KISAH SERAM BERLAKU DI GERAI DALAM KOMPLEKS KERAJAAN JALAN DUTA

26.8.17 Suria Lekatlekit 1 Comments

KISAH SERAM BERLAKU DI GERAI DALAM KOMPLEKS KERAJAAN JALAN DUTA. Setelah agak lama segmen seram serik lekatlekit tenggelam timbul.. Kini Tora datang lagi dengan kisah seram yang pernah berlaku di kawasan gerai dalam Kompleks kerajaan Jalan Duta. Hangpa rindu kan dengan cerita seram kami.. Mesti hangpa ingat kami dah resign tulis kisah seram lepas kena saman. Kami dah tak ada mood nak menghiburkan hangpa dengan cerita cerita seram.


Mana ada...  tu takde kena mengena dengan kes saman kami ok! Yang saman tu.. Usaha, Doa & Tawakal je la. Allah sebaik baik tempat untuk mohon pertolongan. Jangan risau kami tak guna saka untuk fight kat mahkamah na.. Hahahaha..

Nasib baik la adik den dah berhijrah balik kedah. Kalau tak dulu dia memang kerja kat kompleks kerajaan Jalan Duta tu.. Lama jugak la lepas 6 bulan habis belajar terus dapat kerja kat situ. Sebab depa interview sebelum grade lagi kan.. Di sedut masuk terus gomen katanya. Senang tak payah nak print resume banyak - banyak dah. Ni kalau dia masih kerja best jugak momok momokkan dia hahahaha..

Kisah ni bukan berlaku sekarang tapi dalam tahun 90an dulu. Dulu katanya kompleks kerajaan Jalan Duta ni bukan macam sekarang. Kat bahagian gerai makan tu dulu katanya cuma dalam bawah satu bumbung besar yang boleh muat dalam 50 Gerai. Time tu masjid wilayah pun belum wujud.. Tak payah tanya batu batu nak buat pembinaan dia time tu dah order ke belum.. 

Dulu katanya ada satu je kompleks kat situ. Jalan shortcut nak ke segambut cuma jalan kampung yang selalu becak & berair. Kawasan tu di kelilingi hutan pokok getah. Staff2 yang kerja kat kompleks tu kalau nak pergi makan kena turun cerunan yang agak curam untuk ke gerai2 makan. Belakang gerai pulak hanya ada bukit yang penuh hutan. Bukit tu sekarang di bina Kompleks Mahkamah tinggi. 

Tu mengambarkan suasana dulu kat kawasan tu supaya hangpa semua boleh membayangkan bagaimana seramnya kawasan tu bila tiba malam hari.. 

Dijadikan cerita seram masa tu.. Sekumpulan anak muda yang kerja kat gerai di situ. Depa ni bukan gelandangan tapi depa malas nak sewa rumah. Depa suka lepak ramai2 kat kawasan gerai tu.. Tidur,mandi makan, kerja berehat semua kat situ la. Sebab kat situ prasarana semua cukup. Toilet, bilik air, surau semua ada. Bila malam depa buat partition guna stall tu untuk jadikan macam bilik kemudian tutup jer dengan plastik biru.

Selama depa bermastautin kat situ memang macam macam kejadian seram berlaku.. Katanya tempat tu keras. Bukan sebab lantai dia simen ok! Jangan loyar buruk sangat.. Situ dah ada mahkamah Tinggi satgi see u court ok sebab loyar buruk dengan admin lekatlekit.com hahahaha... Menurut cerita kat situ pernah berlaku pembunuhan. Kat atas bukit yang sekarang di jadikan Mahmakah. Elok la tu siang manusia bersidang malam hantu pulak take over untuk perbicaraan kes pembunuhan dia hahaha. Katanya yang di bunuh tu bangsa India.. mamat2 ni haram tak tau apa2 sampai polis datang buat siasatan. Mayat pun dah berbau sebab dah mati lebih kurang 3 - 4 hari.

Tapi katanya sebelum kejadian pembunuhan tu pun dah biasa terjadi benda yang tak best kat situ. Pernah salah seorang mamat yang bermastautin ramai2 kat kawasan gerai tu terserempak dengan lembaga yang menyerupai seorang perempuan berpakaian putih dok merayap kat kawasan gerai tu. Dia nampak jelmaan tu dalam samar2 lampu kalimantang.. rupa tak nampak katanya sebab tutup dengan rambut. Tapi dok perhati kearah dia.. posisi dia pulak sekejab kat tiang depan.. sekejab kat tiang tepi.. dah macam main rebut tiang macam kat sekolah dulu pulak. Cuak jugak la kan..

