SAYA TIDAK MEMFITNAH! PERLU BANTUAN & SOKONGAN ANDA

10.7.17 Suria Lekatlekit 29 Comments

SAYA TIDAK MEMFITNAH! PERLU BANTUAN & SOKONGAN ANDA. Assalamualaikum.. Saya yakin ramai di antara kawan2 blogger & pengamal media sosial dah tahu tentang saya di saman oleh satu founder produk ni. Saya tak boleh mention siapa produk apa & siapa pengasasnya secara umum. bagi yang tahu.. Mungkin sedia maklum.


April lalu KKM tengah mengeluarkan laporan terdapat bahan merbahaya dalam produk mereka. Berita tersebut bukan sahaja di sebarkan di media sosial, blog, page2 popular malah berita TV & radio juga menyiarkan berita tersebut. Bukan sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan produk tersebut merbahaya malah Kementerian kesihatan 2 negara jiran (Singapura & Brunei) terlebih dahulu mengharamkan produk tersebut dari di jual di negara mereka kerana mengandungi bahan yang bahaya kepada kesihatan manusia.

Sebagai seorang blogger surirumah yang menggunakan konsep penulisan secara 'OutSpoken' saya ada menulis isu itu dalam beberapa entri di blog saya dengan lampiran bukti akhbar & bukti pengakuan pengguna. Penulisan saya sememangnya berbentuk santai & tidak formal.

Akibat dari perkara tu saya di saman fitnah/malu oleh pihak mereka. Saya merujuk kepada beberapa peguam sebelum ni untuk memastikan penulisan saya samada ada unsur fitnah atau tidak & kesemua peguam memberi pandangan tiada unsur fitnah. Penulisan saya lebih kepada 'fair comment' namun pihak mereka menggunakan alasan ulasan saya bersifat melampau sebab itu saya di saman. Saman sivil sesiapa sahaja boleh memfailkan.. Namun yang menentukan betul atau salah hanya bila proses perbicaraan di jalankan. Jadi pihak yang di saman terpaksa juga membela diri samada berasas atau tidak tuduhan tersebut. Untuk membela diri juga perlukan kos yang tinggi.

Di sebabkan saya tidak berkemampuan dari segi untuk menyediakan kos bagi mengambil peguam untuk membela diri, saya terpaksa berkerja keras mencari bantuan sehingga ke hari ini. Saya tahu saya tidak menulis fitnah dan saya takkan berputus asa. Saya akan terus berusaha mencari apa saja yang boleh membantu saya selagi Allah memberi kemampuan saya berbuat demikian. Saya masih berusaha, Doakan Allah permudahkan urusan kes saman ini.

Sebagai seorang manusia & sebagai rakyat malaysia walau saya bukan orang kaya tapi saya tetap berhak untuk membela diri. Apa yang saya perjuangan bukan hanya untuk membela diri , malah pengguna yang teraniaya tanpa pembelaan juga. Jadi saya perlukan sokongan dari semua pihak. Sama - sama kita membenteras produk beracun yang masih di jual secara berleluasa di pasaran tempatan.

Saya harap entri ini dapat di panjangan (share) jika anda sudi membantu saya mencari bantuan untuk saya membela diri di mahkamah nanti. Kes ini di failkan di sebuah negeri yang sememangnya jauh dari tempat tinggal saya. Kekangan kewangan & masalah anak saya yang masih perlu perhatian rapi kerana dia seorang kanak kanak mild autisme yang sedang bersekolah membuatkan pergerakkan saya semakin terbatas. Jadi saya terpaksa mencari solusi supaya saya boleh hadir di mahkamah membela diri walau tanpa di wakili peguam. Sekurang kurang saya dapat hadir di mahkamah.

Saya ingin membela diri & saya boleh membuat permohonan untuk menukar mahkamah namun semua itu tetap memerlukan kos. Ini adalah salah satu usaha saya mencari bantuan bukan mengaibkan mana mana pihak. Saya berharap ada mana2 pihak sudi membantu.

