RAMAI YANG GEMBIRA DENGAN PENGUMUMAN PERDANA MENTERI SEMALAM

31.8.17 Suria Lekatlekit 1 Comments

RAMAI YANG GEMBIRA DENGAN PENGUMUMAN PERDANA MENTERI SEMALAM. Tanggal 31 bulan lapan 57... Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 60. Negaraku, Sehati Sejiwa. Rasanya hari ni ramai rakyat malaysia sedang bergumbira bukan sebab sambut hari kemerdekaan yang ke 60 tapi happy sebab pengumuman Perdana Menteri semalam kan.. Ngaku je la.


Macam la hangpa tu patriotik sangat nak excited pasal hari kemerdekaan. Hangpa excited nak tengok bunga api & sambutan kemerdekaan kat Dataran merdeka tu ja... hahahaha... Amboi jangan la marah melawak ja.. Tapi betoi kan? hikhikhikhik.. Tapi yang mana kurang patriotik dalam diri.. Sila sedarkan diri anda meh tengok video ni dulu >> Video Ni akan menyedarkan anda betapa Beruntungnya anda yang berada di Malaysia <<

Cuti & sambutan hari kemerdekaan ni setiap tahun ada.. So takde apa yang rare sangat. Cuma pengumuman perdana menteri semalam semasa majlis penutupan sukan Sea & ambang merdeka tu buat ramai excited sampai lupa habis rega minyak, GST  bagai.. Yelah. Kat Malaysia ni paling orang suka selain dapat BR1M.. cuti la.

Sempena Atlit Malaysia berjaya meraihkan banyak wang emas... ops pingat emas maka Perdana Menteri mengumumkan cuti umum pada Isnin 4 september. Kesian la sapa2 yang dah booking tiket bas balik ke tempat masing masing tak kira la yang bekerja atau belajar pada hari lebih awal. Tapi takpe jangan sesedih.. Balik awal atau tak tetap dapat cuti juga.


Jadi boleh la sambung raya lebih 1 hari kan? Boleh makan daging korban puas puas tapi jangan Selasa tu tetiba banyak pulak yang MC ok... Cukup cukup la tu bercuti. Kau nak bercuti sampai mereput ke camna??

Apapun selamat Bercuti & selamat meraikan hari raya aidiladha.. Cheq tak tau la. Nampak gaya tak sampai kedah kot raya korban ni. Raya kat sini je la sambil menyambung misi mencari dana untuk kos guaman bagi saman sivil yang cheq dapat tu. Manatau hangpa dapat duit raya banyak boleh la sama sama menyumbang untuk cheq na...

BLOGGER YANG DI SAMAN SIVIL KERANA PENULISAN DI BLOG

1 comment:

  1. Salam Merdeka Suria, moga tabah hadapi semua ujian Allah. Insha Allah segalanya baik-baik saja. Moga rezeki mencurah-curah dapat, bolehlah buat bantu ringankan dana utk guaman.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com