"TATI SKINCARE MEMENUHI KEHENDAK KKM & MASIH SELAMAT" - TATI SKINCARE HQ -

15.4.17 Suria Lekatlekit 2 Comments

"TATI SKINCARE MEMENUHI KEHENDAK KKM & MASIH SELAMAT" - TATI SKINCARE HQ -.  Tu dia mesti ramai yang terkejut kan baca tajuk entri tu. Haritu kemain kau kecam lagi produk tati skincare lekatlekit Ooi.. La ni nampak macam kau backup depa pulak. Hangpa kan.. Kalau malas baca entri dont judge me by the Tajuk entri ok! Satgi hangpa pun kami kecam tanpa perikemanusiaan katanya. hahahaha. Tak nampak ke hujung tu kami tulis Tati Skincare Hq. Kalau tak faham sila baca dulu yer... kekekekeke


Alang - alang tulis biar dari kenyataan semua pihak katanya.. Bagi peluang la kan pihak Tati Skincare bagi penjelasan. Pihak Tati Skincare masih menafikan 2 daripada produk depa ni bahaya & mengandungi racun berjadual even KKM telah mengeluarkan laporan terhadap 2 produk tersebut. Masing2 tetap yakin mengatakan KKM buat ujikaji keatas produk tati yang tiruan. Kira depa nak kata KKM yang tersilap la tu kan???


Memang la aku nak gelak.. Tapi aku tak sampai nak gelak kerap - kerap sangat. Cuma Pihak Tati Skincare Hq tu jangan la buat lawak sangat. Takkan KKM ni lebih bodoh dari pengguna yang pernah di bodohkan oleh produk tersebut selama ni. KKM nak menjalankan ujikaji & siasatan takkan la dia nak ambil sample dari pasar malam kot. Mesti la dia dapatkan sample dari tempat produk tati di keluarkan. Takkan simply dia nak keluarkan laporan tanpa menyiasat produk tu original ke fake. Takde makna KKM nak dengki dengan Tati pun. Kalau dia nak dengki dia boleh dengki dengan produk tempatan yang lebih gah namanya kat Malaysia ni.. Tapi takde sebab dia nak dengki dengan mana2 produk di pasarkan kat Malaysia. Kementerian kesihatan brunei pun dah jalankan ujikaji terhadap produk tersebut.. Keputusan dia tetap la sama.. Terima la hakikat yer..


Sudah - sudah la tu jual racun kepada manusia yang menyukai kecantikkan. Kesian la wei.. dengan menafikan macam tu mungkin lebih memudaratkan pengguna. Memang ada pengguna tak terkesan lagi dengan produk Tati sebab kulit manusia ni pun sama. Ada boleh nampak kesannya sekarang.. Ada yang kesan mungkin 10 tahun akan datang baru nampak. Time tu mungkin dah kena kanser ke hapa tak tau la kan. Jangan terlalu mementingkan periuk & perut sendiri je. Kalau betul produk tu selamat buktikan kat mana produk tu di ujikaji & mana kilang yang mengeluarkan produk tati skincare tu. Sampai sekarang aku tak nampak pun pihak tati tunjuk bukti produk mereka dah di ujikaji oleh mana2 pihak yang di iktiraf & terbukti selamat.


Dato Vida pun pernah produk dia di sahkan tidak selamat.. Tu antara produk yang popular kat Malaysia ni. Takde dia nak pertikaikan kredibiliti KKM pun.. Elok je dia tarik balik produk tu dari pasaran. Ni hangpa gigih jugak dok tegakkan spender yang basah apa kes! Dengan statement pihak HQ macam ni boleh mengelirukan pengguna tau. Ada yang jenis tak boleh terima hakikat maybe rasa KKM yang buat silap dalam laporan mereka & lebih percaya dengan kenyataan pihak Tati yang guna modal air liur buat pengesahan je tanpa di sertakan bukti ujikaji yang produk depa selamat.


KKM buat ujikaji dalam Lab.. Yang membuat ujikaji tu adalah pakar yang di iktiraf kot. Pengalaman pengguna yang beli direct dari Hq pun menerima kesan teruk.. Lepas tu hangpa kata pulak kulit dia memang dah bermasalah sebelum ni. Sebab kulit dia bermasalah la dia nak rawat masalah.. tup tup menambah lagi masalah dia. Pun hangpa nak nafikan lagi produk hangpa tak selamat. Bukan sorang dua pengguna buat pengakuan macam tu.. Melambak kot. Try la google. Jangan ingat semua yang menerima kesan buruk tu beli kat pasar malam, OK! Yang beli dengan Hq & direct seller pun bersepah bagitau feedback yang sama. Pun hangpa still nak pertahankan produk hangpa selamat. Mohon meninggal cepat2 sikit. Suruh pengasas dia sendiri guna produk dia dulu la wei!!

Moral of the story.. Jangan perjudikan kesihatan anda hanya untuk kecantikkan yang sementara. Cantik ni sifat dia tak kekal.. Sampai masa kerepot jugak. Biar la usia kerepot kita menikmati hidup yang sihat dari menderita sakit sebelum mati akibat keinginan nafsu yang obses nak cantik dalam masa 3 hari. Peace Yo!

2 comments:

  1. sy keje bahagian farmaseutikal ni pun takut nak guna produk even dah ada kkm approved haha sebab tak yakin.

    ReplyDelete
  2. biasa produk tempatan masa nk dptkan pengesahan KKM depa bg produk yg selamat, bila dah dpt depa tukar benda yg lain...ni yg selalu jadi...sbb tu sebelum ni dpt kelulusan KKM.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *