KEK HARIJADI NEELOFA HARGA BOLEH BUAT DOWNPAYMENT BELI RUMAH

5/11/2017 05:54:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

KEK HARIJADI NEELOFA HARGA BOLEH BUAT DOWNPAYMENT BELI RUMAH. Begitulah perbezaan orang kaya dengan orang tak berapa kaya ni. Dengar harga kek macam tu terbayang kalaulah aku ada duit sebanyak tu confirm aku buat downpayment beli rumah atau balik kampung buat sebiji rumah mampu milik atas tanah pusaka. Mana tau tua2 esok dah jemu mengadap kehidupan bandar ni nak balik tinggal kat kampung dah ada rumah sendiri kan..


Tapi bagi orang kaya mungkin takde apa sangat la jumlah tu.. buat2 beli kek harijadi je katanya. Alah setahun sekali belanja orang makan kek apa salah, katanya. Tak tau la apa rasa kek Neelofa tu kan. Sedap sampai menjilat siku ke camna pun tak tau. Tapi terkesima jugak la dengar harga dia..

Tapi rasanya Neelofa pun tak gila nak beli kek harga RM20K ni.. alah retis biasa la mesti yang sponsor punya. Tu untung jadi orang terkenal.. dah la boleh buat duit dengan populariti yang ada lepas tu nak pakai barang mahal & kek mahal pun orang sponsor. Yelah semua tu marketing. Kalau depa sponsor lekatlekit paling2 dapat review kat blog ja kan.. Sponsor orang popular dapat publisiti besar sikit katanya.

Akak tak jeles pun dengan kek RM20K neelofa tu.. Cuma tu la tak terbayang apa bahan depa guna buat kek sampai RM20K.. nak kata besar sangat size biasa biasa jer... Hangpa tengok sendiri la kek RM20K Neelofa kat sini >> [VIDEO] #FollowLofa: Neelofa Dapat Birthday Cake Swarovski RM20,000! Apa Lagi Berlaku? <<

Jadi sesapa nak sponsor kek untuk admin blog lekatlekit ni sila la tampil. Tak payah la sampai RM20K.. kek RM200 tu pun dah rasa mahai sangat bagi kami ni. Tu pun nak makan rasa ketaq mulut. Almaklum la dok makan kek rega RM20 ja katanya hahahaha

2 comments:

  1. dasyat kan, kek je rm20k. ku rasa membazir sangat wpun kita kaya

    ReplyDelete
  2. Kalau dah harga kek RM20K, lebih baik frame aje kek tu. Sayang pulak nak makan. Tapi kalau akak, akak jual balik kek tu. Dapat separuh daripada RM20K pun takpa. Itu pun kalau ada yang nak beli balik kek birthday blogger picisan macam akak ler. Hahaha!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com