WAJIB BACA! PRODUK CAMPURPALSU BUKAN 'FAKE PRODUK'

16.9.17 Suria Lekatlekit 2 Comments

WAJIB BACA! PRODUK CAMPURPALSU BUKAN 'FAKE PRODUK'. Istilah produk di campurpalsu memang popular di gunakan oleh segelintir pengeluar produk bila Pihak KKM mengesahkan ada bahan terlarang dalam produk mereka. Kita dengar campurpalsu terus percaya.. 'Betul la wei produk dia kena ciplak. hat KKM kutip buat lab test tu produk tiruan. Kesian depa kena fitnah!'. Terus rasa berdosa sebab rasa dah buat dosa menfitnah katanya.


Sebenarnya ramai yang tak faham apa yang di maksudkan dengan produk campurpalsu ni. Tak semestinya dengar kata palsu mesti fake produk. Sebab tu penting bila ada kontroversi tentang sesuatu produk yang hangpa guna atau tak guna.. Nak penjelasan lanjut direct merujuk kepada KKM. Tak payah percaya bulat bulat apa yang pengedar produk sampaikan. Bukan kata depa menipu tapi kadang2 depa sendiri pun tak bagitau apa yang sebenarnya sebab nak jaga 'rice cooker' masing masing kan. Kita sebagai pengguna la kena bijak sebab ia berkaitan dengan keselamatan & kesihatan kita.

Untuk segmen khidmat masyarakat kali ni saya nak share kat hangpa apa itu 'Produk Campurpalsu'. Kesian yang dok tertipu selama ni.. Hope lepas ni tak kena klepet berulang kali lah yer.. hehehehe

Sesuatu produk kosmetik dikatakan telah dicampurpalsu sekiranya ia mengandungi logam berat seperti merkuri (raksa) dan plumbum atau bahan racun berjadual seperti hydroquinone, tretinoin, antibiotik seperti clindamycin atau steroid seperti betamethasone.

Lazimnya, produk kosmetik dicampurpalsu bertujuan untuk membuktikan keberkesanan produk yang dijual di mana pengguna akan mendapatkan kesan yang dijanjikan dalam masa yang singkat. Contohnya, hydroquinone dan merkuri biasanya ditambah ke dalam produk pemutih kulit untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah atau merawat masalah pigmentasi kulit manakala tretinoin dan antibiotik ditambah ke dalam produk kosmetik untuk merawat masalah kulit berjerawat. Pengguna yang membeli dan menggunakan produk kosmetik yang dicampurpalsu akan berasa teruja dengan kesan yang dialami dan seterusnya akan kerap membeli produk tersebut. Cara penjualan produk sebegini adalah suatu tindakan syarikat yang sangat tidak bertanggungjawab kerana tidak memikirkan kesan mudarat yang mungkin dialami oleh pengguna.

Produk kosmetik yang mengandungi logam berat seperti merkuri boleh memberikan kesan mudarat kepada kesihatan serta menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Selain itu, pendedahan kepada merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan yang tidak diingini pada kulit. Manakala produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan racun berjadual seperti hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini malah kulit menjadi hipersensitif. Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi dan ini menyebabkan pengurangan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya serta meningkatkan risiko kanser kulit.
- Sumber : Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia -

Jadi ketahuilah.. Produk yang di banned KKM atau di tarik balik notifikasi bukan semua fake produk atau produk tiruan bila di dapati telah di campurpalsu. Produk campurpalsu tu membawa maksud produk tu dah di campur dengan bahan logam berat seperti merkuri & hydroquinone bukan bermaksud produk tiruan atau fake produk yer. jangan salah faham. So, Perlu ke kita nak tuduh KKM tidak arif dalam menjalankan tugas mereka sampai membuat analisa terhadap produk tiruan lepas tu 'SimplySiti' jer keluarkan laporan yang boleh menjatuhkan reputasi sesuatu jenama produk tersebut?

Yang berkhidmat dalam KKM tu bukan pakar test produk bakar atas sudu.. Dari penguatkuasa yang nak dapatkan sampel sampai la yang nak buat ujian kat makmal tu semua pakar dalam bidang masing masing. Kalau betul KKM memfitnah.. Kenapa sampai sekarang tiada yang berani mengambil 'legal action' terhadap KKM? krik.. krik.. krik...

Moral of the story.. Renung renungkan.. Selamat Hari Malaysia.

2 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *