MAKSUD 'MELEIS' YANG ANDA PERLU TAHU

9.5.17 Suria Lekatlekit 1 Comments

MAKSUD 'MELEIS' YANG ANDA PERLU TAHU. Satu benda yang aku tak boleh hadam dengan segelintir nitizen berbangsa melayu ni adalah suka menghina bangsa sendiri. Gamaknya melayu spesis ni adalah melayu tiruan. Dia cuma melayu pada IC untuk dapat hak bumiputera jer.. sebenarnya dia berasal dari suku kaum puak yang ada dalam hutan amazon. hahahaha..


Meleis.. Perkataan yang banyak pengamal media sosial guna untuk menyampaikan sindiran atau penghinaan kepada bangsa melayu. Walaupun kalau ikut kamus dielek Meleis membawa maksud

Melayu pasca Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang urban konservatif, yang mempunyai ciri-ciri tipikal yang berbeza dengan orang urban. Tidak la mengambarkan maksud untuk menghina, menyindir & sebagainya.  Atau lebih senang faham membawa maksud tipikal melayu la kan atau orang melayu kampung atau melayu dari kampung yang berhijrah ke bandar.
Tapi di sebabkan zaman media sosial ni, Meleis di gunakan sebagai satu perkataan untuk menyindir atau menghina orang melayu yang bagi mereka kuno, bersikap tipikal orang melayu yang acah acah urban tapi tak menjadi katanya bagi sesetengah pengamal media sosial yang rasa diri dia terlalu urban sangat. 
walaupun aku tengok yang suka dok sindir orang melayu lain dengan perkataan 'Meleis' ni tak la urban mana tahap pemikiran mahupun penampilan. Rasa lebih kampung dari orang kampung kot tapi Feeling macam dia urban sampai dok label orang lain sebagai Meleis yang membawa maksud Orang melayu yang perangai kekampungan datang ke bandar dengan perangai kampungnya. Padahal dia tak tau orang kampung sekarang pun dah urban.. Mungkin dia masih golongan bandar yang belum melalui anjakkan paradigma.. dia masih orang bandar yang mentaliti tahap zaman 70an kot sebab tu dia tak tau orang kampung tahun 2017 ni macam mana. Asal yang kuno tu semua depa label kampung. Please la ubah persepsi tu ok! Kampung tak sekolot macam dalam drama melayu. hehehehe

'Meleis' yang di gunakan pengamal media sosial untuk menghina & menyindir ni membawa maksud melayu yang tak sedar diri atau tipikal melayu yang berfikiran kuno tapi cuba untuk menjadi seseorang yang konon hebat & moden tapi sebenarnya masih di zon kuno.

asal kritik sikit depa gelar orang 'Meleis'. Depa kritik orang tak "Meleis' pulak. Konon dia sentiasa melayu urban. Hidup penuh komodenan & berfikiran terbuka macam orang barat. Sebab barat sangat la sampai hidup melarat. Mujur Meleis katanya.. Masih hidup bahagia. krik.. krik.. krik..

Kalau macam king coconut shake tu.. Aku rasa layak la kau troll atau sarcasm sebagai 'meleis'. Sebab dia dok pretend macam celup mat saleh padahal melayu je. Yang macam tu aku rasa cukup layak bagi dia pakai nametag Meleis. Tu kategori melayu tak sedar diri jugak tu. Terlebih urban pun jadi bahan gelak orang buat apa even kau mampu jana pendapatan 20k sebulan dengan hanya menjual harga diri kau. Takpe la dapat RM2k sebulan je tapi syukur Alhamdulillah tak perlu jual maruah diri kan.

Cuma tu la sebelum dok gelar orang 'Meleis' bagai.. sila usya diri sendiri dulu dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kalau hangpa sendiri pun ada ciri2 'Meleis' tak payah la nak mengata orang 'Meleis' sangat. Bukan apa takut yang Meleis tu hangpa bukan orang yang hangpa cakap. Satgi orang kecam terus masuk ICU sebab pressure naik katanya. hehehehe

Apapun tak salah menjadi 'Meleis' dalam sesetengah situasi sebab tak semua perkara urban tu sesuai dengan budaya masyarakat kita. Kadang2 terlampau urban sangat tu yang hidup kita sampai di luar batasan. Jadi pada pendapat orang kampung macam aku ni.. Kalau begitulah Meleis yang di maksudkan..Masih relevan di pratikkan dalam certain certain perkara. Tapi aku suka mengambil maksud Meleis ni sebagai Melayu pasca dasar ekonomi baru (DEB). Yelah mengambarkan melayu yang sedang maju tapi masih tidak meninggalkan budaya & cara hidup orang melayu.

‘Melayu Pasca DEB’. Secara ringkas fenomena Melayu Pasca DEB bermula bila Tun Razak meluluskan DEB yang membawa kepada penghijrahan puluhan ribu anak-anak muda kampung ke bandar Kuala Lumpur.

Moral of the story.. Kita sebagai bangsa melayu maka kita la bertanggungjawab menjaga nama baik bangsa kita bukan menjatuhkan. Bangsa apapun memang takkan ada 100% yang baik. Jangan bila bangsa lain menghina melayu kau nak mengamuk tapi bila kau menghina bangsa kau sendiri kau rasa puas hati. Sila mereput!

1 comment:

  1. ada lagi weyh org kampung yg mcm "rusa masuk ke bandar" belum masuk part kejutan budaya... serious aq x boleh handle bila masuk kolej... perangai serupa apa... bila tegur mula masam muka palau pe semua... especially bdk Kedah... boleh dia ckp dkt aq sbb x reti ckp utara... dia pikir bahasa negeri dia tu satu dunia pakai ke?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com