JANGAN BAGI JAJAN MASA MAJLIS HARI JADI ANAK KAT SEKOLAH TAPI BAGI BISKUT SIMPLE STICK

9/11/2017 09:57:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

JANGAN BAGI JAJAN MASA MAJLIS HARI JADI ANAK KAT SEKOLAH TAPI BAGI BISKUT SIMPLE STICK. Antara isu yang serius juga la di bincangkan oleh segelintir ibu bapa yang memang tak ajar anak anak depa makan makanan ringan @ jajan dari kecik. Tapi bila masuk tadika tetiba orang lain pulak dedahkan anak anak depa dengan makanan ni.


Mana tak hanginnya... Nak ajar anak untuk elak makan jajan bukan mudah.. Almaklum la jajan. Mak bapak dia dulu pun membesar dengan penuh jajan dalam perut katanya.. Tapi masa tu jahiliah lagi kan. Bila mak bapak semakin educated depa mula cuba ajar anak anak depa untuk ambil makanan berkhasiat supaya perkembangan mental & fizikal berkembang dengan baik.

Dalam soal ni bukan nak sebelahkan sesapa.. Tapi aku rasa pihak pengurusan tadika/taska/nursery kena buat satu garis panduan bagi menghormati ibu bapa yang tak nak anak mereka di dedahkan dengan makanan ringan yang tak berkhasiat. Rasa perlu ada larangan sambutan hari jadi yang di sediakan ibu bapa tidak boleh ada jajan. Kau letak la biskut merry ke hapa janji jangan jajan. So semua orang tak ada masalah.. 

Sebagai mak bapak pun.. Kita kena fikir juga. Kalau kita tak kisah anak kita nak menikmati jajan sebab kita anggap benda tu salah satu 'childhood' mereka yang kita tak patut kita rampas untuk mereka nikmati tapi kita kena ingat kat sekolah atau tempat asuhan tu bukan semata mata anak anak yang mak bapak dia tak kisah untuk di beri jajan. So, ambil langkah bijak & selamat.. nak bagi jajan bagi kat rumah je jangan dok bagi dalam goodies bag untuk sambutan hari jadi anak kita. Hormat tu penting ok.

Tak semestinya dalam goodies bag sebagai gift untuk kawan kawan anak kita kat sekolah kena bagi jajan.. banyak lagi makanan atau benda lain yang lebih baik kita boleh bagi. Tak bagi makanan pun tak apa.. Boleh bagi pensil ke, pemadan ke, buku mewarna ke.. Kalau nak letak juga macam snek.. Boleh bagi Biskut simple stick ni. Bukan je comel malah sedap ok. Memang budak budak suka. Lebih baik la dari jajan kan..


Biskut Simple Stick ni adalah Biskut homemade.  Biskut coklat ni Bukan setakat boleh dijadikan snek untuk majlis hari jadi malah boleh di jadikan Biskut raya jugak. Atau buat kudap kudapan kat rumah pun sedap. Ni boleh di jadikan stok untuk sarapan pagi sebelum anak anak ke sekolah juga. Sebab ia ada bijiran nestum jadi sesuai sangat la di ambil waktu pagi bagi memastikan anak anak sentiasa bersemangat & cergas sepanjang sesi persekolahan.

Kalau di nikmati dengan ice cream vanila pun sodap. Tak caya lepas ni hangpa kena try. Kalau lepas cuba tak boleh berhenti makan jangan salahkan saya yer.. Yang tu saya tak bertanggungjawab. kekekeke

Biskut simple stick ni bukan apa sangat pun.. Biskut roti yang di salut coklat & nestum jer. Tapi tu la gabungan bahan bahan tu buat rasa dia meletop di tekak. hehehehe. Sekarang ada 4 pilihan perisa iatu :

 Coklat 
 Butterscotch 
 Oren 
 Strawberi 


Hangpa beli satu balang lepas tu bungkus jer dalam pack kecil kecil kalau nak bagi kat budak2 di tadika sempena sambutan hari jadi ke hapa. Jangan risau sebab dalam 1 balang Biskut Simple Stick ni ada di campur 2 perisa. Bila dua balang dah dapat kesemua perisa yang ada. Ada juga dalam bentuk paket.

Untuk1 balang kecil ada - 60 pieces 


Untuk 1 balang besar ada - 85 pieces 


Untuk dalam bentuk paket - 45 pieces 


Mana nak dapat Biskut Simple Stick ni? korang boleh layari :

 Facebook : Biskut Simple Stick 
 Whatsapp : www.wasap.my/60168082630 

Tu salah satu benda yang anda boleh bagi la untuk sambutan hari jadi anak anda kat sekolah atau tempat asuhan tanpa menyakitkan hati mak bapak budak budak yang lain lain. Kita sedia maklum jajan ni memang tak bagus sangat untuk kita bagi. Setakat rasa rasa tu ok tapi bebudak ni kalau dah suka jadi ketagih pulak makan jajan sebab tu ada mak bapak tak nak langsung dedahkan anak mereka dengan jajan.

Moral of the story.. Dalam hidup ni kita kena fikir, kalau kita tak kisah tak semestinya semua orang tak kisah. Jadilah seorang manusia bertimbang rasa. hehehehe

3 comments:

  1. Sedapnya biskut ni.. tengok gambar pun dha terliur.. apa apa pun..teman still dari dulu hingga kini tersuka gaya penulisan suria.. suria ni kalau kerja bahagian media massa / kolum sembang-sembang sesuai ni.. ayat yang digunakan kadang kelakar.. kadang serius tapi ada fakta.. ni entri atas ni pun.. ada terselit mesej supaya elak bagi jajan pada anak2.. sedangkan tujuan utama nak promote biskut ni kan.. terbaik

    ReplyDelete
  2. Lagi senang tak payah buat sambutan majlis harijadi di tadika. Takdalah susah hati nak menjaga hati semua pihak. Mungkin anak kita suka, anak orang tak suka. Buat membazir aje.

    Apa-apa pun, itu tentang sambutan harijadi di tadika. Bab beli biskut/cookies macam ni amatlah digalakkan. Seronok tau makan sambil tengok cerita seram. Tak payah anak-anak, makpak pun boleh habiskan sebalang dalam sekelip mata!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com