TIP UNTUK ELAK DARI DI SAKITI OLEH RAKAN MEDIA SOSIAL

15.5.17 Suria Lekatlekit 1 Comments

TIP UNTUK ELAK DARI DI SAKITI OLEH RAKAN MEDIA SOSIAL. Aku tengok ramai jugak yang stress kat media sosial even benda tu hanya melibatkan perkara remeh kat media sosial. Selalunya sebab tak puas hati la. Aku ni pun tak terkecuali ada jer orang aku meluat & rasa macam tak puas hati dengan dia.. Tapi selalunya apa yang berlaku kat media sosial aku biarkan benda tu kat media sosial jer.. Tak sampai nak kena menangis atas riba laki ka hapa.. Kebanyakkan aku tak share pun dengan laki aku sebab banyak topik lain lagi kami nak jadikan topik perbualan antara laki bini. Gaduh dengan kengkawan kat media sosial nak mengadu domba dengan laki.. Tu cara budak budak sangat bagi aku.


Kadang2.. bukan orang yang buat kita stress kat media sosial ni tau. Kita sendiri yang cari bala untuk bagi tekanan kepada diri kita sendiri. Kalau kita tu kental & kenyal untuk hadap mulut2 puaka orang kat media sosial ni ok la... Ni dah tau hati tu umpama tisu jamban yang kena air terus lunyai, nak jugak tu cari pasal menyakitkan hati sendiri. Tisu jamban ni untuk lap bontot jer.. So yang jenis hati tisu jamban tu jangan la berlagak macam kain serap air yang takkan lunyai bila kena air. Kalau dah kualiti tahap tisu jamban tu sila la sedar diri. Bertindak mengikut kemampuan sendiri.. Jangan cuba buat apa yang kita sendiri tak mampu nak terima. Perkara tu seolah olah kita sedang menyakiti hati kita sendiri bukan orang yang menyakiti hati kita sebenarnya.

Antara perkara yang aku rasa yang orang suka buat tapi bukan semua.. dia dah unfriend, blocked bagai tapi tetap stalk orang yang dia rasa menyakitkan hati? Hangpa sendiri fikir.. apakah perbuatan tersebut perbuatan orang bijak? Mustahil la kan.. Dah kau tau dia manjang suka sakitkan hati hang.. hang gigih dok stalk dia buat apa. Bila dia tau hang still dok stalk dia.. Lagi syok la dia dok psycho hang. Ada orang memang macam tu.. Lagi dia tau orang stalk dia lagi dia psycho.. Aku la tu. Memang aku lagi psycho sebab aku nak orang tu berhenti stalk aku. Dia nak kata apa kat aku dia punya pasal.. Sapa suruh dia stalk aku. hahahaha

Kita kalau tak suka orang tu jangankan nama, bayang2 dia pun kita kalau boleh tak mau dekat dengan kita kan? Tapi ada orang mulut kata benci tapi hati rindu selalu.. Nak tau jugak apa dia tulis & post kat status dia tiap2 hari. Lepas tu sakit hati.. So, kalau hangpa rasa nak bahagia & happy kat media sosial.. bukan takat unfriend & blocked je orang hangpa tak suka tapi jangan sesekali stalk dah apa2 aktiviti dia. Anggap dia dah pupus kat mukabumi ni. Hangpa move on ja.. Insya Allah bahagia & happy hangpa bersosial di media sosial. Tiada apa lagi yang mampu mencalarkan sekeping hati nan suci bak embun pagi hangpa tu katanya.

Moral of the story.. kadang - bukan orang yang buat kita stress& tertekan tapi kita sendiri yang buat diri kita jadi stress & tertekan cuma di sebabkan kita rasa kita tu always positif sangat so kita asyik tunding jari kat orang & manjang tuduh orang ada penyakit hati sedangkan lupa nak check hati kita sendiri. Dok kata hati orang busuk.. hati sendiri dah jadi bangkai pun tak sedar katanya. Kalau dah dia ada penyakit hati yang hang berhati suci gigih dok membontot dia buat apa.. Bila kena telan kentut, nak salahkan orang ada penyakit hati bagai. Orang suka membontot orang ni memang la asyik sedut kentut orang ja la so terimalah kentut itu seadanya. hehehehe peace yo!

1 comment:

  1. Kadang-kadang memang sendiri cari bala. Dah tahu tak tahan diumpat, dicaci nista bagai, janganlah tunjuk berani. Sembunyi aje diri macam biasa. Tengok akak, sebab tak mahu kena umpatlah akak selalu aje bersikap low profile. Kang kalau kena kutuk aje, akak juga yang meroyan merintih tak sedar diri. Buat menyusahkan orang aje nanti ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *