SERAM! BALAI POLIS BANDAR HILIR MELAKA BERHANTU?

8.4.17 Suria Lekatlekit 4 Comments

SERAM! BALAI POLIS BANDAR HILIR MELAKA BERHANTU? Tu dia.. jarang2 ada kisah seram berkaitan balai polis yang masih beroperasi. Sapa kata walaupun banyak hero2 gagah perkasa yang bekerja kat situ cik Hantu tak berani buat onar.. Dia bukan lut pun kena tembak dengan senjata api kan.. So, ada dia kesah nak sakat abang2 polisi katanya.


Rasanya cerita ni dah jadi viral tapi aku baru terbaca kat harian Metro tadi pasal kes tetiba pintu kaca balai polis bandar hilir yang katanya terbuka sendiri. Sebelah terbuka masuk ke dalam balai. Yang sebelah lagi terbuka kearah luar balai Kemudian salah satu daripadanya pecah tak tahu punca. Kejadian berlaku kira kira pukul 4.21 pagi 6 april.. kejadian dua hari lepas la. Time2 macam tu kalau korang jenis selalu baca kisah2 seram memang antara time kemuncak kalau nak berlaku apa2 gangguan berkaitan makhluk halus ni. Memang selalunya time sebelum subuh. Kang subuh satgi hantu pakat lari balik rumah dah. Kira time2 macam tu time depa dok merayap tak ketahuan hala la jugak. So sapa2 yang jenis kutu rayap tengah malam tu.. Kira geng depa jugak la kan...

Video rakaman cctv semasa kejadian

Memang di sahkan oleh ketua Polis melaka ada kejadian pintu kaca pecah kat balai polis tu cuma dia anggap mungkin di sebabkan angin. Kuat jugak angin boleh tolak pintu kaca macam tu kan.. Dah tu dia tolak dua pintu kaca dalam dua arah berbeza pulak tu. Angin apa gamaknya yer... Angin  kus kus ke angin bayu membawa diriku.. sepintas lalu ku terkenangkan mu.. Ops.. ternyanyi pulak. Asal tulis cerita seram je mesti nak ternyanyi. hahahahaha


Cara dia pecah tu kalau nak salahkan angin.. Memang tak berapa logik. Takkan angin bertiup dalam dua arah berbeza kat satu tempat. Rasanya balai tu kena buat majlis tahlil & bacaan Yasin kot bagi mengelakkan sebarang gangguan yang mungkin boleh menganggu petugas petugas kat situ. Susah jugak kalau asyik kena kacau nak2 lagi yang duty shift malam ni.. Even polis pun.. Bab makhluk halus ni.. berdiri jugak bulu romanya pak! Walau tak sampai terkincit dalam seluar sekalipun. Gangguan makhluk halus ni mana boleh halau & halang dengan senjata api.. kau acah2 pistol dengan gari dia tak heran pun katanya. So, kena ada aktiviti keagamaan jugak la.

Moral of the story.. hope abang abang & kakak kakak polis bertabah la menjalankan tugas. Saja ja tu dia ucap salam perkenalan. Maybe baru sampai nak tumpang tidur dalam lokap kot. hehehehe

4 comments:

  1. Harap abg polis yang bertugas shift tak gentar dengan hantu tu, Penjenayah pun kita tak gentar, inikan Pulak Hantu! Betul tak.

    ReplyDelete
  2. saya dulu kalau on 24 jam selalu jugak tidur kat pejabat. Tapi sejak kena kacau dah tak berani nak tidur kat ofis dah. Sanggup redah jalan pukul 2, 3 pagi balik tidur kat rumah.

    ReplyDelete
  3. Abang polis takkan gentar dengan mudah. Tengok tu, selamba aje tengok pintu terbuka sendiri. Yalah angin sepoi-sepoi bahasa meniup ke dua arah maka pecahlah kaca. Apa nak diherankan. Hehehe!

    ReplyDelete
  4. Siapa yg percaya adanya alam ghaib dia manusia normal..so xpayah pikir smua ni..prkara normal

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *