CARA NAK JADIKAN PRODUK ATAU SERVIS ANDA SEBAGAI MANGSA VIRAL

8/26/2017 11:04:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

CARA NAK JADIKAN PRODUK ATAU SERVIS ANDA SEBAGAI MANGSA VIRAL. Zaman sekarang viral la paling cepat untuk menyebarkan sesuatu perkara tak kira la benda tu baik atau buruk.. Ada yang suka di viralkan sebab boleh cepat popular kat media sosial & akan dapat benefit lain selepas itu walaupun kena viral benda yang tak berapa positif. Contoh buat video yang annoying mengundang orang maki hamun.. Jadi popular. Pakej rupa pun ada.. Confirm lepas tu jadi retis.. Tak retis kat layar perak, retis kat media sosial. Buat account media sosial macam IG,FB & BLOG.. lepas tu boleh buat duit dengan paid review..


Tu salah satu kesan positif viral la.. Macam tu juga kalau korang founder produk, Agent ataupun seller online. Kalau boleh viralkan jualan atau servis hangpa.. Salah satu perkara yang baik. Sebab berniaga ni memang 'KENA BAGI ORANG NAMPAK & TAHU" apa yang anda jual even tak jual produk, jual servis pun macam tu. Tak kira la kau jual pakej percutian, jual insuran, atau jual perkhidmatan yang berbentuk education ke kalau ia salah satu perniagaan yang menjadi sumber pendapatan tak kira pendapatan utama atau samping tetap kena bagi orang nampak & tahu juga.

Tapi bukan mudah nak nak memviral kecuali kau memang retis atau kau ada follower yang juta juta lemon.. Tapi tak bermakna hangpa tak popular kat media sosial tak ada cara langsung hangpa nak viralkan produk atau servis hangpa. Tak payah nak menangis bawah bantal sangat la.. Mai sini nak habaq cara paling mudah hangpa nak jadikan Produk atau servis hangpa sebagai mangsa viral...

Ada satu company yang menyediakan servis iklan viral untuk semua online seller tak kira la hangpa founder ka, Agent atau buat dropship jer semua boleh guna servis iklan viral dari Team Crew Viral ni. Konsep depa memviralkan secara manual.. Bermaksud tak guna FB ads ke apa.. Depa akan viralkan menggunakan team mereka yang ramai.


Depa akan share di serata group2 iklan, page & personal FB juga.. Memang LIKE, SHARE & KOMEN adalah organic. Ni habaq organic satgi ada yang tak paham pulak organic tu menatang apa.. Organic ni membawa maksud semulajadi.. Untuk servis iklan viral dari team viral ni organic ni bermakna bukan auto setting LIKE, SHARE & KOMEN kat post iklan hangpa tu tapi memang 100% menggunakan tenaga manusia untuk buat semua tu. Kira bukan robot yang berkerja jauh sekali guna khidmat saka maka bagai.. Memang semua yang like, share & komen post iklan hangpa adalah manusia biasa.

Dengan cara tu la akan menaikkan engagement yang membolehkan iklan hangpa cepat tersebar di serata alam maya. Kenapa perlu naikkan engagement pada post? Contoh kalau sorang like, share &komen kat post iklan hangpa tu.. Benda tu akan naik kat news feed FB kawan kawan dia yang lain yang mungkin bukan di kalangan friendlist hangpa. Bila dia nampak iklan produk hangpa & dia rasa best dia like/komen atau share.. benda tu akan terpapar pulak kat news feed kawan2 dalam friendlist dia. Maknanya sorang LIKE/SHARE/KOMEN.. maybe dalam 100 atau lebih kawan kawan dalam friendlist dia nampa.. Jadi benda tu yang membantu iklan produk hangpa lebih cepat tersebar. Bayangkan yang LIKE/SHARE/KOMEN lebih dari 500?? Mesti lagi ramai orang nampak post hangpa tu.  Bila dah tersebar itulah di namakan VIRAL yer anak anak... Kalau tak tersebar kepada ramai orang bukan VIRAL namanya ok! Bila dah tersebar.. Itulah peluang untuk anda buat sale.


Antara lain faedah yang mungkin anda dapat adalah boleh naikkan follower & Like page jugak. Yelah.. post yang di viralkan direct dari post di personal facebook atau FB page anda sendiri. Bukan dari page crew viral. Sebab tu banyak kelebihan yang anda dapat.



Antara kelebihan lain guna servis iklan dari crew viral ni adalah.. Bila hangpa dah habis tempoh beriklan dengan team Crew Viral.. Hangpa boleh gunakan post yang sama untuk repost balik iklan tu ke group2 & page yang pernah di share oleh team crew viral semudah dengan guna satu applikasi yang hangpa boleh dapat secara percuma kat playstore. Selain tu kalau hangpa nak continue dengan Fb ads pun rate dia jadi rendah.. Ada yang lepas guna khidmat iklan viral dari crew viral bila dia buat fb ads guna post yang sama.. rate dia serendah RM0.01 sehari. Murah giler tu beb!


Jadi pada online seller.. Tak kira la anda founder ke, Agent ke, stokis ke, dropship sebagainya.. Memang kena cuba servis iklan viral dari Crew Viral ni. Alhamdulillah ramai dah yang berjaya menggunakan servis ni. Hangpa tak mau ka? Nak berniaga kena berani cuba & rebut peluang OK

Setiap bulan memang tak sampai hujung bulan Slot iklan depa selalu full Book.. Jadi kalau hangpa berminat nak try Book la awai awai yer...

Update : Servis Viral ini sudah tidak beroperasi. Harap Maklum

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com