DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. INI YANG PALING MENAKUTKAN

8/23/2017 11:44:00 AM suria lekatlekit 11 Comments

DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. INI YANG PALING MENAKUTKAN. Tu dia.. dia buka diari dah bersempena kena saman katanya. Yalah.. Benda ni mungkin boleh di jadikan rujukan masa depan. Kenangan sepanjang berblog katanya. 2017 menyaksikan bagaimana seorang blogger puaka di saman kerana menulis pendedahan di blog. Pengalaman macam ni pun sangat berguna ok!


Kalau tak kena saman serius hapapun kami tak tau pasal saman sivil. Nak ambil tau sebelum ni rasa macam bukan satu keperluan padahal benda ni sangat penting untuk semua blogger atau yang aktif di media sosial kena tau untuk elak korang di kenakan saman sivil ok! Saman sivil ni senang sangat untuk siapa2 pun failkan janji korang ada bajet la. Setakat nak kira duit syiling dalam tabung nak saman orang tu.. Lupakan je la. Simpan je buat beli jajan sudah. Sebab kos untuk saman sivil ni bukan macam saman parking ok! Takdenya RM30 settle.. Bila kau kena saman, kos paling selekeh pun RM20K - RM35K untuk kau ambil lawyer nak bela diri. Tu pun bergantung berapa lama kes tu akan berjalan sebab kes sivil ni takde spesifik time dia nak habis bila.

Tu tekanan dari segi kewangan.. Emosi pun serius memang menganggu sangat. Dari celik mata sampai pejam mata kau akan terfikir benda tu jer. Macam den ni siang malam fikir cara nak cari dana untuk tampung kos guaman. So kalau hangpa yakin saya menulis perkara yang benar & saya tidak bersalah. Ingin turut sama2 membantu & bagi sokongan moral & material.. Boleh menyumbang terus ke account

Tak kira la sumbangan korang RM5 ke RM10 ke atau lebih dari tu. Malah ada yang sumbang RM1 pun den sujud syukur juga. Jangan pandang rendah kepada sumbangan RM1 tu ok! Kalau 1000 orang sumbang seringgit dah RM1000 ok! Berapa atau apapun sumbangan anda bagi saya sangat membantu. Saja nak bagitau sebab mesti ada yang tanya kenapa tak guna Biro bantuan guaman.. Saya bukan di dakwa atas kesalahan jenayah ok.. Saya kena saman sivil. Tiada bantuan guaman untuk saman sivil. Jadi saya terpaksa cari private lawyer untuk bela diri & memerlukan kos yang tinggi.

Tekanan emosi ni bukan sebab fikir kewangan je.. Fikir kemungkinan lain yang boleh berlaku macam sekiranya di penjarakan ke? Jangan ingat saman sivil tak ada perlaksanaan di penjarakan ok! Ada.. Tak mustahil benda boleh berlaku walau jarang berlaku sekalipun. Jadi benda tu menjadi kerisauan juga bila kita ada anak. Anak pulak kita jaga sendiri 100% dari lahir sampai sekarang. Bagi seorang ibu seperti saya memang saya terfikir andaikata saya di penjara kerana kes saman sivil ni.. Anak saya yang masih perlu perhatian rapi tu gamaknya macam mana lah yer. Biasa la bila ada anak memang kita akan terfikir semua tu termasuk la perkara ni >> 8 Perkara Yang Paling Merisaukan Ibu Bapa.. Kalau Korang Dah jadi ibu bapa korang confirm setuju << Tapi saya selalu kuatkan hati saya.. Insya Allah, perancangan Allah sangat terbaik. Apapun berlaku Allah maha pengasih lagi maha penyayang.

Mula mula mungkin benda ni menanggu emosi saya sangat sangat tapi sekarang Alhamdulillah.. Saya yakin Allah pilih saya ada sebabnya. Saya anggap penulisan saya yang di saman tu sebagai satu khidmat masyarakat. Walaupun banyak lagi blog lain yang juga menulis isu yang sama.. Tapi saya sahaja yang di kenakan saman, saya tak pertikaikan apa apa la. Ini nasib & rezeki saya.. Kena musibah pun rezeki jugak ke? Apa?? Ingat duit masuk dalam account juta juta lemon je ke rezeki Markonah binti Markonen Ooi?? Ujian Allah ni pun rezeki.. Rezeki kita untuk lebih dekatkan diri dengan Allah. Rezeki Allah bagi untuk membantu kita hadapi dugaan yang dia bagi.. Rezeki juga tu wei... Jangan ingat tak ada rezeki yang masuk dari musibah yang menimpa. Ada ok.. Yang den bayar lawyer sekarang tu rezeki yang Allah bagi melalui musibah ni jugak. Bersangka baik dengan Allah selalu.. Insya Allah yang datang tu baik baik saja.

Apapun perkara yang buat saya rasa takut & risau tapi saya atasi dengan sentiasa Fikir.. Kuasa Allah tu lebih besar dari kuasa makhluk dia yang bernama manusia jadi perlu ke saya jadi terlalu takut sampai saya nak menyembah manusia? Kadang2 sebab masalah kewangan.. Ada yang buat saya seperti tak ada harga diri.. memperkecilkan hak saya.. menindas saya.. Hanya kerana saya tidak mampu. Tapi tak apa.. Just biarkan mereka bersama pari pari dunia.. Saya akan terus berjuang dengan senjata Doa & usaha. Bagi yang ingin membantu teruskan membantu, yang cuba membuntu.. teruskan la cuba membuntu. Tapi saya akan terus berusaha selagi saya ada daya & selagi Allah menginzinkannya.

Saya cuma seorang manusia biasa.. Mengharap pertolong dari Allah & dari semua pihak. Sekurang kurangnya saya dapat kumpul dana yang cukup bagi menampung kos guaman saya. Harap sangat ramai yang akan hulurkan tangan ringankan beban. Jangan sampai saya muncul dalam rancangan Bersamamu TV3 ok.. Nanti korang yang tak boleh tahan nangis. Jadi untuk elak korang menangis tersedu sedan depan tv.. Jom la sama2 bantu saya. Bersedekah tidak membuatkan kita jadi miskin.. Even saya dalam kesusahan pun saya masih percaya sedekah itu pembuka pintu rezeki & pembuka jalan penyelesaian kepada masalah. Jom bersedekah.

11 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com