BANGGA SEBAB TETAP BAHAGIA WALAU KAHWIN TANPA RESTU IBU BAPA

22.5.17 Suria Lekatlekit 0 Comments

BANGGA SEBAB TETAP BAHAGIA WALAU KAHWIN TANPA RESTU IBU BAPA. Ala.. sapa kata orang kahwin dengan restu je boleh bahagia? Tanpa restu pun bahagia jugak. Saling cinta menyintai..  Lomentik lomentik lagi. So, restu ibu bapa tu bukan la penentu kebahagian sangat.. Mitos je tu kata restu ibu bapa tu penting sangat. Mak bapak ni kadang2 bukan paham sangat hati anak.. Asyik kena ikut je cakap depa kan.. Cemuih aihh... sampai nak kawen pun kena minta restu bagai. Tak restu aku lari je ikut boipren lepas tu depa terpaksa la kawenkan jugak restu tak restu pun katanya. Yang penting nak kawen kena cinta sama cinta. Tak cinta maka tak bahagia katanya...


Tu dia lekatlekit.. Dok ajar orang jadi anak derhaka pulak dah. Hang kawen lari ka sang lekatlekit Ooi..?? Hangpa jangan buat spekulasi kami kawen lari pulak. Kami ni memang bercinta sebelum kawen tapi masa nak kawen dulu jadi terbalik sikit. Arwah ayah kami pulak pujuk suruh kami kawen dengan boipren kami tu. Beriya sungguh dia nak bermenantukan suami kami ni.. Kami masa tu serius masih dalam dilema, keliru.. yelah tetiba nak kawen katanya. Suami kami masa tu memang bersungguh sangat dah nak kahwin. Minta izin dengan arwah ayah & mak dia cepatkan majlis nikah. Awal bulan bagitau hujung bulan tu dia minta nak nikah katanya. Tapi Arwah ayah aku tetap kan bulan seterusnya untuk untuk majlis nikah & majlis perkahwinan sekali. Tu perancangan tapi yang berlaku sebenarnya lain. Nak buat macam mana.. Kita merancang Allah menentukan. Jadi tak ada istilah kawen tanpa restu la antara kami berdua ni bagi pihak cheq..

Aku percaya restu tu sangat penting. Walau ada juga masalah di awalnya tapi sebab aku kahwin dengan restu keluarga terutama mak & ayah so bila aku ada masalah keluarga masih ada untuk bagi kekuatan. tapi di pertengahan Alhamdulillah segalanya semakin baik. Paling ketara perubahan selepas lahir budak shahila.. Allah permudahkan apa yang sukar & cukupkan apa yang kurang. Tapi ada orang rasa kahwin tanpa restu pun bahagia so dia tak rasa restu tu penting sangat. Yang penting katanya cinta.. Macam pantun lama ni..

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kekasih hamba turutkan

Dia tak tau masa tengah angau memang dia rasa tanpa mak bapak & family pun dia boleh hidup bahagia.. bila susah esok merangkak cari mak bapak jugak. Kalau nasib baik mak bapak still hidup ok la.. Yang bernama mak bapak ni kebanyakkan tiada peluang terakhir buat yang bernama anak. Apapun anak dia buat tetap dia maafkan & terima. Tapi kena ingat hati mereka yang terluka tu pun boleh buat kita hilang keberkatan dalam hidup. Bila hilang keberkatan ni.. Tu punca hidup kita jadi banyak masalah.

Sebab tu yang spesis kawen lari sebab tak dapat restu ni dok rasa dok bahagia & bangga tak kena tempat. Dia lupa yang dia rasa bahagia bila dok peluk2 celah ketiak laki bini dia.. Yang dia dok stress ni tak cukup, tu tak cukup.. nak buat ni tak boleh, nak buat tu tak mampu, nak pergi sini tak dapat, nak pergi sana tak sampai, nak beli ni tak mampu, nak beli tu tak cukup duit.. Tu pun maybe kifarah jugak. Kenapa Allah menyukarkan perjalanan rumahtangga kita tu.. Mungkin salah satu sebab kita pernah melukakan hati mak bapak kita semasa ambil keputusan nak kahwin dulu. Kadang2 mak bapak kita ni betul.. Mungkin dia rasa waktu & keadaan masa tu anak dia masih belum sesuai untuk berkahwin atau pilihan anak dia tu memang pilihan yang dari pandangan mata dia tak mampu nak jaga anak dia nanti. Bukan sesaja dia rampas kebahagiaan anak anak dia.. Tapi dia nak anak dia bahagia untuk jangkamasa panjang.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”. (Hadis Riwayat Hakim)
Sabda Nabi SAW maksudnya, “Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Keputusan nak mendirikan rumahtangga ni.. Biarlah keputusan yang boleh buat semua pihak happy. Memang ada jenis mak bapak high demand bagai. Masih ada jalan untuk yakinkan mereka bukan buat keputusan lari ikut boipren sampai mak bapak terpaksa kahwinkan untuk elak dari berlaku perkara lebih memalukan walau depa tak rela & redha, bawak lari anak dara orang kawen kat sebarang bagai. Kawen kat seberang tu tak salah.. Tapi cara kita berkahwin tu menentukan samada kita ambil tindakkan yang salah atau betul.

Jadi jangan bangga sangat la.. even kau kawen tanpa restu kau masih bahagia. Bahagia mungkin mak bapak kita masih mendoakan kita, Bahagia mungkin mak bapak kita telah memaafkan kita tapi jauh di sudut hati mereka tetap terkilan dengan apa yang telah kita buat pun tak mustahil hidup kita akan menerima kifarah dari dosa tersebut. Tu yang kadang2 walau kita tak ada masalah dengan pasangan tapi banyak masalah lain di sekeliling kita buat kita rasa tak tertekan. Even kau follow tip ni pun >> Nak Tahu Tips Tentang Wanita, Love & Dating? Dr. Cinta Hensem Ni Ada Jawapannya. << tanpa restu mak bapak yang sweet boleh jadi sweat ok!

Moral of the story.. Apapun kita buat, selagi ada mak ayah selagi tu penting sangat restu mereka. Walau kita orang perempuan ni bila berkahwin restu suami tu paling penting tak bermakna restu ibu ayah jadi sesuatu yang dah tak ada nilai.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com