ORANG MISKIN MAMPU KE BELI KUOTA INTERNET & ONLINE?

25.5.17 Suria Lekatlekit 0 Comments

ORANG MISKIN MAMPU KE BELI KUOTA INTERNET & ONLINE? Tu dia.. pagi2 khamis hang dah tulis isu hangat ni awat lekatlekit. Malam semalam mimpi apa? Tak dak mimpi apa la.. Mimpi biasa biasa ja yang pasti memang ada mimpi la setiap kali aku tidur. Tapi mimpi tu tak penting.. Yang penting tajuk entri tu yang nak di kupas kupis & kopek denga rakusnya.. Mohon bersabar para pembaca budiman. Satgi perenggan demi perenggan kami ulas berkenaan isu tu, ok! Hangpa rilex je sambil membaca sehingga ke noktah terakhir.


Dulu.. Aku ni antara manusia yang berbaik sangka juga dalam certain keadaan. Kadang2 aku jadi lurus percaya bulat2 apa yang orang sampaikan. Lupa nak siasat sebab tak timbul langsung rasa syak wasangka tu. Tapi bila sampai masa Allah nak bagi hint.. time tu la mula nak jadi SpyDerBlogger kekdahnya. Dari sekecik kecik perkara aku mula nak pertikaikan logik atau tak? Tu padah bila aku mula hilang kepercayaan pada seseorang. Aku ni bukan spesis mudah percaya tapi bila percaya aku memang percaya tanpa prejudis dah. Sekali kepercayaan aku di khianati.. Sampai kau reput dalam tanah pun aku tak percaya dah.

Tak nak sebut nama sesapa.. Sebelum memang la aku ada involve dengan someone yang mengaku susah. Susah yang di gambarkan tu macam Daif sangat la.. Dalam dia dok meluahkan perasaan anak pergi sekolah pun tak bawa duit belanja. Sebab tak ada duit.. dalam pada masa yang sama mak mampu beli kuota internet & memviralkan kesusahan yang dia hadapi. Dulu tak terfikir sampai macam tu.. Tapi bila satu persatu mula kantoi pasal sipolan ni.. Banyak perkara aku mula terfikir. Kalau betul la hang susah sampai tak mampu bagi anak hang duit belanja sekolah.. Internet tu hang bayaq pakai daun ka? Nak berbaik sangka dia lepak Mekdi guna wifi free pun rasa macam tak logik sebab asyik dok cerita condition kesihatan dia masa tu memang teruk. Nak jalan pun katanya terhuyung hayang.. Mampu ke nak menampak ke mekdi?

Secara logik kalau cara dia mengambarkan kemiskinan & kesusahan dia tu.. Rasanya nak beli kuota internet pun tak mampu. Selalunya orang yang betul2 susah ni bukan depa yang viralkan kesusahan depa kebanyakkan orang lain yang memviralkan kesusahan depa tu. Tak ada depa nak online merintih, merayu, meratap hiba & memohon bantuan & sumbangan orang lain. Orang miskin ni kebanyakkan perasaan malu dalam diri depa tu sangat tinggi tu yang kadang2 kemiskinan yang depa hadapi orang tak tau. Sebab depa rasa malu nak cerita dengan orang apatah lagi minta bantuan. Kebanyakkan la orang miskin memang macam tu.. Harga diri depa lebih tinggi & mahal dari selipar jepun berbanding manusia yang pemalas acah acah orang susah untuk dapat keuntungan dengan mudah sanggup gadaikan harga diri yang kadang2 lagi murah dari jajan super ring.

Sebab tu zaman sekarang kita nak bersimpati pun kena siasat.. Setakat dok mencanang kisah sedih kat FB dengan profile gambar muka kartun bagai. Kita patut curiga. Betul la.. pahala bersedekah tu tetap ada walau kita bersedekah dengan seorang penipu tapi kalau kita asyik semborono je bersedekah dengan penipu benda tu mengalakkan lagi orang terus menipu sebab ada hasil yang depa dapat. Sekurang kurangnya siasat la sikit siapa orang yang kita nak menderma tu. Background dia macam mana.. sapa keluarga dia. Kat mana dia tinggal bagai. Jangan asal orang tu pandai create cerita sedih sampai menangis keluar air hidung bagai kita terus percaya. Setakat buat cerita sedih.. penulis novel & penulis skrip drama & filem pun terer katanya. Sedih jugak kita baca & tonton..So jangan judge sesuatu hanya berdasarkan kisah sedih yang tiada bukti. Kalau sakit better minta laporan kesihatan.. kalau susah better minta alamat rumah untuk pastikan dia betul betul susah. Jangan hantar sumbangan pun hanya tepi jalan.. Nak pi rumah pun orang tu tak bagi. Peratus nak kena kencing hancing memang tinggi la.

Serius.. aku sendiri rasa serik nak percaya atau terlampau bersimpati kepada individu yang suka merintih susah macam makan pun sebutir nasi sehari kat media sosial selagi mana dia masih mampu topup atau bayar bil internet. Aku sendiri pun rasanya kalau susah tak kuasa aku nak bayar bil internet. Mesti la aku dahulukan apa yang penting terutama memastikan keperluan anak aku cukup. Tak tergamak kot.. nak topup kuota internet sambil cerita dengan orang anak aku pergi sekolah tak bawa duit belanja. Telan ayaq lioq tengok kawan2 makan kat kantin. Dah la kat sekolah anak anak kita terpaksa hadap benda benda ni >> Ini 5 Perkara Anda Tak Pernah Tahu Tentang ‘Struggle’ Anak Anda Hadapi Di Sekolah << Bayangkan kalau tak makan.. Mesti lagi sedih keadaan anak kita kat sekolah kan? Tak tergamak aku nak bayangkan.. apatah lagi nak topup kuota internet & biar anak aku pergi sekolah tanpa duit belanja.

Moral of the story.. Rakyat malaysia ni memang baik baik & prihatin sebab tu makin ramai mula ambil kesempatan. Tak salah kita sentiasa bersangka baik cuma terlalu bersangka baik semua perkara mungkin kita menjadi penyumbang lebih ramai lagi golongan penipu membiak di bumi ni. So, sama sama kita benteras penipuan. Nak tak nak kena siasat dengan siapa yang kita nak hulurkan bantuan & sumbangan supaya sedekah kita sampai kepada orang yang sepatutnya & memberi manafaat kepada mereka yang memerlukan.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com