SAYA TERPAKSA MENGEMIS UNTUK MEMBELA DIRI

8/13/2017 02:35:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

SAYA TERPAKSA MENGEMIS UNTUK MEMBELA DIRI. Menghadapi saman sivil sekarang saya tahu apa yang paling susah yang kebanyakkan orang biasa tak mampu hadapi iatu masalah kos yang tinggi. Bagi orang macam saya memang anggaran kos yang di beri tu di luar kemampuan la.. Tapi saya sendiri kadang2 tak percaya juga dengan apa yang saya sedang lalui sekarang ni. Terus terang pada permulaannya masa mula mula saya cari bantuan guaman kesana sini.. Saya rasa saya memang tak ada peluang nak membela diri. Sebab nak bela diri saya perlukan peguam.


Ramai yang masih tak tahu saman sivil tiada bantuan guaman dari Biro Bantuan Guaman kerajaan. Mereka cuma boleh bagi khidmat nasihat jer bukan bantuan peguam untuk mewakili kita di mahkamah. Kos untuk guaman bagi saman sivil ni memang takde spesifik.. Kos - kos yang tak di duga pun boleh tetiba ada. Kos pulak mengikut berapa lama kes tu berjalan. Mungkin boleh sampai bertahun tahun. Memang kena bersedia la.. Benda ni sebab berlaku kat saya.. Kalau tak, saya sendiri tak tahu macam2 kos boleh orang minta kita bayar. Kadang2 takde pilihan memang terpaksa bayar jugak la.

Tapi saya mampu sampai ke step sekarang memang satu keajaiban.. Kalau ikut kos memang bukan kemampuan saya nak sediakan tapi tu la kita kena percaya tiada kuasa yang lebih besar dalam dunia ni selain kuasa Allah. Apa saja boleh berlaku dengan kehendak & keizinanNya. Kadang2 kita manusia lebih takut dengan kuasa yang manusia lain ada.. Kita lupa yang menguasi alam ni adalah Allah. Sebab tu kita kadang2 lebih meletakkan harapan pada sesama manusia sedangkan Allah sentiasa bersedia menunggu kita untuk memohon pertolongan dari Nya.

Tapi tu la.. Untuk bertahan sehingga sekarang ni kadang kadang rasa dah macam pengemis.. Minta tolong sana sini. Mujur la saya berada di zaman media sosial.. Benda tu memudahkan sedikit usaha saya untuk mencari bantuan sebab saya ada keterbatasan pergerakkan. Tapi tetap benda ni memerlukan kerja keras. Dengan duduk & menaip rintihan je takkan mengubah apa apa.. Kita boleh mohon simpati tapi dalam pada masa yang sama kita kena tunjuk juga kita berusaha keras untuk mencari penyelesaian.

Sampai sekarang saya masih tak mahu berputus asa & sentiasa berdoa agar Allah jangan biarkan terdetik rasa putus asa dalam hati saya. Saya yakin ada jalan penyelesaiannya selagi saya berusaha.. Cuma saya masih perlu bantuan & sumbangan dari semua.

Jadi Dengan rendah diri saya harap lebih ramai tampil untuk membantu saya dengan apa cara sekalipun..

boleh juga menyumbang dengan mengambil paid review di blog saya

Boleh email : lekatlekitgurl@yahoo.com

Bagi yang mungkin tak tahu saya menghadapi satu kes saman sivil kerana penulisan saya terhadap satu produk. Setakat tu sahaja saya boleh explain untuk mengelakkan saya di kenakan tindakkan lain. Disini bukan saya nak bercakap tentang siapa atau apa - apa saya cuma ingin mencari sumbangan agar saya dapat membela diri dengan di wakili peguam.

Saya tahu ada di antara kawan kawan di media sosial yang macam takut je kalau saya post mohon sumbangan. Jangankan nak like atau share.. Nak komen pun dia tak nak. Jangan risau saya tak paksa untuk sesiapa sahaja bantu bagi sumbangan berbentuk kewangan ni. Sapa rasa ikhlas untuk membantu silakan.. Yang rasa tak boleh bantu, sikit pun saya tak kecil hati. Saya faham ini masalah saya.. Saya tak boleh bebankan pada orang yang tak sudi untuk berkongsi masalah dengan saya.

Saya harap masih ramai yang akan membantu. Tak perlu menderma dalam amount yang banyak kalau tak mampu.. ada yang menderma RM5 pun saya rasa syukur sebab kita tak tahu mungkin asbab dari sedekah anda tu memberi sinar harapan yang besar pada saya.

Jasa baik anda moga Allah balas dengan seribu kebaikkan.

8 comments:

  1. semoga allah permudahkan semuanya untuk cik suria...
    Banyakkan berdoa ya .. dan insyaallah ramai yang akan dtg membantu ...

    ReplyDelete
  2. Semoga terus dipermudahkan kak Suria.. aaminn

    ReplyDelete
  3. moga urusan suria dipermudahkan...Allah akan bersama hambanya yg teraniaya...

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan

    yanmie
    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  5. Salam sis, blh kak tau, kes ni sdh selesai ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambat lagi sis nak habis.. belum masuk perbicaraan. Baru prosiding biasa kat mahkamah.. maybe tahun depan baru masuk perbicaraan

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com