YER SAYA TAK ADA DUIT, BERHENTI HINA SAYA

8/07/2017 08:28:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

YER SAYA TAK ADA DUIT, BERHENTI HINA SAYA. Sebelum ni tak pernah rasa sesusah ni sebab bagi saya, saya masih cukup segalanya walau saya tak dapat segalanya. Cukup la.. setiap bulan saya boleh membeli keperluan saya & anak.. Boleh keluar beridah dengan keluarga tapi sekali Allah uji.. Menuntut saya untuk bekerja lebih keras bagi menampung kos guaman akibat dari saman sivil yang di kenakan ke atas saya, Ya Allah terasa begitu susahnya hidup saya sekarang.


Mereka yang tahu saya tiada kemampuan dari segi menyediakan kos yang besar seolah olah memandang hina pada saya. Tapi saya tetap pilih fokus pada masalah bukan pada mereka yang memberi masalah atau nak menambah masalah. Sekarang saya bekerja walau berkaitan dengan penulisan tapi lebih extra dari biasa. Saya buat dropship untuk servis viral, saya mengambil upah menulis di blog lain, menulis artikel untuk blogger lain, menulis review di blog saya sendiri. Sebab itulah skill yang saya ada setakat ni.. Saya cuba buat dropship jual barang tapi bukan dalam kemahiran saya..

Walau saya banyak ignore tapi bila terdengar penghinaan orang sebab masalah kewangan saya.. Seolah olah memandang saya si miskin yang hina, Tipu la kalau cakap. I'm ok.. Takde rasa apa pun. Boleh buat peace buat derk..  je kan. Hati cheq pun hati manusia bukan hati ayam.. Tapi tu la walau sedikit terkilan tapi benda tu tak buat saya rasa down atau nak menangis berguling guling macam dalam filem tamil. Nak guling2 pun dalam rumah ni tak cukup space. Guling2 takut tergolek terjun tingkat 9 je, terus kena fitnah mati bunuh diri sebab tertekan dengan kes saman. hehehehe

Walaupun upah dari penulisan saya tak seberapa.. Tapi saya tetap berusaha juga la mengumpul sebanyak mungkin agar dapat membayar lawyer dari masa ke semasa. Tu penentu masa depan saya. Nak tak nak saya kena bela diri jugak. Kalau ada yang simpati nak menyumbang seringgit dua membantu.. memang saya sangat harapkan.. Boleh je bank in senyap senyap masuk terus ke account maybank saya

Atau nak menyumbang dengan mengambil review di blog saya pun boleh. Sila hubungi

email : lekatlekitgurl@yahoo.com  
Facebook : Suria Lekatlekit
Bagi nak membantu, kecik tapak tangan saya, tolong pinjam jab tapak tangan siapa2 yang lagi besar saya tadahkan. Tapi bagi yang rasa tak nak membantu takpe.. Cuma jangan membuntu & jangan la menghina saya. Saya touching ok... Jangan sampai saya menangis sambil buat live kat Facebook!

Apapun selain sumbangan.. saya juga perlukan doa dari semua. Moga dengan doa doa anda dapat membantu memberi sinar harapan buat saya. Saya yakin kuasa doa itu lebih hebat dari kuasa bom nuklear apatah lagi setakat Boboiboy kuasa 3... Jadi tolonglah doakan untuk saya. Doakan yang terbaik bukan yang terbalik yer. Salam sayang dari lekatlekit.. Muach sikit kat dagu.

P/S : biar ada sense of humor dalam penulisan saya tapi ketahuilah betapa saya memerlukan sumbangan & pertolongan semua. Kes mahkamah bukan satu gurauan.. Tanpa pembelaan saya akan di jatuhkan hukuman tanpa perbicaraan. Jadi saya perlu membela diri dengan apa cara sekalipun.

10 comments:

  1. Bertabah su...semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  2. Usaha tangga jaya. Nanti akan dtg bantuan tu, in Sha Allah.

    ReplyDelete
  3. hai sis suria, dari haritu follow kes akak. Harapnya dipermudahkan urusan akak untuk kes ni. Insya-allah usaha akak akan terbalas. Be strong akak. Saya doakan yang terbaik untuk akak :)

    ReplyDelete
  4. Membaca artikel ini saya mengalami dua perasaanl

    1 sedih kerana berempati
    2.lucu kerana penulisan yang menghiburkan.

    Bukan bermaksud saya tidak tidak kisah..

    Saya sangat bersimpati.. tetapi saya mahu suria mempunyai hati yang kuat.

    Gerek saya pesan.. Minta doa untuk dapatkan hati yang kuat

    ReplyDelete
  5. Dimana ada kesabaran di situ ada kebaikkan... terus berusaha... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  6. Yakin,pasti ada sinat dihujungnya nanti.

    ReplyDelete
  7. teruskan bersabar sis..in sha Allah ada rezekinya..

    ReplyDelete
  8. Tolong Semua...
    Bantu Suria...
    Beliau adalah insan lemah....
    Tak mampu menanggung sorang...

    Jom pakat bantu sekadar termampu....
    Apa jua bentuk tetapi jangan dihina.

    Saya doakan asuria tabah dan memperolehi kemenangan dalam kes saman sivil di mahkamah.

    ReplyDelete
  9. Insyallah tabah dalam dugaan hidup..

    ReplyDelete
  10. In Sha Allah kak pasti ada jalan...semoga urusan akak dipermudahkan

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com