I AM A HERO, BAGAIMANA KARTUNIS YANG PENAKUT MAMPU MEMBUNUH DENGAN BANYAK.

4.9.17 Suria Lekatlekit 1 Comments

I AM A HERO, BAGAIMANA KARTUNIS YANG PENAKUT MAMPU MEMBUNUH DENGAN BANYAK. Wah.. kemain hari ni kan. Memasing dah takde monday blues minggu ni. Mentang mentang la abang najib bagi cuti umum hari ni.. Memasing melingkar atas katil sampai matahari tinggi kan. Dia punya balut dengan selimut kalau Arwah ni boleh tanam terus katanya. Dah macam siap berkafan gitu.. Sudah sudah la tu wei.. Takkan nak bangun isnin minggu depan pulak. Bangun la.. Ayam pun subuh2 lagi dah bangun. Hangpa tak malu ka dengan ayam.. hehehehe


Bagi meng warm up kan hangpa yang lemau lemau biskut tu meh sini nak share satu cerita yang mungkin memberi motivasi pada semua di hari Isnin cuti umum ni. Semalam kami keluar. yelah.. Asyik terkurung dalam rumah macam banduan tak bersalah jer.. Kena la bawa diri menikmati dunia luar pulak. Mentang mentang la kami kena saman & tak cukup duit lagi nak bayar kos guaman takkan la kami sampai tak boleh keluar kan..

Tersinggah pasar malam paling kebal dengan penjual DVD cetak rompak.. Iatu pasar malam Taman Dato Harun. Memandangkan lama tak bershopping DVD filem seram ni.. Belek2 la jugak apa yang boleh buat santapan mata di rumah. Actually I ni bab DVD filem seram memang demand sikit sebelum ni. Sebab saya suka kumpul buat koleksi peribadi even hanya tengok sekali je. Saya suka yang orginal tapi di sebabkan kedai DVD yang selalu saya beli sebelum ni semua cawangan dia area lembah kelang dah bungkus ikat mati.. Takde lagi port kami nak dapat stok DVD original yang harga murah. So sejak tu memang dah jarang beli DVD.

Alang alang dok membelek.. ambil juga 2 DVD filem seram. Tapi tengah dok obses dengan filem Zombie harus la cari filem yang bertemakan Zombie kan? Hantu hantu mistik ni.. Dia punya obsesi menurun sikit sejak dua menjak ni.. Antara filem yang kami beli.. I Am A Hero. Bukan filem baru. Filem ni tahun 2015. Filem jepun yer tuan tuan & puan puan.. Bukan omputih.

Agak ada kelainan Filem Zombie jepun ni.. Salah satunya Zombie Jepun boleh bercakap & perwatakkan Zombie tu bergantung pada personaliti, kerjaya, hobi & perangai mereka sebelum di jangkiti virus sehingga mereka menjadi zombie. Katanya filem ni di adaptasi dari komik.

Hero dalam Filem I Am A Hero bersama 2 watak yang hidup sehingga akhir

Mengisahkan seorang kartunis yang selalu berimaginasi dia seorang Wira dalam komiknya tapi pada realitinya dia seorang yang tiada keyakinan diri. Sentiasa rasa tidak berani mencuba sesuatu. Sampai bandar mereka di serang dengan satu virus yang menyebabkan orang terkena virus tersebut menjadi zombie.. Macam biasa la filem zombie semua jangkitan akan berlaku melalui gigitan. Lepas sorang demi sorang kena gigit semua jadi zombie.

Salah satu watak zombie atlik lompat tinggi Jepun.. Dia ni la Zombie paling last mati & dia la yang boleh lompat sampai ke aras atas bumbung di mana menjadi tempat perlindungan orang2 yang masih selamat & akhirnya membunuh kesemua mereka kat atas tu.

Dalam filem ni menunjukkan macam mana seorang kartunis yang penakut & sentiasa hidup dalam imaginasi mengadaptasikan Hero dalam Imaginasinya untuk melawan & membunuh kesemua zombie tersebut.

Filem ni agak best untuk di tonton. Effect zombie dia pun memang nampak ngeri & ada kelainan berbanding filem zombie dari negara lain. Memang yang pertama kali menonton filem ni akak terpacak tunggu apa akan berlaku seterusnya. Cuma adegan2 ngeri membunuh Zombie tu maybe certain orang tak sesuai di tonton terutama kanak kanak tapi nak kata SG sangat klasifikasi dia pun tak jugak. Terpulang la pada penilaian masing masing.

Ni Zombie peguam

Yang mana peminat filem seram Zombie ni.. Boleh menonton filem ni. Memang tidak membosankan. So, lepas ni kita akan buru zombie pulak ok.. Pontianak, pocong, Ju On, sundel bolong jangan kecik hati ok. Hangpa masih tersemat dalam blog lekatlekit dalam segmen seram serik lekatlekit. Untuk segmen Filem seram lekatlekit kita bagi laluan sekejab pada zombie. hehehehehe

Moral of the story.. Zombie bukan hantu tapi zombie adalah kesan virus yang menjangkiti manusia seterusnya menjadikan manusia tersebut menjadi ganas & hilang ingatan. Tapi ni cerita fiksyen je ok. Belum wujud zombie dalam dunia realiti hehehehe

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com