TARACOCOA COLLAGEN SERBUK MINUMAN MEMBANTU MENURUNKAN TEKANAN DARAH, ANTI PENUAAN & MENYEMBUHKAN LUKA

2.5.17 Suria Lekatlekit 1 Comments

TARACOCOA COLLAGEN SERBUK MINUMAN MEMBANTU MENURUNKAN TEKANAN DARAH, ANTI PENUAAN & MENYEMBUHKAN LUKA. Sekarang ni nak cari minuman untuk kesihatan & kecantikkan memang banyak di pasaran. Tapi tak semua sesuai dengan keperluan kita nak ambil. Jadi penting untuk kita semua tahu minuman berbentuk suppliment yang mana kita patut ambil sebelum membelinya. Sebab tu sangat penting kita survey & study dulu sesuatu produk sebelum mengambilnya.


Ok hari ni saya nak perkenalkan pada anda satu produk minuman kesihatan.. Awat skema tak tau ayat cheq ni hahaha. Takpa skema senang orang paham katanya. Produk minuman tersebut bukan di datangkan dalam bentuk cecair macam air.. tapi dalam bentuk serbuk minuman..


Taracocoa Collagen.. orang kalau sebut collagen ni tak lain tak bukan dok terbayang untuk awet muda ja kan.. Yer betul. serbuk coco taracocoa collagen ni memang ada fungsi untuk anti penuaan juga. Penting tau kolagen untuk tubuh badan sebab kolagen ni membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit sebab kadar kolagen di dalam badan kita sentiasa berkurang setiap hari apabila umur kita semakin meningkat. tapi bukan tu je khasiatnya yang ada dalam taracocoa collagen ni, Banyak lagi.. Kalau berminat nak tahu teruskan membaca

Sebagai pengenalan.. Kenapa ia di beri nama Taracocoa.. Tara sebenarnya membawa banyak maksud bergantung pada penggunaan perkataan tersebut. Perkataan Tara yang di ambil untuk produk ni membawa maksud Bintang. Bintang ni kita sedia maklum la mengambarkan kegemilangan & kemahsyuran jadi sebab misi mereka untuk mengeluarkan produk bertaraf bintang dan melahirkan usahawan yang bergelar bintang dalam industri kesihatan & kecantikkan maka nama Tara di gunakan.


Taracocoa collagen ni adalah minuman nutrisi yang berasaskan koko. Sebut koko orang terbayang la rasa coklat.. so, tak payah risau sebab dia tak rasa pelik atau rasa yang memualkan. Rasa dia sedap. Yang sedap tu ikhlas dari hati ok. Sebab saya sendiri dah minum bergelas gelas Taracocoa Collagen ni. Walaupun menggunakan kolegan ikan patin tapi jangan ingat ada rasa ikan pulak tau. Tak ada langsung rasa ikan tu ok! Bila dah tau rasa dia sedap.. Mesti ada la keinginan sikit kan nak mencuba. Selain koko dia ada Kolagen Peptida Ikan (Jenis 1) iatu peptida dari ikan patin dan diperkuat dengan Ekstrak Susu Kambing, Madu dan Vitamin C bagi membantu masalah ;

▪ Membantu menurunkan tekanan darah & perkuat saluran darah
▪ Anti Oksidan
▪ Kesihatan Otak
▪ Mengawal Kolestrol
▪ Mengawal Diebetik & Glikos
▪ Penyembuhan Luka
▪ Anti Penuaan
▪ Pembentukan & Rawatan Tulang
▪ Penyembuhan Luka
▪ Tingkatkan Pengambilan Protein
▪ Keupayaan Melawan Bakteria
▪ Bahan Ekstrak: Malta, Susu Kambing & Madu
▪ Melembabkan Kulit
▪ Membantu Penyembuhan Luka
▪ Melindungi Kerosakan Kulit
▪ Tidak menyebabkan keradangan
▪ Mesra Alam
▪ Rendah Lemak
▪ Menyokong Metabolisma
▪ Kaya dengan Kalsium
▪ Kurang Toksik
▪ Kaya dengan Vitamin B
▪ Sumber Asid Amino
▪ Baik untuk Tulang

Antara ramuan yang di gunakan untuk Taracocoa collagen & khasiat ramuan tersebut adalah..

