JOM CHECK AIR KENCING ANDA WARNA APA?

9/30/2017 12:16:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

JOM CHECK AIR KENCING ANDA WARNA APA? Tu dia hari ni nak cerita pasal air kencing pulak. Tapi bukan nak cerita kena 'kencing' ke hapa.. Nak kupas kupis isu warna air kencing. Air kencing pun boleh jadi topik yer.. Apa ingat air kencing tu tak membawa apa2 kepentingan dalam hidup ke? Setiap apa yang Allah jadikan itu tiada satu pun yang sia sia & pasti ada seba musababnya.



Hari ni hangpa dah kencing ke belum? Ni bukan kencing kawan ke sapa.. Maksudnya membuang air kecil yer... Kalau ada yang cakap belum confirm dia masih mengeram atas tilam tak bangun bangun lagi. Kencing pertama saya hari ni subuh tadi lagi. See i bangun awal ok.. cuma lepas solat subuh sambung tidur balik. Almaklum weekend je boleh buat macam tu. Weekday jangan harap la boleh. Besa la rutin mak mak katanya hahahhaa.

Yang mana dah kencing tu hari ni kencing hangpa warna apa? Jangan ada yang jawab warna pelangi.. Tu tanda tanda nak pulang kerahmatullah hahahaha. Ok ok.. malas nak dengar jawapan loyar buruk hangpa meh kita sama sama check. Apa maksud di sebalik warna air kencing hangpa tu. Let's check it out kaki kencing... hahahahaha

 Tak berwarna atau jernih 
Tu tandanya over sangat minum air putih @ air masak. Minum banyak air kosong pun tak boleh juga sebab boleh memudaratkan kesihatan jadi kurangkan pengambilan air putih & ambil dalam sukatan yang di perlukan sahaja
 Kuning pucat 
Yang ni selamat sebab kategori normal urine walau kuning pucat. Pucat tak semestinya tanda nak mati ok. Kuning pucat pada urine membawa maksud hangpa tak mengalami dehidrasi & buah pinggang berfungsi dengan baik.

 Kuning tua atau coklat 
Ni pun kategori masih normal jugak tapi kena tambah sikit pengambilan air putih tu. Sebab semakin gelap warna urine tu membawa maksud kena lebihkan ambil air putih.

 Pink kemerahan atau merah 
Kencing warna Pinkis2 ni tak berapa baik sangat la walau orang sekarang gila nak dapatkan kulit pinkish kekonan nak nampak macam retis korea. Warna urine macam ni di sebabkan beberapa perkara seperti faktor makanan, penyakit yang ada pada hangpa contioh batu buah pinggan, prostat, jangkitan atau penyakit lain. Kalau merah tu selalunya darah so tak payah tunggu sampai esok.. pi la buat pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital

 Hijau atau biru 
Jarang la orang nak kencing warna warna macam ni kan? Tapi tak mustahil kalau anda mengalamai penyakit eperti porphiria, jangkitan hati atau penyakit lain akan keluar urine berwarna hijau atau biru. Jangan ingat kencing bercampur water color pulak ok.. Jadi siap lelaju pi jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut bagi mengenalpasti puncanya.

Jadi yang mana belum kencing hari ni cepat pergi kencing tengok kencing hangpa warna apa? Yang mana dah kencing boleh la kenalpasti apa masalah mengikut warna dari kencing korang. Kalau rasa macam ada yang tak kena.. Tak payah nak fikir panjang sangat. Pergi la buat check up ok!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MANGSA PRODUK JAMU KETAT 'INSERT DALAM TUT' MENDERITA SEBAB LUBANG TERTUTUP

9/29/2017 02:59:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

MANGSA PRODUK JAMU KETAT 'INSERT DALAM TUT' MENDERITA SEBAB  LUBANG TERTUTUP. Minggu ni gamaknya minggu menulis berbagai pendedahan untuk masyarakat je kan.. Takpe la itu je yang dok datang sebagai sumber untuk menulis. Lagipun isu ni bagi saya memang patut di dedahkan. Kenapa perlu takut? Kita nak bagi kesedaran & menyelamatkan orang lain.. Takkan salah kot kan? Pasal tajuk tu.. Bukan la nak melucah ke hapa.. Tapi itulah gambaran dari apa yang bakal di dedahkan. Biar hangpa seriau sikit. Kalau dak tak serik serik sumbat dalam tut hangpa tu benda bukan bukan. Apa hangpa ingat tut hangpa tu gobok ka hapa. hehehe

Gambar sekadar hiasan

Di pendekkan mukadimah sebab satgi cerita dia confirm panjang.. Saya terbaca satu posting berbentuk pendedahan yang di share kat media sosial oleh seorang wanita pengalaman dia guna jamu 'insert' ni. Sila baca yer.. panjang lebar kami taip balik bukan copy paste ok..

Kisahnya cik akak sorang ni dia guna satu produk jamu yang jenama ni kalau sebut memang orang kenal la. Tapi tak payah la kita petik produk siapa & brand apa. Apa yang di sampaikan untuk pengajaran semua kaum wanita di luar sana.. Semoga ambil iktibar dari kisah ni..

Cik Akak ni katanya sebelum ni dah guna Feminim wash dari jenama produk jamu tu la tetiba terasa pulak nak try jamu insert insert dalam tut tu sebab dia ada masalah keputihan. Produk ni memang kau perlu sumbat masuk dalam tut kau yer.. Menurut cerita cik akak tu. Nak lebih berkesan lepas kau sumbat kau kena 'Bersama dalam kelambu' dengan suami.

3 biji dia dah sumbat, keluarlah keputihan walau dia tak bersama suami dia lagi. Time tu boleh lagi masuk jari & korek keluar segala mak nenek dalam tu. Tapi memang katanya rasa ketat la sebab masuk jari sendiri pun rasa susah. Terasa sempit terkepit kat tut tu.

Katanya hujung minggu dia insert lagi untuk bersama suami. Yelah.. konon yang di canang pengedar nak lagi effective kena bersama suami tapi tak sangka itulah permulaan bagi semua malapetaka dalam hidup dia. Selepas dah ehem hem dengan suami tu dia cuba korek guna jari nak buang kononnya kotoran dalam tut tu. Tapi time dah tak boleh nak korek. Masuk jari pun dah tak boleh. Memang totally gam terus kat 'hole' tu. Gam ok bukan ketat dah.. takde lubang dah kalau bahasa kasar dia.

Time tu la dia mula rasa sakit, berdiri tak kena, berjalan tak kena, duduk tak kena, baring pun tak kena. Pendek kata buat apapun tak boleh nak hilangkan rasa sakit tu. Sebab bila kencing dia rasa sakit sangat maka dia terpaksa pergi klinik tapi time tu memang dah serius sangat sakit.

Masa dia merujuk dia private clinic doktor try cuci & nak masukkan jari.. Pun tak boleh. Memang dah terkambus la kot.. Melekat dari luar faraj tu. Hangpa bayangkan situasi tu.. Na'uzubillah.. Minta simpang la jadi macam tu kan. Sampai dia nak berjalan pun tak boleh. Dah macam orang dalam pantang. Sakit tu tak payah cerita la kan.. memang sakit yang tak boleh nak gambarkan macam mana.

Doktor private clinic bagi dia surat refer terus hospital sebab doktor kat situ tak boleh paksa untuk buka balik lubang yang dah bagai kena gam gajah tu. Kalau paksa mungkin akan berlaku pendarahan. Malam tu katanya dia berendam la dalam besen, letak baby oil bagai dengan harapan boleh la di keluarkan segala alien dalam tut dia tu tapi tetap tak boleh cuma yang melekat bahagian luar tu je boleh tanggal. Mungkin sebab dia berendam dengan air & baby oil tu benda tu jadi lembut & kembang cuma yang kat dalam je tetap tak boleh keluar.

So dia refer ke hospital serdang jumpa gynea time tu doktor buat operasi korek secara paksa. Memang berdarah la & banyak kotoran yang keluar termasuk plastik. Doktor macam tak percaya dia insert cuma sebiji tablet jamu tu & doktor sendiri tertanya kenapa ada plastik dalam anu dia. Macam macam kena soal.. produk tu di perbuat dari apa bagai.. Sebelum ni insert doktor tanya ada keluar plastik tak.. dia jawab la takde tapi bila doktor yang korek keluar plastik. Memang mistikus sungguh kejadiannya kan..

Doktor bagitau dia banyak sangat & akan cuba keluarkan. Masa proses nak korek semua tu of course la sakit. menangis, menjerit, gigit tudung, peluk bantal semua adegan tu ada la menahan sakit yang teramat sangat. Nak2 katanya tak pernah beranak normal.. semua czer maybe dia tak pernah rasa sakit yang teramat kat bawah tu.

Bila dah berjaya dia keluarkan.. alangkah terkejutnya dia bila ada macam plastik putih dah keras. Panjang dalam 2 -3cm & kotoran yang dah jadi berketul ketul.

Lepas operasi membuka kembali lubang yang terlebih ketat sampai terkambus tu doktor suruh dia pantang bersama suami 1 bulan atau sampai datang period sebab katanya tisu dia dah rosak sebab benda tu melekat macam gam kat dalam tu. Doktor ada bagitau memang agak susah nak keluarkan tapi dia cuba untuk cuci habis harap memang dah tak ada apa2 kat dalam tu. Yang paling penting doktor nasihatkan dia jangan 'insert' apa2 lagi kat dalam tu. Nak ambil ubat masalah keputihan tunggu sampai next period.

Atas pengalaman ngeri yang di hadapi.. dia nasihatkan la supaya mana2 yang mengamalkan produk 'tet' tu supaya berhenti guna. Sampai sekarang katanya masih sakit terutama masa kencing

Maaf la saya terpaksa hide nama produk. Biarlah KKM buat siasatan & dedahkan. Cuma pendedahan ni nak bagi pengajaran pada kaum wanita yang obses sangat nak ketat sampai terjerut ni. Tak kira la apa jenama produk pun tapi kalau yang insert2 tu.. berhati berhati nak nak guna. Kalau boleh tak payah la. Dalam kita punya tu sangat sensitif mudah terkena jangkitan. Nak buat apapun minta nasihat doktor dulu. Bukan minta tunjuk ajar seller yang memang tak pernah ada basic dalam medical apatah lagi ada kelulusan dari bidang tersebut. setakat pergi seminar je..

Kadang kadang bukan laki tu demand pun cuma tak tau la.. Certain pompuan ni dia sendiri rasa macam laki dia kisah. Alat sulit kita cuma perlu jaga dengan bersih jer. Insya Allah sihat la dia. Kalau kurang penjagaan tak kira dari segi pemakanan atau kebersihan memang la akan jadi macam macam masalah termasuk la longgar, berbau, keputihan bagai.

Jamu ni sebenarnya kita boleh buat sendiri kat rumah.Lebih terjamin kebersihan & bahan bahan di gunakan sebab kita tahu apa yang kita letak dalam tu. Jamu yang di jual berleluasa sekarang ni terutama secara online kebanyakkan OEM produk.. letak nama brand & jual jer. Depa boleh claim dari herba semulajadi bla.. bla.. bagai.. Tapi selagi tak ada bukti produk tu dah di analisa dari pihak yang di iktiraf, wajib ragui.

Moral of the story.. Jadilah pengguna bijak. Jangan ikut nafsu serakah.. Kalau ketat sampai terjerut macam ni nikmat apa yang hangpa dapat? Kau tengok laki kau pun hilang selera kalau dah sakit macam tu.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PENDEDAHAN BERANI MATI KENAPA SUPPLEMENT PUTIHKAN KULIT BAHAYA

9/29/2017 09:21:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

PENDEDAHAN BERANI MATI KENAPA SUPPLEMENT PUTIHKAN KULIT BAHAYA. Amboi.. rancak sungguh dia buat pendedahan sekarang ni na..  Sampai tak terupdate kisah seram kat blog ni. Yang ni pun pendedahan yang menyeramkan jugak. Terutama kaki kaki produk yang obses nak putih macam kain kafan tu. Tak boleh terima hakikat di lahirkan dengan kulit sawo matang. Nak juga kulit ala2 retis korea.. Baru la KPOP katanya..

Tak payah nak KPOP sangat ok.. Lepas hangpa baca ni confirm mengecut macam Ice-pop. Kaku membeku.. terkesima, tergamam & tidak terkata. bagaikan melihat pontianak depan mata..

Terbaca kat page Dr Rafidah Abdullah #MedTweetMY ada share thread dari twitter Bunny-Chan tentang pendedahan kandungan bahan yang ada dalam produk supplement pemutihan kulit. Rasa benda ni sangat penting untuk orang lain tahu maka.. Atas keprihatinan lekatlekit, meh kita isi isu ni dalam segmen khidmat masyarakat lekatlekit.  Kat bawah hangpa boleh baca threat yang den dah screenshot..







Betul tak apa dia cakap. Tak kira la ambil supplement atau produk skincare macam krim ke hapa.. Kalau yang ada bahan meragukan mesti putih dia lain macam. Tak nampak natural putih dia tu walau pengeluar produk tu dok iklan produk dia dari extrak semulajadi bagai. Setakat claim tanpa bukti sapapun boleh buat. Try tunjuk buat lab test dari KKM ke atau mana2 lab yang di iktiraf tengok. Takat Makmal sains bakar atas sudu sdn bhd.. Tak layan ok! hehehehe. So jangan terpedaya sangat ok.

Moral of the story.. Kita hidup zaman media sosial ni, rasanya tak perlu jadi jahil sangat la kan. Dan tak perlu obses nak putih macam salji walhal kau tinggal kat negara beriklim khatulistiwa & dari keturunan yang memang majoriti kulit sawo matang. Tak salah nak cantik & jaga kulit.. Yang jadi salah bila kau memaksa kulit kau untuk berubah dari yang asal dengan cara yang merbahaya.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AWAS! BUKAN SAJA NAK JUAL PRODUK PERLU ADA KELULUSAN KKM MALAH IKLANKAN PRODUK JUGA PERLU KELULUSAN

9/28/2017 09:55:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

AWAS! BUKAN SAJA NAK JUAL PRODUK PERLU ADA KELULUSAN KKM MALAH IKLANKAN PRODUK JUGA PERLU KELULUSAN. Sebagai seorang blogger yang tak serik serik nak buat pendedahan ni.. Hari ni popeser lekatlekit nak dedahkan pulak pasal produk yang overclaim dalam mengiklankan produk mereka untuk segmen khidmat masyarakat. Benda ni sangat penting ok untuk kita tahu supaya kita tak mewarisi perangai 'Tipah' yang manjang kena tipu tu. Jangan sampai sebab kebodohan kita yang statik dari dulu sampai sekarang orang jual taik idung gentel2 pun kita percaya kata jamu boleh kuatkan tenaga zahir & batin. Sebab tu di Malaysia ada undang undang nak jual atau iklankan produk perlu berdaftar bagi mengelakkan pengguna tertipu.


Mesti ada yang tak tau macam mana di katakan sesuatu produk tu 'Overclaim'. Tak semestinya produk yang tidak berdaftar dengan KKM je yang selalu overclaim.. bersepah yang berdaftar dengan KKM pun overclaim. 

Overclaim ni bermaksud mengiklankan produk mereka lebih dari tuntutan yang di daftarkan di KKM. Contoh la.. ada seorang pengeluar produk.. Dia nak pasarkan produk dia. Dia pun apply la KKM punya pengesahan.. tak kira la MAL ke, NOT ke hapa ker. Dalam tuntutan tu dia cuma daftar untuk minuman kesihatan bagi mencergaskan badan tapi bila dah lulus & dia iklankan produk dia konon minuman tu boleh menyembuhkan kencing manis, darah tinggi bla.. bla.. bagai. Padahal masa daftar tuntutan dia cuma untuk minuman mencergaskan badan je. Atau dia jual produk kecantikkan.. Dia daftar produk untuk penjagaan harian kulit jer tapi dia iklan konon produk dia boleh merawat keradangan kulit, menyembuhkan eczema bagai.. Itulah di namakan overclaim & ia menjadi satu kesalahan ok!

Bagi produk berdaftar, semasa sesuatu produk tersebut didaftarkan, syarikat tersebut perlu menyertakan sekali apakah tuntutan perubatan yang berkaitan dengan produk mereka beserta bukti-bukti yang menyokong tuntutan tersebut. Hal ini akan dinilai dan produk yang telah didaftarkan hanya boleh membuat tuntutan sebagaimana yang telah diluluskan sahaja. Walaubagaimanapun kelulusan tuntutan ini hanyalah pada produk sahaja manakala sebarang urusan pengiklanan perlu mendapatkan kelulusan berasingan daripada Lembaga Iklan Ubat terlebih dahulu. 

Satu lagi kalau nak iklankan produk atau perkhidmatan kesihatan.. macam nak jual ubat atau nak buat servis merawat apa apa penyakit kena ada kelulusan juga ok! Termasuk produk kecantikkan. Apa ingat produk kecantikkan tak kena register ke kalau nak iklan. Kau tak boleh semborono je iklankan produk kau ikut sedap tekak je ok.. Contoh paling senang paham produk Jamu, ubat kuat bagai la.. Tu kategori produk kesihatan.

Semua iklan yang melibatkan produk dan perkhidmatan kesihatan perlu mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU), KKM terlebih dahulu sebelum ianya boleh disiarkan. Iklan-iklan yang telah diluluskan akan mencatatkan nombor kelulusan contohnya KKLIU 0001/2014 pada iklan tersebut. Iklan melibatkan produk kosmetik pula perlu mematuhi Kod Pengiklanan Produk Kosmetik bagi memastikan iklan yang disiarkan tidak mengelirukan atau memperdayakan pengguna. Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 juga telah menetapkan 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan seperti darah tinggi, kanser, kencing manis dan lain-lain

Kebanyakkan iklan iklan produk kat socmed (social media) ni memang takde kelulusan. Tu dia main claim je apa dia rasa boleh menarik minat pembeli. Cheq dulu pun bangang.. Kalau tulis review tu main sedap je ikut apa yang client bagi. Sebab tak tau benda tu jadi kesalahan kalau overclaim. Tapi tak ada manusia terus pandai tanpa melalui pengalaman belajar & bodoh dulu kan.. Jadi cheq maafkan diri cheq yang jahil itu. hehehehe

Jadi yang mana berangan nak jadi 'Founder' even founder sekadar letak brand atas produk padahal dia sendiri pun tak ada tauliah dalam bidang tersebut cuma ada duit jer.. Make sure la anda mematuhi peraturan yang di tetapkan. Nak jual produk pi la hantar buat lab test ka hapa dulu.. Nak pasarkan pun sila daftar & nak iklankan pun tetap kena daftar. Ia berkaitan dengan rezeki anda yang akan jadi darah daging. Kalau anda jual produk memudaratkan orang lain.. Boleh jadi haram sumber rezeki tu. Mungkin kat dunia terkabur keharamannya di mata manusia tapi di akhirat tak ada apa boleh mengaburkan keharaman yang dah jadi darah daging kita.. Wallahualam

Moral of the story.. Semua orang buat silap & melalui zaman jahil tapi masih ada peluang kita mencari gali ilmu untuk perbaiki kesilapan tu dari masa ke semasa selagi ada nafas di dunia ni.

Sumber : Jangan mudah terpedaya dengan iklan ubat

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DOAKAN MAKCIK LANGKAWI DAPAT BALIK RM50 RIBU TU

9/26/2017 04:11:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

DOAKAN MAKCIK LANGKAWI DAPAT BALIK RM50 RIBU TU. Rasanya ramai yang tahu kes skim rumah murah yang di uruskan seorang artis ni.. ramai yang bersimpati & mengharapkan ada keajaiban boleh berlaku supaya makcik ni dapat balik duit RM50K dia tu.. Sedih wei.. Orang tua tu. Maybe duit tu kalau tak dapat rumah pun boleh buat tambang dia naik haji. Takkan sampai akhir hayat nak naik dam haji je kan...


Nak tengok video luahan rasa Makcik Langkawi ni boleh tengok kat post Aktivis PPIM Yusof Azmi 

Tertengok Video di Page Yusof Azmi seorang aktivis & pengarah UTK PPIM seorang makcik dari langkawi yang turun ke KL demi menuntut kembali duit yang di leburkan (heheheh.. di laburkan sebenarnya) Untuk dapat rumah banglo yang konon murah sangat. RM50ribu untuk kos pembinaannya. Pembeli cuma perlu sediakan tapak jer.. Bermakna buat atas tanah sendiri la kot.

Tapak rumah yang siap di bersihkan & di ratakan tu katanya dah tumbuh lalang balik tapi rumah je tak tumbuh tumbuh walau dah bagi benih RM50K. Makcik tu dah merajuk.. dia tak mau dah rumah ka hapa.. Kalau boleh dia nak duit dia je balik. Bukan senang katanya nak kumpul RM50k. Tu hasil duit dia masa bekerja & duit pencen.. Alahai, dengan sedu sedan makcik tu cerita den pun rasa nak tumpang bahu sesapa nak nangis sama.

Cheq paham perasan makcik tu bila terasa RM50K bakal lebur bagaikan bunga bunga cinta layu di pusara tu.. Bukan senang wei nak dapat RM50K. Makcik tu kumpul dari sejak dia bekerja sampai pencen.. Bayangkan la berapa lama.

Sekarang saya sendiri ada masalah kewangan bila kena saman sivil. Kos guaman anggaran RM40K++.. tu kos guaman ja. Kos lain2 lagi yang tak di jangka tak campur. Bila fight kat mahkamah ni menang kalah belum tentu. Kalau kalah nak kena bayar tuntutan tak tau la mana nak cekau duit.. Tapi harap Allah bantu la. Lorongkan jalan terbaik untuk keluar dari masalah sekarang. Kalau itu saja pilihan yang ada.. yakinlah apa yang Allah bagi adalah yang terbaik. Jadi saya faham perasaan makcik tu.. betapa bernilainya RM50K tu pada dia.. sama la dengan sapa2 pun. RM50K bukan RM50 kot

Memang duit tu harta dunia semata mata tapi dengan duit tu maybe dia nak meneruskan kelangsungan hidup siapa tahu. Kita tak tahu kesusahan yang di tanggungnya.. Jadi meh la kita sama2 doakan makcik langkawi tu dapat balik duit dia RM50K tu.. Dan juga mangsa mangsa lain yang mengharapkan duit yang mereka bayar untuk projek rumah murah yang masih di alam ghaib tu di pulangkan. Kesian.. manusia kan tak boleh tinggal dalam rumah ghaib.. melainkan depa kena bersama dengan orang bunian jer. Jadi, yang ghaib biarlah terus di alam ghaib.. Yang duit tu pulangkan yer.. Jangan sampai ada yang jadi pontianak harum sundal malam.. 3 keturunan Marsani pun dia balas dendam. hehehehe

Apapun saya doakan kepada semua yang sedang di landa musibah di beri kekuatan & kesabaran menghadapi ujian hidup. Semoga Allah permudahkan segala urusan.. lembutkan hati hati mereka yang cuba menganiaya anda & di beri pentunjuk dan hidayah Allah sebelum masing masing pulang kerahmatullah. Sesungguhnya Allah menguji hamba hamba yang di sayangi.. Maka mohonlah pertolongan dari Allah SWT...

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AWAS! ADA PENGEDAR GUNA LOGO MESTI PADA PRODUK UBATAN MEREKA & CLAIM SEBAGAI PRODUK MAKANAN. INI SATU PENIPUAN

9/25/2017 10:40:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

AWAS! ADA PENGEDAR GUNA LOGO MESTI PADA PRODUK UBATAN MEREKA & CLAIM SEBAGAI PRODUK MAKANAN. INI SATU PENIPUAN.  Kalau hangpa spesis yang memang suka belek sampai juling sebelum membeli apa - apa prdouk mesti pernah nampak Logo mesti yang banyak ada pada produk. Kebanyakkan pada prioduk makanan, Tak kira la makanan frozen atau supplement (makanan tambahan). Tak pun kat produk2 minuman kesihatan macam kopi bagai tu.. Pernah tengok tak? Kalau tak pernah tengok confirm la hangpa memang tak pernah check langsung produk apa yang hangpa beli betul betul.


Dulu saya pun tertanya tanya juga menatang hapa logo Mesti ni.. Produk mesti beli ke camna? Nampak sangat la tahap pengetahuan masih level tadika katanya. Kerana keinginan nak tahu tu membuak buak.. berombak di dada bagaikan tsunami.. Tak boleh tahan tahan dah bila nafsu ingin tahun sampai di paras bahaya maka kita mengaji dengan en google la sekejab. Apa guna bayar bil internet kalau setakat nak baca blog copy paste gosip hiburan hahaha...

benda ni sangat penting untuk kita tahu sebab ia berkaitan keselamatan kita sebagai pengguna. Setiap pendaftaran KKM tu ada kategori dia.. Macam Notifikasi (NOT KKM) untuk produk kosmetik & kecantikkan.. MAL untuk produk ubatan & MESTI ni kena juga tahu untuk produk kategori mana.. Bukan main tempek je logo sesuka hati.. & nak dapat pengiktirafan setiap logo tu bukan setakat print pada packaging produk. Kena melalui pendaftaran di KKM mengikut terma & syarat..

Jadi jom la kita masuk tuisyen sat kat segmen khimat masyarakat lekatlekit untuk lebih memahami apa maksud di sebalik logo Mesti pada produk..

 Logo mesti pada produk yang kategori makanan ni adalah membawa maksud 

Skim Pensijilan “Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)” adalah satu skim yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M). Skim Pensijilan MeSTI adalah merupakan hasil penambahbaikan dari SK1M bagi memudahkan enterpris makanan terutamanya pihak Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) untuk memenuhi keperluan-keperluan yang diperuntukkan dibawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Melalui pensijilan MeSTI, pihak pengusaha makanan akan dibimbing bagi membangunkan dan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan sebelum pensijilan diberikan. Di bawah program jaminan keselamatan makanan ini, pihak pengusaha perlu membangunkan satu sistem amalan yang terancang dan didokumentasikan beserta rekod-rekod kawalan. Antara elemen-elemen utama didalam program jaminan keselamatan makanan yang efektif adalah kawalan premis, kawalan operasi dan kebolehkesanan (traceability).

Nilai tambah lain yang terdapat di bawah Skim Pensijilan MeSTI ialah penilaian SME Competetive Rating Evaluation (SCORE) oleh SME Corp dan juga program bimbingan. Ia juga menjadi keperluan kepada pemasaran produk-produk makanan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), COOP1M dan beberapa pasaraya-pasaraya besar. Skim ini juga diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan lain di mana ia menjadi keperluan kepada Penjenamaan 1Malaysia Best oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pensijilan Halal Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri.

