AWAS! BUKAN SAJA NAK JUAL PRODUK PERLU ADA KELULUSAN KKM MALAH IKLANKAN PRODUK JUGA PERLU KELULUSAN

9/28/2017 09:55:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

AWAS! BUKAN SAJA NAK JUAL PRODUK PERLU ADA KELULUSAN KKM MALAH IKLANKAN PRODUK JUGA PERLU KELULUSAN. Sebagai seorang blogger yang tak serik serik nak buat pendedahan ni.. Hari ni popeser lekatlekit nak dedahkan pulak pasal produk yang overclaim dalam mengiklankan produk mereka untuk segmen khidmat masyarakat. Benda ni sangat penting ok untuk kita tahu supaya kita tak mewarisi perangai 'Tipah' yang manjang kena tipu tu. Jangan sampai sebab kebodohan kita yang statik dari dulu sampai sekarang orang jual taik idung gentel2 pun kita percaya kata jamu boleh kuatkan tenaga zahir & batin. Sebab tu di Malaysia ada undang undang nak jual atau iklankan produk perlu berdaftar bagi mengelakkan pengguna tertipu.


Mesti ada yang tak tau macam mana di katakan sesuatu produk tu 'Overclaim'. Tak semestinya produk yang tidak berdaftar dengan KKM je yang selalu overclaim.. bersepah yang berdaftar dengan KKM pun overclaim. 

Overclaim ni bermaksud mengiklankan produk mereka lebih dari tuntutan yang di daftarkan di KKM. Contoh la.. ada seorang pengeluar produk.. Dia nak pasarkan produk dia. Dia pun apply la KKM punya pengesahan.. tak kira la MAL ke, NOT ke hapa ker. Dalam tuntutan tu dia cuma daftar untuk minuman kesihatan bagi mencergaskan badan tapi bila dah lulus & dia iklankan produk dia konon minuman tu boleh menyembuhkan kencing manis, darah tinggi bla.. bla.. bagai. Padahal masa daftar tuntutan dia cuma untuk minuman mencergaskan badan je. Atau dia jual produk kecantikkan.. Dia daftar produk untuk penjagaan harian kulit jer tapi dia iklan konon produk dia boleh merawat keradangan kulit, menyembuhkan eczema bagai.. Itulah di namakan overclaim & ia menjadi satu kesalahan ok!

Bagi produk berdaftar, semasa sesuatu produk tersebut didaftarkan, syarikat tersebut perlu menyertakan sekali apakah tuntutan perubatan yang berkaitan dengan produk mereka beserta bukti-bukti yang menyokong tuntutan tersebut. Hal ini akan dinilai dan produk yang telah didaftarkan hanya boleh membuat tuntutan sebagaimana yang telah diluluskan sahaja. Walaubagaimanapun kelulusan tuntutan ini hanyalah pada produk sahaja manakala sebarang urusan pengiklanan perlu mendapatkan kelulusan berasingan daripada Lembaga Iklan Ubat terlebih dahulu. 

Satu lagi kalau nak iklankan produk atau perkhidmatan kesihatan.. macam nak jual ubat atau nak buat servis merawat apa apa penyakit kena ada kelulusan juga ok! Termasuk produk kecantikkan. Apa ingat produk kecantikkan tak kena register ke kalau nak iklan. Kau tak boleh semborono je iklankan produk kau ikut sedap tekak je ok.. Contoh paling senang paham produk Jamu, ubat kuat bagai la.. Tu kategori produk kesihatan.

Semua iklan yang melibatkan produk dan perkhidmatan kesihatan perlu mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU), KKM terlebih dahulu sebelum ianya boleh disiarkan. Iklan-iklan yang telah diluluskan akan mencatatkan nombor kelulusan contohnya KKLIU 0001/2014 pada iklan tersebut. Iklan melibatkan produk kosmetik pula perlu mematuhi Kod Pengiklanan Produk Kosmetik bagi memastikan iklan yang disiarkan tidak mengelirukan atau memperdayakan pengguna. Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 juga telah menetapkan 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan seperti darah tinggi, kanser, kencing manis dan lain-lain

Kebanyakkan iklan iklan produk kat socmed (social media) ni memang takde kelulusan. Tu dia main claim je apa dia rasa boleh menarik minat pembeli. Cheq dulu pun bangang.. Kalau tulis review tu main sedap je ikut apa yang client bagi. Sebab tak tau benda tu jadi kesalahan kalau overclaim. Tapi tak ada manusia terus pandai tanpa melalui pengalaman belajar & bodoh dulu kan.. Jadi cheq maafkan diri cheq yang jahil itu. hehehehe

Jadi yang mana berangan nak jadi 'Founder' even founder sekadar letak brand atas produk padahal dia sendiri pun tak ada tauliah dalam bidang tersebut cuma ada duit jer.. Make sure la anda mematuhi peraturan yang di tetapkan. Nak jual produk pi la hantar buat lab test ka hapa dulu.. Nak pasarkan pun sila daftar & nak iklankan pun tetap kena daftar. Ia berkaitan dengan rezeki anda yang akan jadi darah daging. Kalau anda jual produk memudaratkan orang lain.. Boleh jadi haram sumber rezeki tu. Mungkin kat dunia terkabur keharamannya di mata manusia tapi di akhirat tak ada apa boleh mengaburkan keharaman yang dah jadi darah daging kita.. Wallahualam

Moral of the story.. Semua orang buat silap & melalui zaman jahil tapi masih ada peluang kita mencari gali ilmu untuk perbaiki kesilapan tu dari masa ke semasa selagi ada nafas di dunia ni.

Sumber : Jangan mudah terpedaya dengan iklan ubat

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com