti

    ReplyDelete
  3. Lebih sudu dari kuah! Hahaha!

    Akak tak tengoklah Misteri Wan Peah ni. Dapat tengok satu episod aje, itu pun tak tahulah episod ke berapa. Sibuk orang kata best, best, akak pun cubalah set minda ni nak tengok juga. Itu pun selalu aje terlepas peluang sebab masa itu emas -ada drama Korea menunggu. Hahaha!

    ReplyDelete
  4. xsabar nak tggu sambungannya.. hihihihi

    ReplyDelete
  5. kalau betul, kak sheila rusly, saya nak berlakon pula dalam misteri wan peah 2, buat kat kuala kangsar tu, kampung saya!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com