Sumber Laman Web Rasmi  Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia -

Ada produk ubatan yang guna Logo Mesti juga tau dengan alasan produk mereka kategori makanan tambahan tidak perlu MAL KKM. Hati hati ok.. Tengok jugak pada claim sesuatu produk. Kalau dia tulis untuk merawat atau membantu masalah berkaitan penyakit atau untuk tujuan kecantikkan macam melangsingkan badan, untuk kesuburan kehamilan bagai yang menjurus kepada produk ubatan.. dia bukan lagi kategori produk makanan dah. So dia tak boleh guna Logo Mesti Kena ada MAL KKM, ok! Jangan jadi tipah sangat.. asyik tertipu je. Kena bijak. Kalau pendaftaran dengan KKM pun dia tipu.. produk dia jual patut di ragui ok! Produk Jamu tradisional suka claim macam tu.. Tak suka tau Sally tipu tipu pengguna. Sally marah ok! hehehehe

Moral of the story... Mungkin dulu kita bangang macam den ni.. Sebab tu den mula study banyak penipuan dari pengeluar produk ni. Sebagai pengguna.. Jadi den guna blog lekatlekit untuk menyebarkan info & membuat pendedahan agar boleh kurangkan populasi kaki penipu & golongan yang kena tipu. Peace Yo!!

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

YANG SUKA AMALKAN UBAT TRADISIONAL SEPERTI JAMU WAJIB BACA. INI BAHAN CAMPURPALSU YANG BAHAYA SELALU DI GUNAKAN

9/24/2017 11:46:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

YANG SUKA AMALKAN UBAT TRADISIONAL SEPERTI JAMU WAJIB BACA. INI BAHAN CAMPURPALSU YANG BAHAYA SELALU DI GUNAKAN. Kat blog lekatlekit selain ada segmen seram serik lekatlekit satu lagi segmen den tambah iatu segmen khidmat masyarakat lekatlekit. Semua kena ada lekatlekit.. Tu trademark yang den guna sejak 8 tahun lalu yer.. Bukan sejak Ogos 2017 ok! Almaklum la lekatlekit ni agak catchy, unik,menarik kau memang da'bomb jadi memang tak pelik ada yang teringin nak tumpang populariti trademark tu.. Takpelah, hidup kena berkongsi kan. Dalam dunia ni tak ada yang milik kita.. semua milik Allah ye dak.


Kalau KKM keluarkan laporan ada produk di campurpalsu.. Jangan ingat produk tu telah di palsukan oleh individu yang cuba ciplak dari brand asal yer. Campurpalsu tu membawa maksud produk yang telah di tambah bahan seperti logam berat. Nanti hangpa boleh baca kat entri ni WAJIB BACA! PRODUK CAMPURPALSU BUKAN 'FAKE PRODUK'

Selain produk kecantikkan.. produk ubat yang bersepah orang jual kat pasaran termasuk jamu, ubat kuat, ubat kurus, ubat montok & macam macam lagi. Pun ada isu kantoi dengan KKM sebab di campurpalsu dengan bahan bahan terlarang ni. Bahaya Limah Ooi.. kau nak laki kau jadi badang dalam selimut. Kau suruh dia ambil ubat kuat. tetiba belum buka selimut laki kau dah kejung.. Tak pepasal menjanda kau Limah.

Jom kita tengok apa bahan yang selalu di campurpalsu dalam produk ubat ni & fungsinya...


Yang kaki kaki jamu, ketat, lentik, melekat lekit bagai tu hati hati la yer. Besederhanalah.. Jangan obses sangat. Berpada pada & berhati hati dalam memilih produk kesihatan dalam dalam bentuk ubat ubatan ni. Den dulu pun bangang juga.. Sekarang mula ambil tahu dah. Manafaat kemudahan hujung jari anda dengan mencari ilmu.

Yang penting hangpa kena tahu walau produk tu macam ada sticker hologram pun kadang kadang hologram palsu. Better semak dia laman wed NPRA  dulu kalau nak lebih kepastian samada berdaftar atau tak dengan KKM. At least kalau ada kesan sampingan dari produk tu.. KKM boleh ambil tindakkan sebab berdaftar walau produk yang berdaftar dengan KKM pun kadang kadang kantoi juga.

Pastikan ubat anda mempunyai ciri ciri berikut sebelum mengambil keputusan untuk menggunakannya. Jangan mudah percaya pada tipu daya testimoni-testimoni dari pengusaha-pengusaha produk kesihatan yang tidak bertanggungjawab.

Moral of the story.. Semua orang nak sihat, cantik, cergas, kuat & hebat tapi jangan la memperjudikan kesihatan anda dengan mengambil produk yang kita tak tahu kat mana dia di ujikaji, kat mana kilang di proses & tidak berdaftar dengan KKM. Sangat bahaya walaupun ada produk homemade tradisional yang tidak mempunyai bahan terlarang cuma sebagai pengguna kita bergantung dengan kelulusan KKM untuk pastikan produk tu selamat atau tidak.

 Sumber : Facebook Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Kelantan 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI MASAK LEMAK CILI API TELUR AYAM MELEKAT LEKIT

9/23/2017 11:41:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

RESEPI MASAK LEMAK CILI API TELUR AYAM MELEKAT LEKIT. Lama pulak tak buat segmen Dapur sekangkang kera lekatlekit ni kan.. Mesti ada yang tuduh dah lama tak memasak tu. Memang la kadang2 tak masak juga sebab dah di tapau sang suami. Kadang2 tengahari ambil budak lala dari sekolah nak hantar balik tu dia tapau siap2 nasi bungkus.. Jadi hari tu tak masak la hahaha. Tapi bukan hari hari pun. Seminggu sekali dua jer.. Dapur sekangkang kera lekatlekit memang la tak berasap sebab guna dapur gas tapi masih berapi. Buktinya baru 2 hari lepas tukar tong gas baru ok.

Bila dah berapi tu ada la menunya.. Normally selalu masak menu malas pergi kedai je siang siang hari ni. Antara menu malas pergi kedai den.. Masak lemak cili api telur ayam. Ni kes ada lebihan santan la... Guna santan kotak tu tahan lama sikit. Tapi tak boleh lama2 sangat simpan nanti dia rosak jugak. Tak pepasal kerana santan sekotak rosak masak lemak sebelanga. Maka meh kita melemakkan badan dengan masak lemak..

Tak payah tarik nafas dalam dalam sangat la kan.. Nak follow resepi lekatlekit ni. Semestinya sambil joget lambak pun boleh masak ok. Sesangat la senang sampai menangis mertua hangpa kalau tengok resepi lekatlekit ni.. sebab terlampau senang dia tak boleh buli menantu dia lagi hahahaha

Sebelum mukadimah dia jadi novel moh ler kita ke dapur yer tengok apa bahan yang lekatlekit guna nak masak.. Yang penting kau jangan kangkang kangkang atas bahan bahan masakan tu ok! Tak elok tau.. syirik,khurafat & mati masuk neraka nanti.

 Bahan bahannya 

1. telur ayam (ikut suka berapa biji kau nak masak. Den guna 3 biji jer)
2. Santan (Of course wajib kalau tidak tak namanya masak lemak)
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. Halia
6. Lengkuas
7. Cili padi
8. Serai
9. Kunyit (tak kisah la kunyit hidup ke kunyit serbuk. asal kuning je tapi jangan guna water color pulak)
10. Garam sebagai serbuk perasa
11. Daun limau purut (Tak wajib tapi kalau ada lagi sedap & harum)
12. Minyak masak

  Cara memasak 

1. Blend Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili padi & kalau guna kunyit hidup masukkan sekali kalau guna kunyit serbuk tak perlu.

* Kalau rasa tak nak blend serai boleh ketuk je & masukkan dalam masakan nanti. Tapi saya suka blend semua untuk menghasilkan kuah yang pekat.

2. Panaskan minyak.. Of course dalam kuali bukan dalam pinggan yer. Lepas tu tuang jer bahan blend tadi dalam minyak panas tu biar dia kesakitan dalam tu. hehehehehe..nak memasak kena kejam.

3. Bila bahan blend tadi dah mendidih.. masukkan santan, daun limau purut, garam secukup rasa tapi jangan sampai kena darah tinggi.

4. Pecahkan telur sebiji demi sebijik & biar masak. Lepas tu tutup api.

* Kalau ada daun kunyit pun boleh masukkan.

Kalau ikut orang nogori dia memang tak guna bawang jauh sekali lengkuas & halia dalam masak lomak depa. Ni lekatlekit punya style. From utara with love katanya. hahaha..


Untuk tekak sendiri memang lulus dengan cemerlang la rasanya. Kalau hangpa nak tau kat tekak hangpa lulus ke tidak kena la cuba. hehehehe

Moral of the story.. Sedap di mulut jangan seksa di perut. Makan pedas berpada pada jangan cirit di kemudian hari. hehehee

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JANGAN DENGAR CAKAP BC, BACA SENDIRI PENGALAMAN PENGGUNA MARY KAY

9/22/2017 11:57:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

JANGAN DENGAR CAKAP BC, BACA SENDIRI PENGALAMAN PENGGUNA MARY KAY. Tu dia.. Habis la produk Mary Kay. tak tau berapa juta pulak depa nak letak nanti katanya. Dah keluar pendedahan kat blog lekatlekit ni. Mesti tak sabaq kan BC.. BC Mary Kay semua nak baca. Apa lah yang berlaku pada pengguna ni lepas guna produk Mary Kay tu kan. Dup dap dup dap katanya.. Berombak rindu rasa di dada. Terasa bergetar tulang rusuk kiri kanan. Tak cukup tulang rusuk.. Tulang keting pun bergegar bagai nak rak. Suspend giler hangpa kan nak baca pendedahan berani naik court mammoth dari lekatlekit ni..


Biasa la BC (Istilah yang di gunakan di Mary Kay untuk Beauty Consultant mereka) Ada setengah nak jual produk je. So depa share testimoni yang best best je la nak menarik orang cuba produk depa jual kan. Tapi betul ka produk Mary Kay ni berkesan? Memuaskan hati? Dan Boleh di percayai apa yang BC BC Mary Kay dok canang canang tu.. Jom ikuti pendedahan ni..

Secara tak sengaja saya sendiri terguna produk Mary Kay ni. Mula - mula adik bagi sebatang lipstik Mary Kay kat kakak dia. Sebab dia tau kakak dia ni memang feeling macam MUA rajin sangat touch up muka walau skill MUA tu memang takde asal muka berwarna pelangi sudah. hehehehe

Dulu saya memang tak suka pakai lipstik jenis matte ni sebab bibir saya selalu mengalami masalah kering & mengelupas. Kalau nak pakai lipstik jenis matte pun samada pakai pelembab dulu atau jenis yang memang glossy. Atau malas nak pakai lipstik pakai lipgloss jer senang. Sebab bila pakai Lipstik matte ni jadi makin kering bibir & tak cantik sebab mengelupas. Bila sapu kat bibir jadi tak sekata.

Mula - mula pakai Lipstik Mary Kay ni memang la takde terus bibir jadi bak delima gitu. Memang alas dulu dengan pelembab untuk lembabkan bibir.. Bila lama lama pakai secara tak langsung masalah bibir kering tu semakin kurang & sekarang dah tak payah pakai pelembab sebelum apply lipstik Mary Kay ni. Dah ok la pulak.. Bagus juga tak merosakkan bibir malah membantu masalah bibir kering. Tapi jangan expect kau pakai sekali terus solve masalah. Dia kosmetik yang merawat tapi bukan on the spot.. Alhamdulillah sepanjang guna tak menyebabkan bibir bengkak ke, gatal ke, kering ke hapa. Bagus budaknya lipstik ni hehehehe

Warna dia pun cantik. Ni saya tak tau kod apa hahaha.. Tau tenyeh je. Sat nak tengok kat bontot dia tulis kod warna apa.ok.. dia tulis mauve moment. Tak tau betul ke tak tu nama warna lipstik ni. hahahaha

Maaf dah kulup sebab ahkak guna dulu baru review

Dah settle lipstik.. Sebelum kes saman menyaman ni sempat la merasa beli Cleanser Malacep Mary Kay sebab tak tahan dok tengok testimoni dari seketoi BC Mary Kay ni. Dia sebelum jadi BC muka breakout teruk.. Bila dia guna Mary Kay muka makin elok maka dia jual Mary Kay la pulak. Dan di sebabkan testimoni guna muka dia sendiri, terjerumus ahkak nan puaka nak try jugak. nak beli banyak2 tak mampu.. Try dulu la cleanser. Dah 4 bulan guna cleanser tu.. Apa yang berlaku? Jeng jeng jeng..

Takde la selepas seminggu terus kulit licin bak bontot bayi tanpa ruam.. Mustahil sangat la kan produk yang berasaskan organic ni mampu memberi hasil secepat tu. Biasa la.. Cuma rasa setiap kali cuci muka, rasa deep cleansing jugak la. Sebab boleh rasa bersih & segar sangat muka. Lepas sebulan tu perasaan la.. dia mengurangkan pembiakkan jerawat kat muka nan jelita bak kawah bulan ahkak ni. Selama 4 bulan guna nak kata glowing & flawless berseri seri macam bidadari serius tak la. Setakat guna cleanser kau nak expect lebih lebih tu macam melampau sangat. Cuma nampak kulit lebih bersih & tona lebih sekata. Kesan pencerahan tu ada la jugak sikit maybe sebab ahkak ni spesis pontianak kan. Jarang keluar siang hari. So dia kurang kena sinar uv kekdahnya.. Jadi maybe faktor tu jugak dia mencerah sikit.

Ada la jugak parut2 yang pudar. Bila berbedak tu rasa lebih lawa dari sebelum ni hahahaha. Kau nak lebih lawa menabung la beli apa2 cream MK tu untuk rawatan lebih effective. Buat masa ni ahkak nak spent duit untuk kos mahkamah so tak boleh nak shopping skincare la.. Guna je la Cleanser tu. Baca review ramai kata tahan setahun jugak la nak habis. Ok.. Jimat duit ahkak setahun. hehehehe


Orang kata kalau dah rezeki.. Haritu ahkak annouce mascara ahkak dah nak habis. Kot2 la dapat mascara free kan.. Ada juga dua tiga orang tanya untuk berkolabrasi nak bagi mascara free. Syarat ahkak kena bagi free review la kat depa jugak. Tu namanya exchange yer.. Tapi kawan ahkak ni kata tak payah la ahkak dok tenyeh mascara bukan bukan. Satgi dogol pulak bulu mata tu. Dia nak bagi ahkak hadiah mascara. Ambil la mascara dia tu.. Tak terguna lagi sebab yang sedia ada pun katanya tak habis pakai. Sesampainya kat rumah.. Rupanya mascara Mary Kay... Sujud syukur ahkak. Yelah nak beli bajet shopping kena cut tetiba orang bagi hadiah pulak. Kau tak terharu biru unggu kelabu jadinya.


Mascara ni best juga sebab waterproof. Tak risau la kalau pi tengok wayang cerita sedih, menangis bagai. Sebab dia tak cair. Tak berketul ketul.. Bila kita sapu pada bulu mata tu cantik lentik jer.

Sebab dia koleksi Mary Kay paling terbaru so Mascara dapat layan special sikit la sebab ada gambar testimoni

Rasa nak bagi nampak bulu mata tebal.. tebalkan je sapuan mascara. Kalau nak bagi nampak macam melentik tapi natural jer warna dia sapu je nipis nipis. Senang sangat nak pakainya. Setakat ni takde la effect kelopak mata bengkak ke, bulu mata gugur ke atau gatal mata lepas pakai mascara ni. Lagipun produk Mary Kay ni setakat ni takde la KKM banned ke hapa ka.. Jenama yang dah berpuluh tahun dalam pasaran tempatan ni walau dia produk luar negara pun. Mary ni produk berasaskan organic jadi tak risau sangat nak pakai pada kulit.

Rangkaian produk Mary kay ni banyak.. Bukan kosmetik je. Skincare pun ada. Skincare dia pun banyak siri.. bukan setakat muka malah seluruh badan. Hangpa pi la tanya BC Mary Kay tu kalau hangpa minta nak try produk depa. Kalau suruh kami rekemen BC Mary Kay ni sorang ja kami pernah berurusan masa nak beli cleanser dulu.. Memang boleh di percayai. Hangpa boleh hubungi dia ni no ;

Independent Beauty Consultant Mary Kay 
 Whatsapp : 018 2546123 
BC ni yang akak nampak memang sangat berdedikasi orangnya. Kalau hangpa beli produk mary kay dengan dia memang dia guide hangpa sampai lawa macam dia jugak. Sangat consistent dengan kerja dia buat sekarang. Insya Allah dia takkan klepet duit hangpa.. Hangpa bayaq dia bagi barang & servis terbaik di muka bumi ni. hehehehe

Tu la pengalaman manis ahkak puaka lepas guna produk Mary Kay.. Kalau ada rezeki melimpah ruah bagaikan air bah di musim tengkujuh.. Boleh la cuba skincare dia yang lain. Sapa tak nak cantik ye dak? Produk Mary kay ni Jate Tino buleh paka belako deh... erkk terspeaking Klate pulok. dok tahu gapo kawe tetibo buleh kecek klate. Badi gamaknya hehehehe.

Moral of the story.. Pesanan khidmat masyarakat lekatlekit. Gunalah produk yang selamat, jenama yang tiada kontroversi & kalau boleh produk yang dah ada lama di pasaran. Bukan apa.. muka rosak maybe boleh rawat takut organ rosak dia tak tumbuh balik dah. Produk kosmetik yang mempunyai logam berat seperti merkuri untuk memberi kesan yang cepat memang boleh menyebabkan kerosakkan organ dalaman macam buah pinggang. Jadi pepandai la hangpa yer pilih produk.

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CARA MUDAH UNTUK PANTAU HARGA BARANG & BUAT ADUAN SEBARANG PENIPUAN DENGAN APLIKASI KPDNKK

9/21/2017 11:00:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

CARA MUDAH UNTUK PANTAU HARGA BARANG & BUAT ADUAN SEBARANG PENIPUAN DENGAN APLIKASI KPDNKK. Sebagai pengenalan KPDNKK adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi Dan Kepenggunaan iatu satu badan organisasi kerajaan untuk melindungi hak pengguna. Almaklum zaman sekarang ni bermacam penipuan wujud.. lebih lebih lagi di era IT. Semudah hujung jari penipuan boleh berlaku dengan wujudnya berbagai bagai jualan & skim untuk meraih keuntungan dengan mudah dengan cara menipu.


