GANGGUAN JIN LINTASAN DALAM JELMAAN ASAP HITAM DATANG DARI RITUAL IBADAT ORANG BUKAN ISLAM

21.5.17 Suria Lekatlekit 1 Comments

GANGGUAN JIN LINTASAN DALAM JELMAAN ASAP HITAM DATANG DARI RITUAL IBADAT ORANG BUKAN ISLAM. Lama dah terperam dalam hati kisah ni sebab tak ada masa nak up kat blog. Sementara malam ni ada sedikit masa terbuang sambil layan drama Goyang Syafiq kat TV9 elok jugak la sesambil layan TV kita manafaatkan sesuatu kat blog katanya. Akibat kerajinan yang melampau ni maka malam ni bersiaran la segmen seram serik lekatlekit dengan tajuk cerita seperti yang tertulis tu.


Pekebendanya Jin lintasan ni lekatlekit Ooi.. Mesti ramai yang tanya kan? Macam aku yang dah biasa menggunakan khidmat di pusat rawatan Islam ni.. Dah biasa dengar istilah Jin lintasan ni. Jin lintasan ni jenis jin yang bebas berterbangan sana sini. Bermakna dia tak tinggal kat satu tempat.. Kat mana dia rasa ada port baik dia pergi la bertenggek. Bukan jin belaan sesiapa atau di hantar oleh sesiapa untuk menganggu manusia. Sebab tu dia di gelar lintasan. Sebab dia sekadar melintas.. Umpama singgah singgah je. Sapa terkena ikut nasib la kan....

2 minggu lepas alkisahnya anak kesayangan aku ni demam dekat seminggu ok! Bagi makan ubat dah bergelen gelen katanya.. Siang ok. Bila takhkala malam menjelma dia kembali demam semula.. Sebab dah ada pengalaman anak aku demam tak kebah kebah macam ni rasa lain macam jugak. Sebab dia demam mengejut. Malam sabtu sebelum dia tidur memang sihat Wal'afiat jer. Takde langsung tanda nak demam ke hapa.. Tapi masa sebelum dia tidur & tengah minum susu tu,memang aku nampak macam asap halus.. macam asap colok tapi lagi halus dari tu. Takde la berkepul kepul macam orang bakar kemenyan tu..Dia macam sawang @ sarang labah2 tergantung atas kepala anak aku. Tergantung yang tak berpaut kat mana2. Alah.. susah sangat nak paham. Macam terapung la.

Serius.. mula2 aku ingat sarang labah labah @ sawang.. aku cuba nak tangkap & buang.. tak dia macam lari bila aku nak capai.. terbang lepas tu ghaib. Masa tu aku cuma fikir sawang yang terbang & hilang di tiup angin. Sekemunit pun tak terfikir ada kaitan dengan apa2 perkara mistik ke jin ke toyol ke hapa. Serius.. even aku ni suka baca & tengok cerita seram tapi mentaliti aku ni takde la asyik fikir hantu je ok! Sebab tu masa tu aku tak terfikir langsung apa2 yang berkaitan dengan makhluk halus..

Lepas minum susu, anak aku pun tidur la. Mak dia pun senang hati la. Kalau tak.. pepaham je la budak2. Lagi mata celik selagi tu ada ja la benda dia nak buat & nak minta kita buat untuk dia kan.. Masuk tengah malam macam tu aku perasan badan anak aku panas. Sah! Demam.. tetiba demam mengejut aku mula tak sedap hati. Sebab ada pengalaman yang sama cuma tak nak fikir bukan bukan aku anggap demam biasa la. Musim budak2 dok demam jugak kan? Si bapak pula rasa dia kot yang bawa balik something sebab dia ada tegur someone ni kenalan dia baru pindah rumah. Rumah tu pulak dah setahun kosong.. Tapi kenalan dia ni non muslim. Dia kata dia saja je cakap kalau Muslim akan buat majlis tahlil & bacaan yassin dulu untuk halau jin. Sebab rumah yang lama kosong, ada makhluk halus yang akan tinggal. Dia risau sebab mulut becok dia ke penyebab anak dia tetiba demam.

Tapi masing2 cuba fikir demam tu cuma demam biasa takde kaitan dengan apa2 perkara mistik. Sampai hari ke enam demam still tak kebah. Siang ok.. malam demam. Seminggu tu memang tak sekolah la anak aku. Sebab dah dekat seminggu, Aku ajak jugak pergi pusat rawatan Islam Al Qayyum kat sri damansara. Sebab rawatan kat situ nampak lebih serasi dengan budak shahila. Memang dah banyak kali kami pergi kesitu.

Macam biasa selepas bacaan Ayat ayat Al Quran.. Ustaz tu kata dia nampak asap hitam. Dia gambarkan macam dalam cerita X-Men nak bagi kami paham keadaan asap tu tapi memasing laki bini tak layan pulak filem X-Men jer so kami tak dapat bayangkan la lagu mana watak asap tu hahahaha. Asap tu katanya dia nampak dalam rumah kat bucu dinding di bahagian ruang tamu. Memang Jin tapi bukan jin yang di hantar sesiapa. Cuma jin lintasan. Ustaz tu tanya jugak ada tak jiran yang berbangsa ..tet.. non muslim. Memang la ada jiran tu agak kuat beribadat.. dia sembahyang boleh kata 5 waktu jugak sehari.

Ustaz tu jin tu datang bila tiap kali depa bunyikan loceng & bakar colok. Bau asap colok tu kan kuat. Tiap kali dia sembahyang serius.. Kalau boleh nak tutup setiap ruang udara yang ada dalam rumah ni. Kenot tahan beb! Dia pulak letak tempat sembahyang dia luar rumah. Bagi kepercayaan agama depa, tu la dewa depa. Tapi kita yang beragama Islam, benda tu jin la. Tak tau macam mana boleh tersinggah pulak kat rumah aku tengok2 ada budak comel yang speech delay. Tanya ustaz tu serius tak gangguan ni ustaz tu cakap agak serius tapi dia kata dia cuba rawat la.. Alhamdulillah.. lepas rawatan tu esok tu dah tak demam lagi. Bayaran kat situ pun ikut sedekah je.. Ni rawatan Islam yer.. Kami tengok dia buat rawatan & dengar dengan jelas bacaan ayat ayat Al Quran dia. So, tiada keraguan. Sapa ada masalah nak try boleh la berkunjung ke pusat rawatan Islam Al Qayyum di Sri Damansara Kuala Lumpur.

No tel : 017-765 1747
Ni bukan review berbayar ok! Sekadar berkongsi mungkin boleh membantu orang lain

Ni pengalaman keberapa aku dah lupa anak aku kena gangguan jin lintasan ni. Makcik aku cakap.. kalau dah biasa terkena dia macam ada laluan untuk jin. Ustaz pulak kata.. biasa la spesis jin ni memang suka ganggu budak budak. Hope lepas ni takde la dewa dewi bintang tiga dok mai singgah rumah aku lagi tiap kali jiran aku yang alim tu beribadat. Pi la dok rumah depa.. Depa yang panggil hang. Rumah kami tak asap colok. hehehehe

Moral of the story.. Tu pun salah satu teguran dari Allah juga untuk suruh mak bapak dia rajin2 la mengaji.hik hik hik.. Jadi, sila ambil pengajaran dari kisah pengalaman aku sendiri ni. Sentiasa perdengarkan aluan ayat2 Al Quran dalam rumah tak kira mengaji sendiri atau dari rakaman. Tapi lagi bagus baca sendiri la kan..

1 comment:

  1. takut jugak akk baca ni..semoga kita semua sentiasa dilindungi olehNYa

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com