PUSAT TAHFIZ JALAN KERAMAT UJUNG TERBAKAR, 20 ORANG TERKORBAN

9/14/2017 09:18:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

PUSAT TAHFIZ JALAN KERAMAT UJUNG TERBAKAR, 20 ORANG TERKORBAN. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh warga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang terbakar pagi tadi..


Saya tahu pasal ni bila tengok berita kat TV. 20 Orang terkorban, 20 lagi cedera & 3 dalam keadaan kritikal. Semoga keluarga mangsa yang terkorban & tercedera tabah menghadapi ujian Allah yang maha hebat. Moga yang terkorban di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman..


Punca kebakaran masih belum di kenalpasti mungkin masih dalam siasatan. Apapun punca kita doakan yang terbaik buat semua mangsa yang terlibat. Moga Allah permudahkan segala urusan mereka.

Bila dengar berita berita macam ni memang sayu sangat.. Membayang mangsa mangsa yang terkorban demi menuntut ilmu Allah. Moga pemergian mereka dalam keadaan Husnul Khotimah & mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda sebagai bekala ke syurga nanti.


Jom sama sama kita sedekah Al Fatihah.. Moga roh mereka yang terkorban di ampuni segala dosa & di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Al Fatihah..


1 comment:

  1. Al-fatihah buat mereka yang terkorban, buka paper mostly berita ini paling hangat sekarang ini. Sedih sangat, kejam sungguh budak2 sekarang.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com