Jadi KDPNKK berfungsi untuk menjaga hak pengguna. Kalau dulu sebarang aduan kita perlu 'walk' in ke pejabat KPDNKK tapi di mudahkan dengan menggunakan aplikasi secara atas talian. Antaranya anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan semudah muat turun aplikasi 'Friends Of KPDNKK' melalui playstore menggunakan telefon pintar anda.

Kelebihan anda mendaftar sebagai Ahli KPDNKK ni adalah ada boleh menjadi pemantau secara sukarela melalui konsep membeli belah & boleh melaporkan kepada KPDNKK jika ada aktiviti penjualan yang berunsur penipuan atau tidak mematuhi undang undang dengan mudah hanya menggunakan aplikasi atas talian.

Ia bertujuan membantu kerajaan dalam memantau harga barangan (tanda harga) & perkhidmatan. Sekaligus membantu untuk melindungi hak pengguna dari di tipu peniaga yang tidak berektika. Jadi memang penting ok kita untuk mendaftar sebagai Friends Of KPDNKK ni.. sebab kita semua adalah pengguna. Dengan cara ni kita tidak mengharapkan 100% penguatkuasa KPDNKK untuk memantau. Kita sendiri boleh buat pemantau sesambil shopping & buat aduan kalau ada yang tidak kena macam manipulasi harga yang di pamerkan oleh peniaga atau sebarang unsur penipuan harga atau servis oleh peniaga.

 Secara ringkas keistimewaa anda mendaftar sebagai ahli KPDNKK 

➫Membantu masyarakat untuk melindungi hak mereka sebagai pengguna
➫Meningkatkan pengetahuan pengguna tentang trend harga barangan & perkhidmatan di pasaran
➫Berkhidmat kepada masyarakat dengan melaporkan aktiviti penipuan peniaga
➫Maklumat di salurkan dapat membantu pihak KPDNKK mengambil tindakkan dengan cepat & pantas
➫Berpeluang menyertai seminar & bengkel yang di anjurkan KPDNKK

Cara untuk muat turun aplikasi Friends Of KPDNKK  & mendaftar sebagai ahli saya akan tunjukkan tutorial bergambar di bawah

1. Boleh search di playstore Friends Of KPDNKK (FOK) & Install aplikasi seperti gambar di bawah


2. Clik Accept

3. Tunggu sehingga habis proses download & Install

4. Selesai Install clik open & clik Daftar baru

5. Masukkan maklumat yang di minta

5. Setelah pendaftaran berjaya clik Ok

6. Taip email yang dah di daftarkan & Clik Log Masuk

7. Masukkan no kad pengenalan (iC)

8. Akan kelur kad Maya bukti anda sudah mendaftar menjadi ahli Friends Of KPDNKK

Selain anda boleh mendaftar sebagai ahli, ada beberapa aplikasi yang di sediakan KPDNKK untuk pengguna seperti

 Aplikasi  >> Paparan Harga << 


Aplikasi mudah alihnya telah dibangunkan dan diterbitkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia atau KPDNKK di bawah program 1Pengguna dengan niat untuk membantu semua pengguna Malaysia di luar sana untuk menjadi pembeli produk yang lebih baik dan barangan harian manakala pada masa yang sama membantu mereka untuk mengurangkan perbelanjaan dan kos hidup mereka.

 Aplikasi >> EZ ADU KPDNKK << 


EZ ADU adalah satu aplikasi aplikasi untuk telefon pintar yang dibangunkan oleh KPDNKK yang membolehkan pengguna untuk membuat sebarang aduan terus kepada KPDNKK supaya tindakan sewajarnya dapat diambil secara atas talian.
Pengguna boleh membuat pengaduan dengan 4 langkah yang mudah iaitu dengan memasukkan butiran aduan, laporan aduan dan seterusnya membuat geo tagging dan menyertakan gambar sebagai bukti. Pengguna juga boleh menyemak status aduan dan tindakan yang diambil oleh pihak KPDNKK

Untuk info lanjut berkaitan kemudahan Aplikasi yang di sediakan oleh KPDNKK anda boleh layari  LAMAN WEB RASMI SKUAD PENGGUNA

Dengan adanya aplikasi dari KPDNKK ni moga dapat memudahkan pengguna untuk membuat semakkan & aduan bila bila masa & dimana saja.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KERANA GUNA SATU JENAMA PRODUK DRUGSTORE MUKA BERJERAWAT TERUK

9/21/2017 05:50:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

KERANA GUNA SATU JENAMA PRODUK DRUGSTORE MUKA BERJERAWAT TERUK. Tak serik lagi ka lekatlekit Ooi.. Berani hang na dok buat pendedahan lagi. takutlah kamu berbuat kejahatan yang di murkai Allah bukan takut dengan kuasa manusia yer.. Manusia tak ada apa2 kuasa. Semua berlaku dengan keizinan Allah yang maha Esa. Ingat tu umat manusia akhir zaman.

Gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dengan ini cerita tau

Petang petang dok layan group whatsapp nampak satu screenshot yang di share kengkawan kat group tentang pendedahan seorang gadis yang cantik muka dia berjerawat teruk lepas guna 1 produk yang di jual kat drugstore. Produk ni memang terkenal dengan keberkesanannya merawat jerawat.. Ada yang kata doktor sendiri rekemen pada individu yang ada masalah jerawat serius. Produk ni bukan la produk murahan sangat.. Cleanser dia pun RM60++ tapi serius sebelum ni memang tak pernah ada kontroversi pasal produk ni. Yang dok baca semua testimoni berjaya je guna produk ni. Nak nak lagi muka yang breakout teruk akibat tersalah pakai produk.

Tup tup muncul sorang berkongsi testimoni kurang berjaya. Kalau dari gambar yang dia tunjuk sebelum & selepas guna produk tu memang nampak effect amat teruk jugak la. Sebab gambar sebelum tu memang tak nampak sangat pun jerawat tapi gambar selepas guna tu memang bagaikan taman astakona berkembang mekar jerawatnya. Tak mau tunjuk gambaq dia sebab nak protect jugak. Satgi sampai lagi satu surat haru biru pulak hahahaha.

Tak tau mana silapnya sampai produk yang sepatutnya merawat jerawat membuatkan kulit dia jadi berjerawat teruk macam tu. Simpati jugak la.. Gila wei kalau den pun down into the kubur juga ok. Confirm murung berkurung dalam sangkar emas kalau jadi macam tu. Erkkk... dulu kami pun pernah mengalami muka berjerawat teruk tapi tetap juga keluar berjimbaraya hahahaha. Cuma serius time tu confident level dia umpama melukut tepi longkang. Sentiasa rasa rendah diri. dah la memang rendah orangnya hehehehe.

Dia tak kata produk tu mengandungi bahan terlarang ke hapa cuma dia cakap nasib dia kurang baik mungkin sebab produk tu tak sesuai dengan dia. Yelah kot kan.. Better dia pergi ka check up dengan pakar kulit. Mungkin pakar boleh bagi penjelasan kenapa tindakbalas produk tu terhadap kulit dia jadi macam tu. So far.. produk yang selamat pun kena guna ikut keperluan & kesesuaian kulit juga sebab tu setiap produk tu ada siri & fungsi dia memasing.

Saya sendiri pun banyak cuba macam2 jenama produk kat drugstore tapi bukan semua sesuai dengan kulit. Yang tak sesuai saya stop la.. Cuma produk drugstore ni lebih ada jaminan keselamatan. Bukan senang apa2 produk nak masuk drugstore. Tak semudah kau nak jual macam kau jual kat fb ads bagai. fb ads kau nak iklan produk apapun dia tak kisah.. Dia bukan tanya produk kau ada clorox ka, racun tikus ke hapa.. Tapi untuk masuk pasaran drugstore kena ada bukti produk tu selamat. Kat mana proses pengilangan produk tu, kat mana di ujikaji, result lab test dari pihak yang bertauliah. Takde nya kau bagi result test bakar atas sudu terus boleh masuk drugstore produk kau, hokey!

Apa yang saya boleh suggest.. try la pergi jumpa pakar kulit. Untuk lebih kepastian samada produk tu bermasalah atau salah guna ke camna? Tapi rasanya bukan produk bermasalah cuma mungkin salah guna atau produk tu memang tak sesuai dengan kulit dia. Sebab setakat tak ada kontroversi pasal produk tu. Lagipun dia produk drugstore & produk clinical approve tak silap. maknanya dah di buat ujian klinikal terhadap produk tu.

Moral of the story.. Sebelum nak guna apa2 produk kena tengok sesuai tak dengan keperluan kulit kita. Saya teringin nak cuba produk tu juga sebelum ni tapi sebab kebanyakkan yang guna untuk masalah jerawat yang agak teruk.. saya masalah jerawat tak teruk cuma parut jerawat so takde la guna. Sebab rasa tak perlu. Bila tak ada keperluan mungkin tindakbalas dia jadi berbeza. Macam sebelum saya konon tak mau bagi kepala berkelumumur.. saya guna shampoo anti kelumumur. Dari takde kelumumur terus berkelumumur kau! Hadap la.. kau guna normal hair sudah la. Gatai sangat. hahahaha

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA KELAPA JADI SHAMPOO.. MAKA TERCIPTA MY HOME LAB SHAMPOO SANTAN

9/19/2017 09:42:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

BILA KELAPA JADI SHAMPOO.. MAKA TERCIPTA MY HOME LAB SHAMPOO SANTAN. Rambut di katakan sebagai mahkota wanita. Tapi jangan ada dok pintal2 rambut sampai jadi crown pulak sebab nak menampakkan sifat mahkota tu. Kang aneh pulak orang pandang. Yelah.. kau bukan nak buat fesyen show nak pintal2 rambut kau jadi pelik pelik. Ada pulak kena tangkap dengan NASA sebab orang ingat Alien. Hehehehe


Rambut ni antara aset penting kena jaga. Bukan untuk kecantikkan malah berkaitan dengan kebersihan & kesihatan juga.