Khasiat serbuk koko

Membantu menurunkan tekanan darah & perkuat saluran darah
Anti Oksidan
Kesihatan Otak
Mengawal Kolestrol
Mengawal Diebetik & Glukos
Penyembuhan Luka

Khasiat Kolagen Peptida Ikan (Jenis 1) - Spesis Ikan Pengasius (Ikan Patin)

Anti Penuaan (Menganjalkan, Menegangkan, Mencerahkan, Mengecilkan Pori -pori, Melembabkan Kulit)
Pembentukan & Rawatan Otot dan Tulang
Penyembuhan Luka
Tingkatkan Pengambilan Protein
Keupayaan Melawan Bakteria

selain dari serbuk koko & kolagen peptida dari ikan patin, ia juga menggunakan ekstrak susu kambing, ekstrak madu & vitamin c


Taracocoa collagen sejenis krimer yang bukan tenusu tapi adalah cecair atau serbuk yang bertujuan bagi mengantikan susu krim sebagai bahan tambahan untik kopi,teh,coklat panas atau lain lain minuman. Penting untuk anda tahu ia tidak mengandungi laktosa yang biasanya selalu di kaitkan dengan produk bukan tenusu. Kalau yang tak faham laktosa tu apa.. laktosa tu adalah gula yang biasanya ada dalam susu. Gula ni kita sedia maklum tak berapa bagus untuk kesihatan kalau di ambil secara berlebihan selain tu Mungkin boleh menyebabkan alahan pada mereka yang maybe ada masalah alergik.

Kelebihan krimer yang berbentuk serbuk ni dia tak perlu nak simpan dalam peti sejuk. So, mudah la kalau nak bawa kemana mana & boleh simpan dalam tempoh yang lama berbanding yang jenis cecair kan. Just simpan di tempat yang bersuhu bilik jer. Untuk Taracocoa collagen ni, Krimer yang dipilih ialah yang mengandungi kalori rendah dan rendah lemak bagi tujuan ;

▪ Anti Oksidan untuk membentuk Kolagen
▪ Mengelakkan selesema & batuk
▪ Tingkatkan imunisasi
▪ Perbaiki luka

Taracocoa collagen ni adalah produk Bumiputera. Jadi inilah masa korang support produk tempatan. Jangan risau produk ni tiada gelatin & sangat menyihatkan. Bukan saja untuk kesihatan malah untuk kecantikkan jugak.

Cara pengambilan dia mudah jer.. Alah macam korang buat minuman berperisa yang lain juga. Sukatan dia 1 scoop serbuk Taracocoa collagen di campur dalam 200ml air suam. Kacau hingga sebati & minum dua kali sehari untuk kesan yang lebih  optimum. Insya Allah dengan pengambilan yang consistent kulit anda akan cerah berseri ok!

Untuk info tambahan bagi mereka yang mungkin sedang berdiet ke kan.. Untuk satu hidangan (100gm), TaraCocoa mempunyai kandungan Tenaga sebanyak 466kcal, Karbohidrat 69.6gm, Protein 4.3gm dan Lemak 18.9gm

Apapun produk kita nak guna nak lebih terjamin at least perniagaan mereka ada berdaftar dengan SSM.. untuk produk Taracocoa collagen ni jangan risau ada berdaftar dengan SSM


Selain tu mereka jugak berdaftar di bawah USFDA dimana mereka boleh pasarkan produk mereka ke serata dunia.



Tapi dalam banyak2 hal.. Yang ni paling penting bagi negara Islam macam Malaysia. Apapun produk mesti ada pengesahan Halal JAKIM. Jangan risau Taracocoa Collagen ni memang ada sijil halal dari JAKIM.. boleh minum tanpa was was.. Sebab nak dapat sijil halal JAKIM ni perlu menepati piawaian JAKIM dari segi aspek seperti kebersihan kilang, bahan bahan yang halal serta pelbagai aspek lain lagi la. Jadi kalau yang dapat sijil halal sah JAKIM memang tak ada apa perlu di ragui lagi


Selepas baca kelebihan & khasiat yang ada dalam serbuk minuman Taracocoa collagen mesti hangpa nak tau macam mana nak dapatkan produk ni.. Boleh beli melalui website lazada.. Ada jual jugak. Kalau survey produk minuman kesihatan & kecantikkan kat lazada.. Compare semua produk yang berjenama di kenali ramai dengan Taracocoa collagen ni.. Memang Taracocoa collagen harga dia jauh lebih murah berbanding produk minuman kesihatan & kecantikkan tempatan yang lain.


Untuk maklumat lanjut boleh layari..

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com