ANAK TAK BOLEH GUNA NAMA BAPAK, NAK GUNA KENA BAYAR ROYALTI

17.8.17 Suria Lekatlekit 4 Comments

ANAK TAK BOLEH GUNA NAMA BAPAK, NAK GUNA KENA BAYAR ROYALTI. Kecoh minggu ni kontroversi pasal seorang penyanyi Otai yang memang di kenali ramai. Mula2 tengok melodi den ingat sapa la kan.. Yang di dok marah sangat katanya tumpang populariti nama dia untuk jual album. Budak tu kira retis baru la..


Bila dok kecoh sangat sampai jadi viral video wife kepada penyanyi Otai tersebut dok bising bising tak puas hati baru den tahu.. Rupanya retis baru yang di maksudkan abang bomba yang pernah jadi viral suara dia nyanyi ala2 penyanyi Otai ni. Rupanya dah ada album.. Tertinggal MRT sungguh den kan?Almaklum la jarang guna transport awam hehehehe

Maka tahulah la den.. Rupanya Abang bomba yang dah jadi abang retis baru tu anak kepada Penyanyi Otai ni.. erkk rasanya haritu dah tahu cuma tak tau dia dah jadi retis je. Tapi kontroversi ni memang pelik.. Sebab yang dia guna nama bapak dia tapi bapak dia macam tak puas hati dengan anak dia baru nak naik tu. Anak kot bang.. Rilex sudah. Even ada masalah keluarga rasanya tak perlu jadi isu benda ni. Macam membuka pekung di dada. Kot mana pun dia anak kau bang. Patutnya hal anak beranak ni settle secara tertutup jangan guna media. Benda tu aib keluarga.

Ramai je retis yang anak dia ikut jejak langkah mak bapak dia.. Takde isu nak guna nama bapak kena bayar royalti bagai walaupun ibu bapa mereka dah berpisah & anak tu di besarkan ibu yang bukan retis. Dah nama pun bapak memang kemana mana pun anak kau akan bawa nama kau.. Cuma masa talkin je anak kau di bin/binti dengan nama mak. Tapi selagi dok ada nafas kat dunia ni memang nama bapak la di bawa kemana mana pun.

Terkejut juga bila pihak si bapak boleh besarkan isu ni kat media.. memang tak berapa bijak tindakkan macam tu. Benda tu bagi impak negatif pada imej kau bang sebagai Otai dalam Industri hiburan tanahair. Dah la bang.. nasihat saya, ikhlaskan untuk anak abang tu yer. Apa kata try duduk semeja minum kopi secawan dua bawa berbincang anak beranak. Kot mana pun darah daging sendiri juga. Mungkin ada penyelesaian yang terbaik boleh menguntungkan kedua belah pihak.

Moral of the story...  Air di cincang takkan putus. Hope si anak beralah datang jumpa bapak, minta maaf & lupakan kisah lama. Manatau cara tu si bapak pun lembut hati. Untuk si bapak.. Dah masuk umur umur otai, tak lama pun kita nak menongkat langit ni bang. Rezeki Allah ni maha luas. Seluas bumi yang Dia ciptakan.. Abang ada nama & jenama abang sendiri dalam industri tak perlu risau dengan budak budak baru nak up. Lagi2 anak sendiri.

4 comments:

  1. IKUTKAN MALAS NAK AMIK PORT PASAL NI...RASANYA X TIMBUL ISU TUMPANG POPULARITI AYAH DIA...DAH MEMANG AYAH DIA KAN..YANG LEBIH2 AKAK RASA MAK TIRI DIA NI...DIA JE..BESAR SGT KE NAMA AYAH DIA?

    ReplyDelete
  2. mungkin ada alasan tersendiri si anak tak nak jumpa si bapa tu su. Mereka ja tahu..tapi tak adil bagi si anak andai diperlakukan begitu. hinggakan mengaibkan ibu yang membesarkan dia.

    ReplyDelete
  3. ada tengok kat melodi haritu. macam macam lah haih, anak sendiri kan

    ReplyDelete
  4. Macam-macam hal.
    By the way ii pun salah satu cara promosi album juga. Contohnya semasa isu rambut panjang tahun 1990an dulu. Awie dan Amy tak nak potong rambut. Kes tu jadi viral dan dalam masa yang sama kumpulan Search dan Wings keuarkan album Double Trouble.. Pergh! Meletup-leptup sebab bukan saja rocjers yang beli, yang bukan rockers pun 'terbeli sama' sebab nak dengar sedap ke tak suara Amy dan Awie ni.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *