PERLU KE TAYANG KEPADA UMUM VIDEO SEMASA NAK BERSALIN

4/05/2017 10:28:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

PERLU KE TAYANG KEPADA UMUM VIDEO SEMASA NAK BERSALIN. Kalau zaman dulu.. Zaman beranak dengan bidan kampung. Masa nak beranak tu habis semua mak bidan halau kecuali mungkin sorang yang membantu dia untuk uruskan orang nak bersalin tu. Habis tutup ni.. Supaya orang lain tak nampak. Betapa orang dulu - dulu sangat menjaga 'malu' tu.


Tapi zaman sekarang kalau hospital tu izinkan aci boleh sekampung dia nak bawa masuk dalam LR. Nasib baik la hospital kalau kerajaan ni hanya suami je la boleh temankan isteri selebihnya petugas2 perubatan macam Nurse & doktor je la. Kalau hospital private ni tak tau la boleh masuk beramai ramai ke tidak... Almaklum la aku cuma ada pengalaman sekali je beranak kat hospital kerajaan. Tu pun aku rasa service dah cukup baik.. Tak payah nak spent duit banyak2 nak bayar kos bersalin kat private hospital. Mungkin nasib aku juga.. Allah permudahkan & masa tu di bantu oleh orang2 yang baik.

Baru2 ni viral sebuah video menantu tiri kepada seorang artis terkenal nak bersalin. Memang la video tu tak tunjuk semua.. Tunjuk part2 yang masih lulus untuk tayangan umum jer. Part muka dok teran nak beranak.. Muka dok tahan sakit.. muka menangis lepas anak lahir.. siap nampak ok kemaluan anak dia. Mungkin depa urban kot.. Tapi kalau aku memang tak la kan nak tunjuk muka aku nak meneran.. muka dok tahan sakit bagai.. Mau aku tutup habis account media sosial kot malu. Yelah.. tak sama. Aku gambar muka sendiri pun jarang sangat nak upload kan.. Apatah nak upload video masa nak beranak.

Record moment tu bagi aku sweet la. Kalau yang ada kemudahan tak salah nak buat benda yang sama. Buat & simpan la moment tu baik baik sebab ia sangat berharga ok! Zaman dulu tak ada kemudahan macam sekarang, Tak salah kita nak guna teknologi menyimpan kenangan macam tu. Benda tu nanti boleh tunjuk kat anak anak.. Macam mana struggle seorang ibu nak lahirkan mereka. Tapi video2 macam tu aku rasa patut jadi benda yang privacy kot.. Tak perlu nak sebarkan pada orang lain. Sekarang ni depa masih mengamalkan hidup ala2 western kan.. Mana tau satu hari dah dapat hidayah, berhijrah kearah yang lebih baik. Benda2 tu aku rasa mungkin jadi benda yang mereka menyesal buat. Dalam keadaan yang sepatutnya orang tengok kan.. Aku pun bukan baik. Bukan jenis bertutup litup sangat tapi fikir jangka masa depan. Bila benda ni dah ada dalam google search sampai bila bila pun orang boleh cari.

Apapun tengok ramai yang touching tengok video tu.. Yelah.. orang kita memang macam tu suka touching dengan macam macam perkara yang jadi viral kat media sosial tapi setakat tu la touching dia pun. Lepas tu dia tak ingat pun yang dulu mak dia nak beranak kan dia pun susah macam tu jugak. Mak baru cakap sepatah.. Dia dah high pitching kat mak dia katanya. Jadi.. kadang2 video2 macam tu memang tak bagi apa2 impak kepada manusia yang jenis acah acah termotivasi.. terinspirasi bagai tu. Jenis acah acah ni.. sampai bila2 pun dia sekadar acah acah je kan... hikhikhikhik.

P/S : ramai akan judge entri ni sebagai dengki. Biasa la tipikal orang kita katanya.. hehehehe

5 comments:

  1. betul tu suria... Kita bab even doctor or pembantu perubat pun malu tak hinggat.. ni kan pulak masa bersalin kan... memang harap suami berada disisi..tp rsnya dioarg pun tak tgk part private kita..

    ReplyDelete
  2. depa orng banyak duit ni, kadang rasa benda tu normal je. kang dia cakap lebih-lebih, dia cakap kita ni kampung, tak open minded. adeh

    ReplyDelete
  3. tak paham orang sekarang, dah tak der rasa MALU. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. Untuk simpan memori sendiri dan keluarga sudahlah. Kalau untuk tatapan umum, ish tidaklah. Bab nampak kemaluan anak baru lahir tu, yalah... dah kata maknya berpeluh lencun meneran nak bersalin, memang tak sempatlah nak suruh si cameraman cover part tu. Hahaha!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com