Kalau orang dulu dulu antara kaedah depa nak rawat & jaga rambut guna santan. Sebab memang ada khasiat dalam santan tu untuk kesihatan rambut. Antara kebaikkan santan untuk rambut ni adalah

 Mampu merawat rambut rosak 
➛Sebab santan ada kandungan minyak & nutrisi yang tinggi. Ia membantu memberi kelembaban secara semulajadi dari akar hingga ke hujung rambut. Boleh merawat masalah rambut rosak, rambut putus, rambut gugur & bercabang.

 Conditioner Rambut 
➛Santan memang boleh berfungsi sebagai conditioner rambut sebab minyak santan tu boleh merapikan rambut secara semulajadi. Memang sesuai untuk rawatan rambut kusut.

 Merawat masalah kelumumur 
➛Khasiat dalam santan mampu memberi keseimbangan PH pada kulit kepala & boleh memberi kesegaran bila kita lumur pada rambut. Memang mampu merawat kelulumur.

 Menyuburkan rambut 
➛Dalam santan kaya dengan protien & minyak essential. Bahan ni la menjadikan kulit kepala lebih sihat. Bila kulit kepala sihat memang membantu rambut lebih kuat & subur. Jadi akar rambut lebih kuat & rambut tidak mudah putus & Gugur. Memang sesuai untuk merawat masalah rambut gugur & putus

Tu antara khasiat yang ada dalam santan untuk rawatan rambut. Tapi leceh la kan.. Nak perah santan bagai lepas tu nak treatment rambut. Mana ada masa zaman sekarang nak buat semua tu. Kita cuci rambut masa mandi je.. Pakej sekali alang2 dah basah katanya. Busy la.. nak duduk sapu santan atas kepala tunggu sekejab baru nak cuci... Memang rumit la. Memang tak ramai la akan buat rawatan cara lama macam tu.

Sebab tu orang sekarang cari Shampoo yang di formulasi dari santan. jangan ingat tak ada orang jual shampoo santan ni. Ada ok.. Haritu kami usya kat website Beauroque ada jual shampoo santan. Nama shampoonya My Home Lab Shampoo Santan. Kalau dah namanya ada santan.. Memang bersantan la kan tak ber ubi keledek pulak dalam syampoo tu.


Apa yang kami tahu produk ni natural produk yang 100 bebas SLS, Silicone & paraben. Satgi ada pulak terpinga pinga & tertanya tanya menatang apa SLS, Silicone & paraben tu. Kau kemain guna bahasa saintifik kau ingat si Latipah bini si Jamal tu paham ke? Dia sains dulu manjang tak lulus..

Jangan la marah Halimatul Saadiah Ooi.. Tak faham takpa meh sini nak explain pekejadah SLS, Silicone & Paraben tu.. Yang tak pernah lulus sains pun boleh faham nanti

 SLS - surfactant (agen pembersih). menghasilkan banyak buih. boleh menyebabkan kekeringan kulit kepala yang kritikal. juga terdapat dalam produk pembersih untuk industri (digunakan untuk mencairkan minyak semasa mencuci enjin)

 Paraben - pengawet untuk menghalang pembentukan bakteria pada produk komersial. Shampoo santan tidak menggunakan penagwet PAraben oleh sebab itu ia mampu bertahan selama 4 bulan daripada tarikh dikilangkan.

 Silicone - Silicone di gunakan di dalam syampu untuk menghasilkan kesan licin, bersinar, dan tidak mudah kusut. Namun begitu, kesan licin bersinar ini ialah palsu dan bersifat sementara. Ini kerana silicone bersifat plastic. Seperti lapisan rambut yang disalut plastik, ia menghalang nutrient ke dasar rambut. Penggunaan jangka panjang mengakibatkan rambut kering ,kusam , mudah rapuh dan berkelemumur dan menyebabkan anda ingin kerap mencuci rambut untuk mendapatkan kesan licin dan bersinar itu kembali.


Maknanya kandungan produk ni dari bahan bahan semulajadi la. Antara kandungan bahan yang terdapat dalam produk ni adalah..

1. Santan kelapa 
 Fungsi 
menyuburkan kulit kepala dan rambut
mengawal minyak berlebihan di kulit kepala
membantu mengelak kebotakan & rambut beruban

2. minyak kelapa
 Fungsi 
menguatkan rambut
melembutkan rambut
melawan kelemumur & rambut bercabang

3. pati rosemary
 Fungsi 
mengelak keguguran rambut
merawat kelemumur & kulit kepala kering

4. pati minyak oren
 Fungsi 
⟴ melegakan kegatalan kulit kepala
merangsang pertumbuhan rambut

5. pro-vitamin B5
 Fungsi 
⟴ meredakan kegatalan
⟴ membantu menguatkan akar rambut
⟴ membantu menguatkan batang rambut

6.Vitamin E
 Fungsi 
membantu merangsang pertumbuhan rambut
menghalang uban pra-matang
membantu menaikkan seri rambut semulajadi
menjadikan rambut lebih bersinar secara semulajadi tanpa effect penggunaan silicone
membantu merawat rambut bercabang.

Sebagai tambahan untuk merawat & menyihatkan rambut boleh guna bersama Wonder Hair Oil. Alah.. fungsi dia macam minyak rambut la jugak.

Dalam Wonder Hair Oil ni terdapat bahan seperti:

1. Minyak kelapa
 Fungsi 
➧ menguatkan rambut
➧ melembutkan rambut
➧ melawan kelemumur & rambut bercabang

2. Sunflower seeds oil
 Fungsi 
➧ meningkatkan kesihatan kulit kepala
➧ merangsang pertumbuhan rambut
➧ menghalang rambut menggerbang sambil menjadikan rambut lebih bersinar
➧ bertindak sebagai ejen pelembab kulit kepala

3. Pro-vitamin B5
 Fungsi 
➧ meredakan kegatalan
➧ membantu menguatkan akar rambut
➧ membantu menguatkan batang rambut

4. Pati minyak oren
 Fungsi 
➧ melegakan kegatalan kulit kepala
➧ merangsang pertumbuhan rambut

5. Peppermint oil (minyak pudina)
 Fungsi 
➧ menghilangkan kegatalan kulit kepala & bertindak sebagai agen anti-bakteria
➧ rasa dingin & menyegarkan.


Untuk pengetahuan semua.. My Home Lab Shampoo Santan ni adalah produk orang muslim. Mana nak dapat produk ni? Seperti yang saya mention awal awal tadi dari website Beauroque. Lebih baik la beli melalui website tu sebab data peribadi anda lebih selamat kerana ada perlindungan data peribadi.


Selain tu mudah untuk urusan pembayaran secara online ni sebab boleh guna mana2 bank yang ada kat Malaysia untuk buat pembayaran & boleh bayar melalui kad kredit juga. Website tu juga lengkap dengan SSL (Secure Socket Layer).

Pengesahan pesanan (order) dia pun cepat. Lebih kurang 6 minit macam tu. Tak payah tertunggu tunggu order hangpa dah di terima ke belum.

Kelebihan lain beli melalui website Beauoque atas ganjaran macam Bonuslink. Korang boleh kumpul mata & menang hadiah sebab sekarang ada kempen kumpul mata dengan membeli belah barangan di Beauoque & berpeluang menang hadia gold bar (seunit).

Selain tu ada khidmat nasihat percuma, jaminan mendapat shampoo yang tidak melebihi 2 bulan tarikh luput. Barang Insya Allah sampai dalam waktu 5 hari bekerja dari tempoh pembayaran di buat. Mereka juga guna sistem e-commerce yang mesra pengguna. Boleh access dari komputer/laptop atau smartphone dengan mudah.

Dengan setiap pembelian melalui blog lekatlekit.com, hangpa dapat tambahan 100 point reward yang bernilai RM100. Macam mana nak dapat point reward tu? Buat pembelian RM100 keatas, dapat la reward point tu. Lagi banyak point hangpa dapat lagi senang hangpa nak menang hadiah & reward. Ni special promotion je ok! Hanya dengan membeli melalui review dari blog lekatlekit.com sahaja berpeluang kumpul point & menang hadiah. 
Untuk berpeluang memenangi hadiah contest bulanan di galakkan membeli melalui website Beauroque. 


Berminat dengan Shampoo santan ni boleh layari

 Website : Beauroque 
 Whatsapp : 017-696 1969 

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TIDUR BERBANTAL PELUK POCONG

9/18/2017 08:07:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

TIDUR BERBANTAL PELUK POCONG. Lama betul kan tak share kisah seram dalam segmen seram serik lekatlekit ni. Almaklum la busy sikit dengan kerja kerja penulisan berbayar kat blog ni. Almaklum la.. struggle nak kumpul RM40K ni.. Tu nak buat spekulasi la tu kata kami nak naik pelamin 7 tingkat sampai RM40K bajet.. Kami dah kawen & ada anak dah pun.. Tak terfikir nak memadukan laki kami hahahaha... RM40K untuk kos guaman la. Kan kami ada kes mahkamah la ni.


Di kesempatan yang penuh kesempitan ni.. Bagi mengubat hati hati yang rindu dengan kisah seram kat blog lekat lekit kami up juga la entri walau bukan kisah seram tapi kategori koleksi menatang seram jugak la. Tak tau manusia akhir zaman ni pocong pun depa nak buat teman tidur.. tak paham aku. Awat bantai busuk hangpa tu tak cukup seram lagi ka bau bangkai dia hahahaha

Sejak 2 hari lepas perasan benda ni viral. Tapi rasanya bukan kat Malaysia ni... Ni negara2 mata sepet la ni kalau merapu raban macam ni. Viral bantal peluk pocong. Tak meninggal ke memasing kalau terbangun mamai mamai tengah malam nampak bantal peluk pocong tu? Amboi dah cukup berani ka hangpa?


Silap haribulan.. Pocong kat sebelah pun dia tak perasan ni dok ingat bantal peluk dia jugak. Gamaknya ada ka yang sanggup jadikan bantal pocong ni teman tidur.. Ternyata yang macam tu forever alone hahahaha


Walaupun kami suka tengok filem seram & baca kisah seram tapi tak tergamak pulak nak simpan menatang tu walau hanya bantal dalam rumah. Tak berapa nak elok kot bagi kita orang Islam ni. Punya banyak bantal macam2 jenis bentuk yang comel & cecantik pocong jugak hangpa nak.. Tak sabaq nak kena kafan ke camna? hehehehe


Tak tau kat mana jual bantal pocong tu.. Jangan ada yang dok tanya pulak satgi. kang kami pulak memocongkan diri tak cukup tanah kot hangpa nak lari. hehehehe Try la google kot2 ada juai kat china ke mana... tak sure la pulak.

Moral of the story..yang ada ahli keluarga sakit jantung hope jangan la simpan dalam rumah. Kang ada yang tinggal kenangan..

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TOLONG JANGAN MINUM KOPI TENAGA PLUS DR AZIMUTH WAKTU MALAM

9/18/2017 09:53:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

TOLONG JANGAN MINUM KOPI TENAGA PLUS DR AZIMUTH WAKTU MALAM. Sekarang ni memang menuntut saya buat kerja extra dari sebelum ni kan.. Yelah, nak kumpul duit untuk bayar kos guaman yang tinggi tu. Memang la ada saya minta sumbangan juga tapi saya sendiri pun tetap berusaha mencari sebanyak mungkin dana dari usaha sendiri. Tak boleh nak harap 100% bantuan dari orang lain.

Kopi Tenaga Plus Dr Azimuth
Kadang2 1 hari sampai 6 entri saya tulis.. Selain review di blog saya, saya juga jadi penulis upahan dia blog lain. Kadang2 ada orang minta saya tulis artikel di blog mereka pun saya buat juga. Pendek kata apa saja kerja penulisan yang berbayar memang saya buat la... Tu dia.. kerja sungguh ni. Kerja opis dulu pun tak sekuat ni katanya hahahaha. 

Serius walau orang nampak duduk depan pc & menaip jer.. Tapi tetap penat walau kudrat tu nampak macam tak bekerja sangat kan. Perah otak spin tahap level 5 ok cari idea nak mengarang ni. Kadang kadang tu serius kerja banyak tapi badan rasa lemau, mata rasa nak pejam jer.. Bila jadi macam tu.. Mula la otak nak tepu. Fikir apapun dah tak boleh.. Sebab terlampau letih.

Pi mai Pi Mai tetap kena cari kopi la kalau tengah banyak kerja badan & mata tak bagi komitmen nak buat kerja. Pernah try kopi Tenaga Plus Dr Azimuth.. Memang boleh rasa kesan lepas minum. Dari rasa nak tidur terus mata jadi segar bugar. Bila badan rasa segar ni.. Otak pun jadi aktif. Tu yang boleh draft 5 - 6 entri sehari tu..

Memang membantu jugak la Kopi Tenaga Plus Dr Azimuth ni untuk blogger sepenuh masa macam saya ni. Bila mampu beri tenaga dia bantu jugak merangsang otak otak untuk lebih kreatif bila menulis hehehehe

Ambil waktu pagi memang membantu memberi kecergasan untuk bekerja. Nak2 lagi blogger yang buat servis penulisan review macam saya.. Otak kena fresh, mata kena segar & badan kena bertenaga baru idea menulis tu mencurah curah. Kalau saya ambil sekali sehari waktu pagi pun dah cukup bagi energy sampai ke malam. hehehe

Selain memberi tenaga, banyak jugak la khasiat lain dalam kopi ni.. Nama pun kopi herba kan. Herba ni memang banyak khasiat untuk kesihatan dalaman. Walau namanya kopi tenaga yang normally orang ingat lelaki je boleh ambil.. Tapi kopi tenaga plus formula Dr Azimuth ni dia unisex. Bukan la kopi untuk seksual.. Amboi dengaq seks tu terus terbayang cerita dalam kelambu. Unisex tu untuk lelaki & perempuan la.

Kopi ni adalah kopi Arabica yang di campurkan herba. Rasa dia memang ada kelainan sikit selain mempunyai khasiat herba yang baik. Antara bahan yang terdapat dalam kopi ni adalah

campuran herba
kopi Arabica
guarana
goji
ginseng
habbatus sauda
gingko
halia.

memang kopi ni boleh di minum bila bila masa tapi kalau rasa nak tidur awal jangan minum waktu malam la. hahaha.. kang terkebil kebil sampai subuh pulak. Melainkan memang nak overnight boleh la ambil waktu malam. Manatau kerja shift malam ke kan.. Elok sangat la ambil kopi ni. Kau berjaga la macam nenek nenek si bongkok tiga, siang mengantuk malam berjaga. hehehehe. Sebab tu tajuk entri mention jangan minum waktu malam.. Takut ada yang tak berniat nak berjaga tapi terambik waktu malam masa tengok drama tv.. Kang tak boleh tidur masalah jugak. Nak2 yang bekerja waktu pagi. Subuh sapie dah nak kena keluar rumah tu..

Rasa kopi ni sedap juga. Ada juga sikit rasa rasa herba dia tu tapi tak ada lah kuat sangat. Manis dia bukan tahap diabetes la. Lebih senang paham memang kurang manis tapi Tak payah letak gula atau krimer dah. Rasa dia ngam ngam untuk kesihatan. Just buka sachet tuang dalam cawan, campur air panas atau air suam. Kacau & minum jer..

Sebab dia dalam bentuk sachet (paket) kalau nak bawa kemana mana pun senang, terutama yang bekerja. Bukan paket dia macam guni beras susah nak angkut kesana sini katanya.. hehehe.

Bila dah minum kopi dari produk Dr Azimuth ni kita nak tau jugak kan sapa la orangnya, apa kepakarannya. Bukan apa lambakkan produk minuman kesihatan di pasaran ada founder memang bukan ada kepakaran dari bidang tersebut. Cuma repack jer produk letak brand & mengaku founder kan. 

Tapi apa yang saya baca tentang Dr Azimuth ni..  Nama sebenarnya Dr Abdul Aziz bin Azimullah Beliau merupakan pakar terulung nutrisi, Terapi Naturopati, Naturophatic Dermatology, Terapi Komplementari & Islam, Ahli New York Academy of Sciences. Boleh baca tentang New York Academy Of Scienes.

Beliau juga adalah Pengasas Entrepreneurs Development Instutute Sdn Bhd, Biosaintis, Pakar Kesihatan & Kecantikan Holistic Antarabangsa, Pengasas Dr. Azimuth Bioherbal Beauty & Health Therapy Centre, Pemegang Amanah islamic-world.net, Pemegang Amanah Khalifah Institute, Presiden Persatuan Ummah Cemerlang Malaysia, Naib Presiden Persatuan Kebajikan Kampucea, Mantan Ahli Jawatankuasa Penasihat Persyarikatan Bumiputra di Jabatan Perdana Menteri.

Rumusan formula produk Dr Azimuth adalah hasil kajian beliau dengan Biosaintis Jepun ynag pertama kali di Malaysia khas untuk kulit Nusantara. Rangkaian produk Dr.Azimuth adalah daripada alam semulajadi ini dijamin berkualiti tinggi dan mendapat pensijilan halal oleh Halal Malaysia bebas daripada bahan kimia terlarang.

Jadi boleh nak ambil produk Dr Azimuth ni tanpa was was kan? Bagi yang memang menuntut kerja yang lebih dari 8 jam sehari perlukan kecerdasan sepanjang melakukan kerja boleh la try.


Berminat nak cuba produk ni boleh hubungi :
 CALL/ WHSATSAPP : 014 3030639 (WAN) 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com