Tu salah satu kejadian.. Ada lagi. Ada satu malam depa lepak ramai2 sambil main gitar. Almaklum masa tu zaman Rock Kapak. Nyanyi terpekik terlolong la. Takdak sapa nak marah. Depa ja yang ada kat situ.. Dalam suasana yang meriah karipapusing ala2 macam konsert gig tu tetiba salah seorang dengar suara budak menangis. Dah sapa pulak buang anak memalam buta.. bila depa check balik.. mana ada budak kecik dengan depa. Bunyi tangisan budak tu lama kelamaan bertukar jadi garau & kuat. Dia pun tak mau kalah.. Nak rock juga. Menurut cerita suara tu ala2 suara mak lampir. Bila dia cari.. Suara tu katanya datang dari arah atas bumbung gerai. Masing masing dah kecut satu badan.. Slow2 bawak diri pergi tido memasing walau nak lelap pun susah. Gila kau.. buatnya pejam mata tetiba dok peluk kat sebelah.. Mau kejung kat situ. Bangun pagi sapa yang paling pucat semalam kena bahan la..

Tu bukan kejadian terakhir.. Ada lagi kejadian yang mampu buat tercabut jantung. Nak2 berlaku pada malam jumaat kan. Dalam pukul 2 pagi macam tu la.. Sambil depa dok lepak main kad.. ada jugak dok main gitar & ada yang dok menyembang kat luar. Masing2 kat port memasing.. ada yang dalam bilik (stall2 yang di cantum jadi dinding & di tutup dengan plastik biru).. ada kat luar gerai. Suasana meriah juga la walau dah pukul 2 pagi..Ni spesis tak bagi change langsung kat jin jin nak berjimbaraya.. depa bolot habis siang malam. Mana tak hangin makhluk tu kan..

Sedang dok asyik main kad tu tetiba salah seorang terbau wangi.. Wangi dia memang wangi giler.. Minyak wangi Dexandra pun tak boleh lawan dia punya kuatnya. Jadi ter pause sekejab la aktiviti depa kat situ. Dalam pada masa yang sama kat luar dengar bunyi mengilai macam yang pernah depa dengar sebelum ni.. Time tu memasing jadi macam pohon semalu kena sentuh.. kecut habis. Bulu roma tu tak payah cakap.. berdiri tak duduk2 dah..

Dalam celah bedah dok mengilai tu.. tetiba dengar pulak bunyi angin ribut yang kuat sangat berserta hujan yang lebat. Yang duduk dalam port main kad tadi tak ada sapa berani keluar. Background muzik bunyi perempuan mengilai pun tak habis habis.. Di tambah ngeri lagi bila plastik biru yang menjadi penutup tempat dorang tu.. di tepuk tepuk dari luar.. sekejab kiri sekejab kanan, kejab tepi, kejab hujung.. kira dia tepuk tiap sudut yang ada.. Try hangpa imagine.. hangpa terkurung dalam port tu.. kat luar hujan lebat di iringi dengan suara saparano yang dok mengilai tak henti henti.. di tambah dengan bunyi tepukkan kat plastik di sekeliling port hangpa duduk.. Tak payah cakap besar ok boleh makan megi macam tak ada apa apa berlaku. Silap haribulan ada yang di serang sawan kat situ..

Dekat 10 minit jugak benda tu berlaku.. Bila semua kembali reda, salah seorang cuba beranikan diri jengah kat luar. Apa yang dia lihat.. Memang mengundang.. Gila wei.. Kat luar tak ada apa2 pun yang berlaku. Tak ada ribut, tak ada hujan.. malah bekas lepas ribut atau hujan pun tak ada. Bermakna memang hujan & ribut yang depa dengar tadi tak berlaku pun.. Maka depa keluar dari tempat tu & tanya mamat yang main gitar untuk kepastian. Memang confirm takde hujan apatah lagi ribut.. Malah yang kat luar asyik main gitar & menyembang semua tu kata tak dengar pun bunyi mengilai ke hapa. Masing2 pelik, cuak & tak terkata juga masa tu

Sampai sekarang menjadi misteri.. Apa yang berlaku. Alah.. tak payah misteri sangat la bang.. Dah nama pun mistik memang perkara yang berlaku di luar logik akal.  Kalau yang logik semua tu sains bukan mistik hahahaha...

Apapun kalau abang abang yang melalui pengalaman tu masih ada nyawa kat dunia ni.. Mungkin peristiwa tu akan kekal dalam ingatan depa sampai bila bila. Tapi dah nama lelaki.. Kena kacau pun still juga bertahan kat situ.. Tapi tak tau sampai bila la depa berumah bujang kat kawasan gerai tu. Gamaknya sampai masing2 bertukar kerja atau jumpa jodoh la kot. hehehehe

Moral of the story.. Lain kali jangan bergelandangan kalau mampu sewa rumah atau bilik. Kan dah kena berjiran dengan hantu hehehehe

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *