TAK MELEKIT TAPI MELEKAT (ADNI HANNAH LIP MATTE LIP CREAM)

8/10/2017 11:30:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

TAK MELEKIT TAPI MELEKAT (ADNI HANNAH LIP MATTE LIP CREAM). Tu dia.. menatang apa pulak tak melekit tapi melekat.. Kelucahan apakah ini?? Kau jangan lekatlekit kau nak kena ban ke dok melucah tak ketahuan hala kat blog ni.


Pejadahnya dok melucah pulak.. Asal sebut melekat lekit je semua dok bayang benda lucah.. Ni rasa nak merajuk sampai tutup blog ni. Tak baik tau buruk sangka kat kami. Kami tak melucah apatah lagi meludah. Kami nak cerita pasai lipsetik bak kata Manisah watak dalam drama Mak Cun tu. Almaklum orang pompuan katanya.. Lipsetik (lipstik) dengan bibir depa tak dapat di pisahkan. Tak dak lipsetik kat bibir depa hilang seri wanita gitu hehehe. Harus calit calit juga lipsetik katanya.


Macam macam jenis pewarna bibir kat pasaran.. Ada orang suka pakai lipgloss supaya bibir depa nampak lembab, lembut & segar & ada orang tak suka jenis glossy ni sebab depa kata tak selesa rasa basah & rasa melekit. Depa suka jenis matte juga nampak kering, menyerlah, melekat dan tidak melekit.

Tiga warna yang memang menepati citarasa ku hehehe

Kalau yang jenis suka lip matte ni wajib la cuba ADNI HANNAH Lip Matte Cream ni. Menepati semua ciri ciri yang hangpa nak. Selesa di pakai, tidak menyebabkan bibir pecah & kering walau dia jenis matte pun. Warna dia pulak memang cantik. Sangat sesuai untuk spesis perempuan yang suka menyerlah & berani ok!

Specialnya Lip Matte Cream ni adalah..

Tahan lama
Tak melekat di cawan
Tak mengeringkan bibir
Mudah ditanggalkan
Halal-tiada alkohol,tiada animal part
Saiz mini-muat masuk purse & senang di bawa
Wangi dengan haruman vanilla

Satu lagi nak bagitau Lip Matte cream ni bau dia memang sedap. Menyelerakan je bila letak kat bibir. lagi satu senang nak membentuk bibir guna lip matte ni. Nak pakai pun cepat tak perlu ambil masa yang lama untuk buat sapuan ke bibir.

Hasil gabungan dua warna dari Adni Hannah Lip Matte Lip Cream. Nampak kat ada 2 tone kat situ hahaha

Harga tak mahal mana pun.. Untuk 3 warna (3 picies) hanya RM79. Berbanding harga lipsetik lain. Sebatang pun dah cecah 50++ kan. Ni 3 warna hangpa boleh dapat hanya RM79. Tak ke murah namanya tu. Nak murah lagi hangpa pakai sirap rose je kat bibir hahahaha.

Kalau berminat nak cuba boleh hubungi

Instagram : adnihannahbeauty

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com