Setiap pertolongan walau hanya share artikel ini adalah sangat membantu saya. Selain itu saya mengharapkan doa dari semua.. Sebab saya percaya kuasa doa adalah senjata paling kuat untuk berjuang. Terima kasih pada semua yang sudi share artikel ini. Moga Allah membalasnya dengan seribu kebaikkan.

Jika ada yang sudi menyumbang boleh menyumbang ke Maybank no acc 162795008709 (Nursuria)

Jika anda ada account facebook mohon like & share post ini juga bagi membantu saya untuk mendapatkan bantuan

DOA ADALAH SENJATA ORANG MISKIN. MOHON DOA DARI SEMUA

29 comments:

  1. Kesian.. bukan salah Suria pun.. senoga segalanya dipermudahkan olehNya untuk Suria

    ReplyDelete
  2. alahai bertabah ye.. mama simpati sgt

    ReplyDelete
  3. semoga suria tabah. nora mampu memdoakan semoga dipermudahkan urusan suria.

    ReplyDelete
  4. Doa adalah senjata org mukmin bukan org miskin. Allahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer saya satu. saya saja tulis orang miskin untuk mengambarkan diri saya.. rasanya tak salah kan? sebab saya terpaksa berlawan dengan orang yang sebangsa & seagama dengan saya.. cuma beza saya tidak kaya & mereka orang kaya

      Delete
  5. Boleh pergi ybgk kat area shah alam seksyen 13 utk dapatkan lawyer free kerajaan. Hope u tenang hadapi semua ni

    ReplyDelete
  6. cik nor doakan moga suria tabah dan menang kes ni..aamiin

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah Ya Fattah membuka pintu kesempitan sis... InsyaaAllah, akak doakan perkara ini berakhir dgn baik... amiin...

    ReplyDelete
  8. semoga Allah permudahkan urusan sis ye..aamiinn

    ReplyDelete
  9. Kuatkan semangat dan selamat berjuang..

    ReplyDelete
  10. yg benar tetap akan menang
    saya doakan anda menang kes
    dan dijauhi dr fitnah sebegini

    ReplyDelete
  11. GV doakan semoga Allah permudahkan semua urusan kak ya. Harap semua selesai dalam keadaan baik semuanya. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete
  12. ada la rezeki yang lebih besar nanti...cabaran dipermulaan..gambatte

    ReplyDelete
  13. Moga segalanya di permudahkan segala urusan... insyaAllah.. puhak yg benar pasti akan menang... aminnn..

    insya Allah.. dengan izin NYA pasti 1 day ada yang menghulurkan bantuan.... aminn

    ReplyDelete
  14. allahurabbi..insyaallah selagi kita benar Allah ada dipihak kita..pbykkan istighfar dan doa ye

    ReplyDelete
  15. Rabbi yaasir wala tuassir rabbi tammim bilkhoir. aamiin ya rabb.

    ReplyDelete
  16. Moga Allah permudahkan urusan awak ye Suria. Insyaallah kalau kita pada jalan yg betul, Allah akan bantu juga biarpun lambat.

    ReplyDelete
  17. Doa dan syukur. Ini ujian, dan waktu utk melihat apa yg silap pada diri. Bertabahlah. In sha Allah .. Akan dtg pertolongan buat mereka yg dianiaya.

    ReplyDelete
  18. Produk apa tu kalau dah membahayakan mesti lah bahaya... patut war warkan agar orang tak membeli

    ReplyDelete
  19. Sabaq na, Insya Allah pasti ada jalan untuk Suria.. Amin..

    ReplyDelete
  20. sbr ye kak..mudahan dipermudahkan smua

    ReplyDelete
  21. Semoga allah permudahkan urusan suria.. ya Allah rasa macam sedih sangat bila keadaan jadi macam ni

    ReplyDelete
  22. Semoga dipermudahkan urusan sis.. Allah maha mendengar...

    ReplyDelete
  23. sabar ya.. semoga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *