BLOGGER DI ANIAYA CLIENT YANG AMBIL REVIEW DI BLOG

21.6.17 Suria Lekatlekit 15 Comments

BLOGGER DI ANIAYA CLIENT YANG AMBIL REVIEW DI BLOG. Sebagaimana yang aku tulis pada tajuk entri itulah yang berlaku pada diri aku. Disebabkan seseorang yang pernah ambil review di blog aku.. Aku terima musibah yang bagi aku agak hebat sepanjang aku berblog. Kira cipta sejarah baru aku sepanjang 8 tahun menulis blog lekatlekit ni.. Boleh jugak aku buat novel ni.. Manatau dari penulis blog jadi penulis novel lepas tu novel aku di adaptasi jadi drama atau filem.. Box Office.. dapat banyak royalti.. jadi kaya.. hahahahhaa. Tu dia. Dia punya berangan sampai langit ke tujuh. Tinggi sangat satgi tak tau nak nak turun lagu mana pulak.


Berbalik pada kisah tajuk entri tu.. Even dengan sipolan yang ambil review tu memang aku tak pernah ada masalah, tak pernah kacau hidup dia & tak pernah jentik walau hujung kuku pun pasal dia. Tapi aku tak faham kenapa dia mesti aniaya aku. Tapi mungkin apa dia buat atas dasar 'Tolong kawan' dia kot.. Tapi tetap niat tu tidak membetulkan perbuatan dia. Mungkin dia tak tau kot mendedahkan data peribadi orang lain tanpa persetujuan juga boleh menjadi satu kesalahan.

Kisahnya.. dia datang minta aku review produk dia dengan bayaran. Seperti biasa... bila review produk & ada free produk untuk aku cuba mestilah aku bagi nama & alamat aku untuk proses penghantaran. Tak terdetik di hati aku benda tu adalah permulaan kepada musibah yang aku terima sekarang. Dari penampilan, rupa & imej yang di tonjolkan kat media sosial sememangnya siapa takkan sangka dia tergamak untuk aniaya orang lain. Sangat baik.. Tak pernah nampak post2 yang berunsur negatif di account media sosial dia. Memang jauh beza la dengan aku kan.. Tapi orang kata manusia memang tak boleh di nilai dari apa yang kita nampak dengan mata kasar. Yer! Itulah pengajaran yang aku dapat. Dah terbukti pun yang nampak gud gud macam malaikat kadang2 jelmaan syaiton nirrojim jugak. Tapi terbalik pulak yang lantang macam nak pecah speaker.. Tu pulak yang baik. Menghulurkan bantuan bila aku dalam kesempitan even tak pernah kenal sebelum ni. Yang tu nanti aku story...

Jadi berhati hati la buat blogger yang menulis & mengulas isu2 semasa, gosip artis, cerita artis, kisah viral bagai tu. Kadang2 kita menulis benda yang ada fakta & bukti namun ulasan kita mungkin boleh buat kita di dakwa. Saman sivil ni boleh berlaku kepada sesiapa saja.. so tak perlu la bertepuk tangan sangat kalau orang lain kena. Saman sivil sapa2 pun boleh buat.. tuduhan berasas ke tidak tetap boleh di failkan. Itu yang aku belajar la dari lawyer2 yang pernah aku merujuk sebelum ni. Memang sesiapa sahaja berhak mengambil tindakkan undang undang kepada individu yang dia rasa bersalah pada dia cuma yang menentukan salah atau betul adalah bila proses perbicaraan di jalankan. Kita sedia maklum ia bergantung juga dengan kepakaran peguam yang ambil kes tu. Nak ambil peguam bukan pakai modal air liur jer.. Kalau takde duit bekepok kepok mimpi je la kan. Kalau takde peguam, Memang tawakal je la. Nak2 lagi yang kena saman orang yang tak berkemampuan. Dengar kos lawyer pun rasa macam kering air liur nak telan. Maka ber huhuhu je la.

Tapi awas pada orang yang dedahkan data peribadi orang lain tu macam nama, alamat, no ic,pasport bagai tu.. Adalah menjadi satu kesalahan undang undang jugak ok!

Sekiranya mana-mana pihak memperolehi data peribadi (kita), dan menyebar luaskannya tanpa persetujuan kita, ia menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 130... apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya - sumber DISINI -
P/S : Kalau anda rasa maklumat peribadi anda di dedahkan kepada orang lain tanpa persetujuan anda.. anda boleh membuat laporan polis.

Cuma satu je aku nak tanya pada orang yang aniaya & dedahkan data peribadi aku pada orang lain... Aku cuma aku nak tanya kat dia.. apa salah aku pada dia? Apa dosa aku pada dia? Apapun niat dia buat macam tu.. Tetap niat tidak menghalalkan cara. Pecah amanah dah satu kesalahan.. mendedahkan data peribadi orang lain dah jadi dua kesalahan. Serius.. Untuk maafkan sipolan tu.. memang tak terdetik langsung di hati aku. Biar la dia merangkak ke.. menjulur ke.. meniarap ke hapa cari aku kat padang masyar nanti. Nak2 lagi dia langsung tak pernah rasa bersalah atau datang minta maaf pada aku. Tapi tak tau la kan.. Manatau akan datang aku dapat petunjuk & hidayah.. Aku ikhlaskan semuanya.. boleh maafkan dia. Rezeki dia la tu.. Tapi buat masa ni, Mustahil la. Kecuali berlaku sesuatu.. Mungkin la aku boleh maafkan. hehehehe

Apapun buat semua blogger.. Apa yang berlaku kat aku ni jadikan la pengajaran. Tak salah kita nak menyebarkan apa2 fakta yang sahih untuk didedahkan pada orang lain, tapi menulis & mengulas secara selamat je. Better copy paste laporan akhbar je selamat hehehehe. Biarlah Allah jadikan aku sebagai peringatan pada orang lain. Allah pilih aku mungkin sebab bersesuaian dengan kemampuan aku memikulnya walau aku tak ada kemampuan dari sudut harta benda & duit berkepok kepok. Tapi mungkin kekuatan dalaman tu lebih besar dari size badan aku.. siapa tahu. Allah maha mengetahui segalanya.. Wallahualam.

Moral of the story.. Selepas 25 hari aku hadap Ujian ni apa yang dapat aku katakan. Aku redha & aku tahu semua ni berlaku adalah kerana Allah ingin menegur aku. Mungkin aku lalai.. aku lupa.. Allah sayangkan aku. Sebab tu dia jentik aku supaya tidak jauh tersesat. Dia uji dengan musibah sebab dia nak aku dekatkan diri dengan dia macam sekarang. Kalau dia uji aku dengan kenikmatan.. dengan kekayaan dunia.. mungkin aku akan jadi sombong, bongkak & rasa berkuasa dengan harta dunia yang aku miliki sedangkan yang memberi rezeki itu pun Allah. Kalau dia nak tarik balik dalam masa sesaat pun boleh kita kehilangan segalanya. Dia jadikan aku tidak mampu dari segi harta benda sebab dia nak aku meminta minta dengan Dia. Allah suka pada hamba yang meminta minta kepadaNya. Bayangkan kalau aku berkemampuan.. Mungkin aku rasa tak perlu meminta minta lagi dengan Dia. Bersangka baik dengan Ujian Allah.. Insya Allah yang datang nanti adalah lebih baik. Even bukan sekarang.. Insya Allah.. Dia tahu bila masa terbaik untuk memberi kita seribu ganjaran dari kesabaran kita tu.

P/S : jangan tanya aku siapa dia.. Biarlah aku & Allah jer tahu. Biarlah Allah je yang membalasnya.

15 comments:

  1. Hati2 la dengan doa orang teraniaya ni..kan??lagi2 bulan puasa ni .. sekarang ni selalu yang kita lihat,Allah balas atas dunia lagi...kita bukan nak doakan yang tak baik pada di cuma sendiri kena ingat la setiap perbuatan jahat MESTI ada balasan nya..

    ReplyDelete
  2. Tahniah kerana tabah hadapi ujian hidup ini..

    ReplyDelete
  3. Berat mata memandang.
    Berat lagi bahu yang memikul.
    Jadi mcm mana kes suria ya.
    Apa status sekarang.
    Apa pun semoga dipermudahkan semuanya.

    ReplyDelete
  4. Semoga segala usaha dipermudahkan olehNya...

    ReplyDelete
  5. Finally. Kes yg cx nantikan .. bertabah ya sis.

    Bulan2 baik2 ni dok aniaya org , kesian sis. Doa minta pada Allah sis, doa terus diangkat. Mudah2an sis lebih sukses lepas ni.

    Semoga si polan tersebut sempat taubat dan mnta maaf dgn sis.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. suka cara Suria face this problem..pandang dari sudut positive.banyak hikmah tersembunyi tu.. lagi satu.. Berangan tinggi2 takpe.. its free.. hahaaa.. Semoga suria istiqomah & tabah dlm hadapi segala ujian.

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah permudahkan urusan Suria. Sesungguhnya doa orang teraniaya tiada hijab.

    "Meski Allah melarang kita mendoakan orang lain agar celaka / dapat bencana, namun khusus terhadap orang-orang yang dizalimi / dianiaya Allah membolehkannya. Jadi saat seseorang dizalimi dan disakiti dan dia mendoakan orang yang menyakitinya agar ditimpa musibah, Allah akan mengabulkannya."

    ReplyDelete
  8. moga semua urusan dipermudahkan..

    ReplyDelete
  9. semoga urusan sis dipermudahkan..allah takkan duga ummatnya yg lemah sis..akk berharap sgt sis akan bertabah dgn dugaan yg menimpa sis skang..aamiin

    ReplyDelete
  10. bertabahlah Suria.. mungkin sekarang ni orang tu pun rasa tak senang duduk baca entri ni.. memang adalah menjadi satu kesalahan menyebarkan maklumat peribadi orang lain tanpa persetujuan tuan punya diri .. jaga2 lah si polan yang buat salah tu yea..

    ReplyDelete
  11. semoga dia sedar dan meminta maaf dgn awak. kesiannya teraniaya sebegini

    ReplyDelete
  12. Kak, aimie doakan semoga akak dipermudahkan segala urusan. Insyaallah amin

    ReplyDelete
  13. Itu namanya trojan horse. Tukang bukak pintu untuk bala bencana masuk.

    Di bawah ada sikit panduan macam mana nak hadapi kes saman sivil. Kalau tak mampu lantik peguam, you can go by your own. Yang penting adalah mencari fakta untuk membuktikan tuntutan tersebut tidak berasas. Mintak pendapat orang yang pernah melalui kes saman sivil. Kena kuatkan semangat dan jangan mudah mengalah. Banyakkan berdoa semoga di bukakan jalan.

    -A.K.K-

    http://selangor.kehakiman.gov.my/?q=node/239

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *