LELAKI NI BUAT PENDEDAHAN SELEPAS GUNA PRODUK DARI DRUGSTORE UNTUK RAWAT JERAWAT BATU

3.5.17 Suria Lekatlekit 3 Comments

LELAKI NI BUAT PENDEDAHAN SELEPAS GUNA PRODUK DARI DRUGSTORE UNTUK RAWAT JERAWAT BATU. Aku ni pun antara pengguna skincare atau cosmetic yang di beli dari drugstore. Seperti yang hangpa sedia maklum.. kami ni shopping skincare memang kebanyakkan kat guardian ja. Kami ni seorang yang tidak setia pada satu jenama produk.. Kami suka cuba untuk lihat kesannya. Alhamdulillah setakat ni walau dok tukar - tukar produk yang di jual kat guardian tu.. Takde la kesan sampingan, muka jadi berjerawat batu, bernanah bagai. Rasanya lebih sihat kulit kami berbanding masa jadi pengguna local skincare dulu..


Produk dari drugstore ni memang kau takkan cantik dalam masa 7 hari patah lagi jerawat hilang dalam masa 3 hari. Mustahil sangat. Rasanya aku terjebak dengan produk dari drugstore dah bertahun tahun.. Dulu gila produk bio essence.. abis semua aku nak cuba. Lepas tu rasa macam bosan aku tukar la.. Sekarang aku guna Cleanser dari Garden of eden, moisturize, bio essence& ada satu whitening cream aku malas pakai brand nano white. Makeup remover aku guna brand bio essence.. Sekarang ni memang tengah mood malas nak membelai muka sangat katanya.. so memang tak berapa macam macam sangat la skincare aku ada. Tunggu mood rajin tu datang esok.. penuh balik koleksi skincare aku. hehehehe

Cerita pasal skincare tadi terbaca satu perkongsian kat media sosial seorang mamat ni share produk yang dia guna untuk rawat masalah jerawat batu yang agak serius la kat muka dia. Semua produk tu dia beli dekat drugstore ok! Dia sendiri mengaku guna produk drugstore ni memang hangpa tak payah feeling sangat la muka hangpa gebu gebas dalam masa seminggu. Kesan dia paling awal pun kalau aku guna boleh nampak dalam 2 minggu.. tu pun bukan terus lawa. Nampak la kesan pemulihan tu. Kira ada beza jugak la sebelum & selepas.

Lelaki ni kata dah setahun la dia guna produk ni untuk rawat masalah jerawat batu dia.. So far memang nampak perubahan ketara sangat. Produk yang di guna adalah cleanser dia guna brand Cetaphil, untuk rawat masalah jerawat dia guna DalacinT, untuk hilangkan parut dia guna produk mederma & untuk siang katanya dia pakai Moisturizer dari produk Cetaphil. Kalau hangpa ada masalah jerawat try la guna produk2 tu.. Dia ni pun spesis macam aku memang suka campur brand produk tapi kalau beli dari drugstore ni, Insya Allah kalau kena dengan keperluan kulit tak ada masalah campur brand produk. Yang penting hangpa kena tau apa masalah kulit, keperluan kulit hangpa ja.


Akhirnya.. selepas istiqomah merawat muka dia yang penuh jerawat batu dengan produk dari drugstore ni.. Inilah hasilnya..


So, kenapa perlu pilih produk yang tiada bukti di ujikaji, tak tau kat mana kilang pemprosesannya sedangkan ada je jual produk yang tidak berisiko & terjamin keselamatannya  yang mudah di dapati kat luar sana. Cash & carry jer.. Alah sekarang ni kalau kata kat tempat hangpa susah nak jumpa farmasi macam guardian & watson tu. Guardian & watson pun ada jual secara online.. Kat website lazada pun ada jual produk2 yang di jual kat guardian. Memang seller dia dari guardian. Aku pernah try beli sekali haritu.. So far so good. Beli kat lazada ni kalau berlaku apa2 terhadap barang kita beli tu at least mereka ada fast action & bertanggungjawab. Senang nak tuntut gantirugi atas kerosakkan atau kehilangan semasa proses penghantaran tu. Sebab tu aku rekemen beli dengan lazada hehehehe.

Moral of the story.. Semua orang nak cantik termasuk aku. Tapi.. Sayangilah diri anda. Jangan obses nak cantik sampai abaikan kesihatan diri. Pilihlah produk yang selamat.

3 comments:

  1. peranh pakai cetepsill x rasa apa.. mild sgt kot..haha.. rsa x best..tu yg x tahu berkesan ke idok.. stop gitu je.

    ReplyDelete
  2. Setuju, pilihla produk yang semulajadi. Tapi saya pernah pakai Cetaphil, rasa ok je cuma maybe jerawat sebab hormon tu yang rasa tiada beza. Tapi yang Dalacin memang best. Berkesan. Jerawat takut2 nak tumbuh tempat sama.

    ReplyDelete
  3. sejak kes muka naik jerawat pakai nano tu dulu akak memangpakai cleanser cetaphil.Sampai la ni kulit tak dak masalah apa pun dok guna lagi..Sebab tu kulit akak tak mekap pun cantik...hahahahahahhahha....menyampah tak??

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *